Sunday, September 16, 2012

Nikmat Kesihatan


entri kali ini,saya nak ceritakan tentang KESIHATAN, memandangkan kesihatan yang saya alami sangat tidak mengizinkan untuk saya membuat sebarang aktiviti yang lasak ini membolehkan saya mudah sesak nafas.. huhu tak tahu la bila semua ini akan berakhir..kadang-kadang risau juga bila saya mula sesak nafas ni.. apatah lagi bila saya lihat muka mama saya time itu,dia memang gelabah,kalau saya sesak nafas..




baru-baru ini saya dapat duit insuran sakit dari pihak insuran nyawa saya & pihak uitm punya insuran ada bagi juga duit sikit sebab saya sakit dalam proses pembelajaran di uitm..

kadang-kadang duit tidak ternilai untuk saat ini, kesihatan tubuh badan lebih penting, 
andai di beri peluang untuk memilih sekali lagi antara nikmat KESIHATAN @ wang, sudah pasti ramai yang memilih nikmat kesihatan berbanding wang kan?? begitulah dengan saya..


testing testing new iPAD.. hehe


saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana kurniakan kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat tentang saya, hinggakan saya nak buat kerja sikit pun diaorang tak benarkan.. 
diaorang selalu membantu saya dalam pembelajaran walaupun sekarang saya terlantar sakit.. 

dan yang paling kelakar ada la peminat rahsia saya baru tahu tentang keadaan saya ni, hem.. kata kawan-kawan dia merajuk sebab saya tak bagi tahu dia tentang keadaa kesihatan saya... HAHAHA nak ketawa saya.. dan bila saya bertentang mata dengan jejaka itu.. dia masih merajuk




kata saya : maaf la tak bagi tahu,tak semua perkara saya boleh bagi tahu, dalam keadaan sakit macam ni .. budax batch cuma mun mun je yang tahu..

kata sidia : kenapa tak SMS jew??

kata saya : memang la sakit-sakit nak SMS kan?? nak hantar msg pada kawan-kawan segala kan?? HAHA..


~selepas prosess menjelaskan apa yang patut dijelaskan,Alhamdulillah dia sudah memahami~



antara rakan-rakan yang tak pernah putus memberi kata-kata semangat..


keadaan saya sekarang masih lagi sama seperti dahulu tapi alhamdulillah saya sudah dapat kembali nikmat selera makan, saya punya air kecil still warna yang sama.. hemm, saya sendiri tak pasti bila air kecil saya akan back to normal.. dan baru-baru ini saya tak tahu kenapa sendi-sendi pada kedua-dua tanggan dan kaki saya rasa sakit.. so jalan sekarang memang dah tempang, nak pegang sesuatu pun dah rasa lemah sangat sebab tanggan sakit.. so tak boleh lagi nak buat kerja yang berat-berat..




pengalaman berulang-alik setiap hari ke hospital mengajar erti betapa besarnya nikmat kesihatan, pelbagai jenis kesakitan dapat dirasai sekarang.. sakit ini tak mengenal usia,orang muda macam saya pun boleh dapat sakit kronik siapa sangka kan??

itulah di namakan dugaan dari ALLAH untuk hambanya..
 Ya Allah kurniakanlah aku nikmat kesihatan kembali..





No comments:

Post a Comment