Tuesday, March 6, 2018

Musafir dengan Iman, Kembara dengan hati



Tujuan aku bermusafir adalah untuk memperingatkan dan menasihati diri sendiri, tat kala aku mengembara mungkin ALLAH SWT akan meningkatkan keimananku, kerana iman ini sering kali naik dan ada turun Nya. Apabila merasa diri ini lemah aku akan kembali melihat gambar@ atau catatan-catatan yang pernah terukir  setiap kali aku bermusafir, menghayati semula maksud2 yg tersirat di sebalik kembara yg pernah aku jelajahi..


Surah Al-Mulk ayat 15 yang memanggil diri ini dan mengalakkan Umat Manusia untuk meihat Dunia

“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.”


Daripada ayat ini saja jelas menunjukkan bahawa dunia ini merupakan satu hamparan luas terbentang yang perlu diterokai oleh sekalian manusia, Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dan menggalakkan umat manusia supaya berkelana ke setiap pelusuk dunia. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perkataan "berjalanlah" atau "mengembaralah" di muka bumi.




Serta dari surah Surah Ar-Rahman bermula dengan ayat 31 yang menuntut diri ini untuk terlebih dahulu bersyukur kehadrat ilahi…

"Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan??"





Tanggal 30 Januari 2018 bermusafirNya aku ke Bumi Eropah atas izin Allah, aku telah berkelana ke sana hampir beribu kilometer dengan niat kerana ALLAH s.w.t dan aku berharap agar aku mendapat sesuatu yang sangat berharga dan sesuatu yang tidak dapat aku sendiri beli dengan wang ringgit.


Aku suka menikmati keindahan alam sepanjang kembara yang aku jalani, sambil meneroka keunikan alam yang dicipta serta dapat mempelajari sedikit sebanyak peristiwa @ sejarah di sesuatu tempat,


Yang paling aku suka teroka adalah Sejarah Islam, kerna Allah mahu kita tengok sendiri  kesan tinggalan orang-orang terdahulu yang musyrik, iaitu apa yang berlaku kepada orang-orang yang bongkak, sombong, dan mendustakan Dia. 


Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia. Ada yang mahu Dia beritahu melalui setiap perkara yang dijadikan oleh-Nya. 






Ada banyak perkara yang Allah suruh kita tengok di Bumi ini. Bukanlah sekadar tengok dengan mata kepala saja, tetapi pandanglah dengan mata hati. Setiap ciptaan-Nya pasti ada kegunaan. Setiap yang kita lalui dan temui juga pasti ada hikmah.



Aku mungkin mempunyai keinginan tapi Allah yg menentukan, ketika ketentuanNya membawa aku mendalami Islam melalui kisah-kisah para Nabi dengan rendah hati dan tawakal kpd Allah swt.



Bagi umat islam lawatan lokasi bersejarah tidak lebih daripada mengambil iktibar dan pengajaran untuk memantapkan Iman dan Taqwa... aku hanya menjejak kesan sejarah anbia, selebihnya hanya Allah & Rasul yg lebih mengetahui.



Setiap Muslim yang menjejak kan kaki nya ke tempat yang telah dihancurkan oleh ALLAH wajib menginsafi serta mengambil ibrah balasan Allah swt ke atas hambanya yang ingkar contoh nya aku di beri peluang untuk menziarahi Kota Pompeii.


Penghancuran Pompeii mirip dengan azab yang dialami kaum Nabi Luth AS iaitu penduduk Sodom yang dikisahkan dalam Al-Quran, Penduduk Sodom melakukan berbagai kejahatan yang tidak boleh dilakukan oleh penjahat manapun.




Aku bermusafir, bagi menjawab persoalan tinggalan anbia dan kesahihan-Nya dari bumi Eropah yg diselimuti salji hingga ke kota bersejarah Empayar Rom & Kota Pompeii bersama misi merungkai kesahihan tingalan dan mitos yang dikaitkan dengan para Nabi, tinggalan mereka diselit dgn kisah yang ajaib hingga menjadi tular di kalangan Umat Islam dari generasi ke generasi..




"Memang ternyata Jauh perjalanan luas pandangan. Setiap Negara yang aku jelajahi aku dapat melihat keindahan Dunia, pelbagai ragam manusia, budaya, bahasa dan aku  rasa bertuahnya menjadi rakyat negara Malaysia di saat itu.



Bila ditanya soal Negara mana yang paling seronok, aku menyatakan seronok nya bila dapat menjejakan kaki di Bumi Switzerland yang di mana lidah aku sentiasa di basahi dengan Zikir SubhanaAllah cantik nya dunia yang Allah ciptakan ini…


Jika di dunia dilihat indah dan cantik, bagaimana pula keindahan di dalam syurga kelak kan??

The earth is a mosque for you, so wherever you are at the time of prayer, pray there.




Yang tidak dapat dilupakan pengalaman aku di Belgium yang mana aku  sendiri agak Trauma dengan peristiwa polis mengejar pencuri kejadian berlaku betul-betul berhadapan laluan yang sedang aku guna dan satu pengalaman yang bercampur baur apabila pisau yang digunakan pencuri itu terpelanting ke arah aku saat itu, Berdepan dengan masalah sedemikian dengan seorang diri di Bumi Asing tidak ada sesiapa untuk berlindung kecuali pada ALLAH swt sahaja aku bertawakal.




Serta dengan keadaan Cuaca yang agak sejuk melampau ekoran persinggahan angin dari Rusia, ketahanan mental, kesihatan, bahasa, dan bermacam-macam kerenah manusia di negara yang dikunjungi pasti ada cabaranNya.



"Syukur, Alhamdulillah untuk 11 Negara 13 Bandar yang aku jelajahi aku  mampu menempuhi dengan jayanya. Begitu juga tahap kesihatan pun berkeadaan baik,"


Sentiasa mendapat mesej dari kawan-kawan yang menyatakan "untung la banyak duit boleh la pergi Travel" bagi aku sendiri tak semestinya travel perlu menelan kos yang tinggi. Allah tak pernah kata mengembara hanyalah untuk orang-orang yang ada banyak duit. 


Aku  suka merujuk kisah pengembaraan ilmu ulama zaman silam, malah zaman sekarang. Mereka berkelana jauh meninggalkan keluarga tanpa wang yang banyak, kerana mahu jadi hamba Allah yang lebih baik.



Pengembaraan yang bernilai tinggi hanyalah yang dilakukan demi Dia iaitu ALLAH. Semakin banyak tempat dijejak, semakin tunduk. Semakin banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa diri. Semakin banyak dipelajari, semakin bodoh dirasakan. 





Kitab-kitab Islam terdahulu mencatatkan kembara para ilmuwan dalam usaha menuntut ilmu. Setiap ilmuwan pasti ada catatan mengenai kembara mereka. Kembara juga melonjak nama mereka dalam bidang ilmu. Jadi dari situ aku mendapat kekuatan untuk mengembara sebab aku yakin di mana aku berada Allah sentiasa bersama ku, kerana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiga doa yang mustajab, tanpa syak padanya:
 1) Doa ibubapa untuk anak, 
2) Doa orang bermusafir, dan 
3) Doa orang kena zalim” 

(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dll. Bertaraf sahih). 




Jadi mengembaralah. Itu salah satu tanggungjawab kita sebagai Muslim. Musafir dengan Iman, Kembara dengan hati. Selamat beramal…