Sunday, June 30, 2013

~Persaudaraan sesama muslim adalah ikatan IMAN paling erat~






Persaudaraan dalam Islam adalah suatu jalinan aqidah yang menghubungkan umat Islam antara satu sama lain...ia juga ada kaitan dengan jalinan erat untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.


Persaudaraan sesama muslim adalah ikatan iman paling erat seperti yang dinyatakan Rasulullah di dalam hadis bermaksud: " ikatan iman yang paling kuat ialah Berkasih Sayang kerana ALLAH dan Marah kerana ALLAH..."



daripada perspektif islam, persaudaraan satu sendi yang menjadi tunjang dalam usaha memperkuatkan binaan masyarakat islam..


Persaudaraan yang diwujudkan islam mempunyai kedudukan paling tinggi daripada segala-galanya...ia dapat dilihat kemuncak kepada persaudaraan ini yang terlaksana dengan jayanya pada zaman kehidupan Rasulullah dan sahabat selepasnya....lanjutan daripada itu, ukhuwwah yang dibina dan dibentuk oleh Rasulullah juga dapat membentuk sebuah negara islam yang dihormati dan disegani di seluruh dunia....





islam amat memerlukan supaya ikatan persaudaraan dapat mendalami hingga menjadi satu bangunan yang kuat serta saling berpaut antara satu sama lain.... dalam satu hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud:

 "Perumpamaan kaum muslimin yang saling kasih mengasihi dan cinta mencintai antara satu sama lain ibarat satu tubuh. Jika salah satu anggota berasa sakit maka seluruh tubuh akan turut berasa sakit dan tidak dapat tidur." (Riwayat Bukhari).



dalam konteks ini, rohani dan jasmani akan terbentuk melalui ukhuwwah yang dipraktikkan dan sentiasa istiqamah dengannya...ia juga berperanan sebagai 'Jambatan Emas' ke arah pencapaian keamanan dan kesejahteraan yang diimpikan oleh setiap manusia ke arah menghalang unsur perpecahan dan permusuhan.



 Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara. Oleh itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (Surah al-Hujurat : ayat 10)


dalam erti kata yang lain, 

Rasulullah SAW sentiasa menyarankan bahawa mengeratkan persaudaraan sesama umat islam adalah satu jambatan yang kita boleh istilahkan sebagai pasport atau visa untuk ke Syurga ALLAH S.W.T....begitulah besarnya hikmat dan ganjaran yang dijanjikan oleh ALLAH S.W.T kepada mereka yang menghubungkan persaudaraan.



Persaudaraan adalah nikmat yang amat berharga kurniaan Allah SWT kepada umat islam...islam memandang seluruh umat manusia itu adalah sama dan tiada yang lebih mulia dari yang lain kecuali ketakwaan mereka kepada ALLAH.......




Love my little sista so much..!!:) 




No comments:

Post a Comment