Sunday, June 30, 2013

~Persaudaraan sesama muslim adalah ikatan IMAN paling erat~






Persaudaraan dalam Islam adalah suatu jalinan aqidah yang menghubungkan umat Islam antara satu sama lain...ia juga ada kaitan dengan jalinan erat untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.


Persaudaraan sesama muslim adalah ikatan iman paling erat seperti yang dinyatakan Rasulullah di dalam hadis bermaksud: " ikatan iman yang paling kuat ialah Berkasih Sayang kerana ALLAH dan Marah kerana ALLAH..."



daripada perspektif islam, persaudaraan satu sendi yang menjadi tunjang dalam usaha memperkuatkan binaan masyarakat islam..


Persaudaraan yang diwujudkan islam mempunyai kedudukan paling tinggi daripada segala-galanya...ia dapat dilihat kemuncak kepada persaudaraan ini yang terlaksana dengan jayanya pada zaman kehidupan Rasulullah dan sahabat selepasnya....lanjutan daripada itu, ukhuwwah yang dibina dan dibentuk oleh Rasulullah juga dapat membentuk sebuah negara islam yang dihormati dan disegani di seluruh dunia....





islam amat memerlukan supaya ikatan persaudaraan dapat mendalami hingga menjadi satu bangunan yang kuat serta saling berpaut antara satu sama lain.... dalam satu hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud:

 "Perumpamaan kaum muslimin yang saling kasih mengasihi dan cinta mencintai antara satu sama lain ibarat satu tubuh. Jika salah satu anggota berasa sakit maka seluruh tubuh akan turut berasa sakit dan tidak dapat tidur." (Riwayat Bukhari).



dalam konteks ini, rohani dan jasmani akan terbentuk melalui ukhuwwah yang dipraktikkan dan sentiasa istiqamah dengannya...ia juga berperanan sebagai 'Jambatan Emas' ke arah pencapaian keamanan dan kesejahteraan yang diimpikan oleh setiap manusia ke arah menghalang unsur perpecahan dan permusuhan.



 Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara. Oleh itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (Surah al-Hujurat : ayat 10)


dalam erti kata yang lain, 

Rasulullah SAW sentiasa menyarankan bahawa mengeratkan persaudaraan sesama umat islam adalah satu jambatan yang kita boleh istilahkan sebagai pasport atau visa untuk ke Syurga ALLAH S.W.T....begitulah besarnya hikmat dan ganjaran yang dijanjikan oleh ALLAH S.W.T kepada mereka yang menghubungkan persaudaraan.



Persaudaraan adalah nikmat yang amat berharga kurniaan Allah SWT kepada umat islam...islam memandang seluruh umat manusia itu adalah sama dan tiada yang lebih mulia dari yang lain kecuali ketakwaan mereka kepada ALLAH.......




Love my little sista so much..!!:) 




Friday, June 21, 2013

anda Jatuh Cinta???


awak dgar ni .. Jatuh cinta perkara biasa.. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.. Lagi2 orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ini.. 


Tetapi kita kena ingat, kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali..Tak mustahil, orang yang awak paling benci itu sebenarnya jodoh awak..



Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah..




Sunday, June 16, 2013

siapa cakap nak masuk syurga itu Mudah??




siapa cakap masuk syurga itu mudah..?? syurga meminta tebusan yang sangat Mahal.. Keberanian yang tak kenal gentar.. dan lebih dari segalanya, syurga meminta Ketakutan dan Cinta kita pada ilahi.. jika kesakitan ini akan dibayar syurga aku redha sebagai hambamu yang sangat kerdil...

tiada 1 nafas yang keluar dari tubuh kita, melainkan ada takdir ALLAH di dalamnya.. jangankan satu nyawa yang keluar dari badan,satu hembusan nafas pun ada takdir ALLAH di dalamnya.. semua ini ujian iman kita kepada ALLAH..




Ya Allah janganlah jadikan kesempatan ini yang terakhir dengan rumah-Mu.... Jika sekiranya Engkau jadikan kesempatan ini yang terakhir bagiku, maka gantikanlah syurga untukku dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih


Kalian tahu apa yang Allah buat bila Dia rindu pada hambaNya..??
Allah akan kirimkan hadiah istimewa mlalui malaikat jibril...yang isinya adalah ujian dan dugaan hidup...

*sesungguhnya Allah rindu rintihan aku..!!!!


hold on and stay strong .. just a few more years to go.. in shaa ALLAH..!!! All pain will be gone soon enough ... La Tahzan ya Syafiqah AsLah...


Thursday, June 6, 2013

Persahabatan ini bukan Milik Ku dan bukan jua Milik Mu



Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada ALLAH yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana ALLAH...



Apabila sahabat menemani, syurga itu makin indah... Apabila bersahabat kerana Allah, syurga itu mengiringi langkah...

Ya Allah, redhai persahabatan kami yang telah terbina kerana cintaMu... izinkan kami bertemu dan bersahabat sehingga ke syurga...



Harapan memang tak selalu membahagiakan dan terkadang menyakitkan.. tapi dengan harapan, kamu punya semangat untuk berjuang tanpa henti...

Dengan cinta kenal Pencipta 
Dengan cinta kenal RasulNya 
Kerana cinta kenal saudara...!!!!



Betapa sucinya kasih Mu
Betapa agungnya kebesaran Mu 
Diri ini mengharapkan cinta Mu 
Kekalkanlah rasa kehambaan ku kepada Mu ya ALLAH....



ya Allah, Kau permudahkanlah jalanku dan rakan-rakan ku.. kami tawakkal dan redha atas segala ketentuan Mu ke atas diri kami.. terimalah segala usaha kami sebagai ibadah kepadaMu.. berilah ilham kepada kami wahai Yang Maha Bijaksana..


Ya Allah, peliharalah ukhwah kami ini.. moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat...



with LOVE :
Syafiqah AsLah



Saturday, June 1, 2013

Bila ada orang nak masuk MINANG..!!!! Syafiqah AsLah gelabah teruk.. HAHAHA



 hahaha baca tajuk pon kalian-kalian semua tahu kan apa yang den nak updte untuk entri kali ini.. HEHEHE... sangat lucu bila fikir balik bila berada di dalam situasi itu.. HAHAHA... 


mana tak nya.. ada kawan sek rendah den dahulu cuba-cuba merisik diri ini.. aishhhh risau time tu.. sebab den ada pilihan hati sendiri itu yang bertambah risau... bermula pada malam itulah tiba-tiba dia text den kan??? tanya soalan yang entah apa-apa bagi den la..heee... 


antara soalan yang dia ajukan pada den "dah habis belajar ke sekarang???" "sekarang sedang kawan dengan siapa??" huhuhu (soalan cepumas betul) mula-mula boleh di layan tapi bila den rasa ini dah ke arah lain.. ok den terpaksa stop reply text dia... 



sampailah dapat 1 text tu yang menyatakan "kalau saya nak masuk minang awak untuk jadikan isteri boleh x"  bila dapat text macam tu secara automatik tangan ini bergetar terbeliak mata time baca text tu... fuh fuh fuh... bernyawa pon dah tak lepas... 

time tu cari habis kawan-kawan..."oiiii tolong den tolong den" "apa ni apa ni?? huhuhu...." dekat twitter tak payah cakap la... penuh tweet tentang tu.. HAHAHA... rasa macam jodoh datang secara mengejut... eh!! bukan tapi jodoh datang tanpa diri ini belum bersedia.. BELUM BERSEDIA kot... hah macam tu la.. jadi kelam terus...tak tahu nak describe macam mana lagi time tu... HEHE..


rasa nya perkara ini berlaku salah den juga kot... sebenarnya den pernah la terlepas cakap pada kawan den ni.. mungkin dari situlah dia berani sahut cabaran dan beranikan diri untuk memasuk minang den.. huhuhu.. dahulu den pernah berkata pada dia

"kalau awak kurus lepas ni then awak masuk minang saya conform saya terima awak"

hah!!! dari kata-kata den ni lah buat dia berani nak memasuk minang den..!!! huhuhu.. tu la orang cakap kalau terlajak perahu boleh di undur.. Tapi kalau terlajak kata??? adoiiiiiiiii....binasa semuanya... huhuhu...





selepas keesokan hari baru la den reply text dia... den cakap 

"niat awak tu betul dah.. dan bagus cara awak buat plan untuk hidup awak, tu..." 



ya la kawan den ni dah nak grade dgree di UM dan bakal sambung master dia Australia kelak.. sebelum dia sambung master dia nak khawin dan bawa seorang isteri bersama-samanya... tapi awak..!!!


 "saya rasa saya bukanlah wanita yang sesuai untuk dibuat isteri dalam saat ini.. berilah peluang kepada wanita lain yang betul-betul layak untuk menjadi seorang isteri kepada awak... sebab diri saya masih belajar menjadi anak solehah kepada kedua ibubapa saya.. dan belum bersedia dan belajar lagi untuk menjadi isteri solehah kepada bakal suami kelak... saya harap awak memahami dengan keputusan saya ini.. saya bukan menolak atau mengiakan... tapi saya cuma memberitahu keadaan dan situasi diri saya saat ini.. dahulu saya seorang yang jahil tapi bila baru nak berubah ke arah kebaikan saya perlukan masa untuk mengenali diri saya betul-betul...maafkan sekali lagi"




 me officially engaged.


selepas reply text tu.. den beranikan diri bagi tahu ma den.. HAHAHA.. tak tahu la semangat dan keberanian mana datang time tu... cakap dekat ma 

"ada kawan sek adik tanya tentang adik dan nak masuk minang adik.." cakap sambil ketawa.. HAHAHAHA...

"dia tanya adik dah habis belajar ke belum???? dan bla bla bla..." 


nak tahu apa respond ma den bila den cerita perkara tu????? dia senyum dan berkata 
"suruh la dia mai rumah" 

 time tu muka den macam erkkk betul ke ma den ni??? "ohhhh maaaaa!!!!!!!!!!!! kenapa tak support anak sendiri ni???" 


when i crop he face, then i put this caption " i'll be marrying,after 6 years!! " HAHAHA



bahaya bahaya selepas ni memang nekad nak letak signboard kat depan rumah kata 

"DILARANG MEMINANG SYAFIQAH ASLAH LAGI!!!! LAGI!!!!"


pada malam tu jugalah adik perempuan den sibuk-sibuk nak jodohkan den dengan someone ni... 

"adoiii dah kenapa semua orang dalam rumah ni???? huhuhu..." 

adik den ni mesti dengar apa yang den story kat ma ni.. heee.. 

wahai adik ku sesugguhnya akak mu ni.. tak nak khawin lagi ar..!!  

bila adik den nak cuba jodohkan den dengan someone.. soalan pertama yang den tanya.. 

lelaki tu beragama tak???? 

heeee..nampak tak??? HAHA.. soalan itu juga yang den tanya..!! of course la kan?? semua ni untuk akhirat den kotttttt... jangan buat main-main... kalau berharta pon tapi tak beragama tetap kena reject lah!!!! wahai adik trchentaku...



saya hanya berharap jika benar lelaki yang bakal memasuk minang saya kelak betul-betul adalah jodoh saya yang ditakdirakn sejak azali lagi, dia akan jadikan Ayah saya atau Wali saya orang pertama yang akan dapat tahu berita ini... 


saya lebih suka mengunakan perantaraan wali daripada lelaki itu berterus-terang sendiri dengan saya... kerana saya yakin menggunakan perantaraan wali adalah cara lebih paling terhormat yang digunakan oleh muslimah.. dengan perantaraan wali si perempuan tersebut in shaa-Allah lebih terjaga dari fitnah harga diri juga akan terjaga....




Pengalaman yang tak dapat dilupakan oleh Syafiqah AsLah Sohaimi...