Wednesday, November 28, 2012

aku hanya ingin Cinta yang Halal, di mata Dunia juga Akhirat..



gambar hiasan dari filem..
 KETIKA CINTA BERTASBIH


Ramai pasangan berpisah kerana tidak cinta..
Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta...
Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah,
maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya...

Ia akan layu, kesepian dan keseorangan...
Pada cinta yang ilusi begini..pertemuan adalah perpisahan.
Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisah pun masih bertemu..♥



KETIKA CINTA BERTASBIH


”Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.” 


andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu..

KETIKA CINTA BERTASBIH


Adam,jangan di sentuh kulit Hawa yang belum halal bagimu,
sentuhla hatinya dengan Doa, 
yakinlah..mencintai dalam diam itu juga Doa...



Cintaku kepada ALLAH kerana aku ciptaanNya... 
Cintaku terhadap seseorang itu adalah perasaan yang diciptakanNya..


KETIKA CINTA BERTASBIH


“Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu.”

(Hadith Riwayat Tirmidzi)








PERCAYA dan YAKIN kepada Allah SWT..



HiDuP iNi HanYa SeMenNtaRa...
MungKin EsOk MungkIn LuSa KiTa Akan Mati...
BuanGkAnLah RaSa MaRah DaN DendaM pAda Orang Di SekeLiLing Kita...
MaAfkanLAh MereKa KiRanya MereKa BerSaLaH...
mUnGkIn iTuLaH kaLi tErAkhir kItA aKaN bErTemU DengaNnYa...

Hidup ini adalah perjalanan.
Dan perjalanan ini tunjangnya adalah PERCAYA dan YAKIN.
PERCAYA dan YAKIN kepada Allah SWT.

Dan dua perkara yang mampu menjadi pengiring terbaik sepanjang perjalanan ini adalah - 
TAUBAT dan DOA.

Walaupun jatuh berulang kali, bertaubatlah setiap kali kejatuhan.
Walaupun di kala senang, berdoalah tanpa rasa bosan.


Itu adalah bukti PERCAYA dan YAKIN dengan NYA... in sya Allah...




peringatan untuk diri sendiri juga..







~Rinduku terhenti~



Ya ALLAH,Bila ada sahabat kami, 
yang bersedih berikanlah kebahagiaan untuknya..

Ya ALLAH,Bila ada sahabat kami, 
ada yang terluka jadikanlah lukanya awal, dia jadi bijaksana..

Ya ALLAH,bila ada sahabat kami yang
sedang jatuh cinta…jagalah hatinya sesuai kehendakMU

Ya ALLAH,Lindungilah kami dari jalan yang.. tidak ENGKAU redhai…

AMIN…


rinduku terhenti..sejak kau pergi menjauhi diri ini.


bila mana saya masih mampu menjaga hatimu, pasti akan ku jaga sebaik mungkin... 
namun, andai suatu saat nanti saya sudah tidak berdaya menjaga hatimu, 
ku cuma berharap ikhlaskanlah di hatimu memaafkan kesilapan yang pernah saya lakukan kerana saya juga hanya manusia biasa seperti kamu..



Ubat HATI


tak semua hal yang indah kita boleh lihat dengan mata...
Namun pada saat tertentu, hal yang indah itu hanya di rasakan oleh HATI...




Ubat Hati ada 5 Perkara:

- Baca Alquran dan maknanya
- Solat Malam Dirikanlah juga
- Sentiasa bergaul Dengan Orang yang Soleh
- Perbanyakkanlah Berpuasa
- Zikir malam Perpanjangkanlah



Salah satunya siapa mampu buat, Moga Allah Taala memberkati..

Sesungguhnya (diantara tanda-tanda) orang-orang mukmin itu, apabila disebut nama Allah (kepada mereka) maka bergementarlah hati-hati mereka...



Tuesday, November 13, 2012

Fitrah manusia memang sukar untuk memaafkan



orang yang cemerlang sentiasa memperbaiki diri kita sendiri



kalaulah Allah memberi nikmat punya  banyak pada kita,dan dia sendiri boleh mengampunkan dosa kita yang bertimbun... 
mengapa kita tak boleh nak memaafkan satu kesalahan orang lain pada diri kita??? 
yang kata kanlah memang dia banyak  berbuat baik pada kita.. 
dengan satu kesalahan dia pada kita, terus kita takboleh memaafkan dia???
sebenar-benarnya bila di istilahkan Parut Berdarah kembali..
ini adalah perkara yang biasa berlaku pada diri kita sebagai manusia yang lemah..




sebenar-benarnya Allah s.w.t punya rahmat pada kita, 
Allah s.w.t memberi hikmah pada kita, 
Allah s.w.t mencipta diri kita mempunyai akal fikiran yang kadang-kadang kita boleh ingat dan kadang-kadang kita boleh lupa.. 
bukan sesenang komputer kita nak save atau nak delete..
bukan sesenang itu pada manusia..


bila kita teringat semula kisah yang duka dan kita ampunkan dan memaafkan semula orang yang telah melukai hati kita itu.. kita pula diampunkan Allah s.w.t sebenarnya, 
walaupun kes yang sama.. 

sekarang ini kita tengah geram,dan kita memaafkan dia semula.. selepas 2 3 bulan kita ingat semula dan timbul perasaan geram dalam diri kita tanpa kita sedari... then

 kita memaafkan dia semula dan Allah s.w.t ampunkan dosa kita yang lain pula.. begitulah seterus nya..walaupun dengan  satu kesalahan orang itu pada kita.... 
bertapa Allah rahmat pada kita..





bukan kerja kita untuk hukum orang..tapi kerja kita untuk memperbaiki diri kita dan orang-orang yang berada di sekeliling kita... 
kita punya circle of influence
yang ada sekitar kita ini orang-orang yang kita kena perbaiki...
jadi kalau kita memaafkan dia.. 
insyallah kita yang tenang,
 kita yang mengikuti Sunnah Nabi s.a.w,
 dan kita yang untung..



peringatan untuk diri sendiri juga...


berkaitan urusan hidup,saya masih lagi belajar,
banyak lagi pengalaman hidup yang sebenar-benarnya..

 pegalaman hidup sangat berharga untuk mengajar diri kita supaya memaafkan orang dan supaya menyelesaikan masalah.. 
cuma apa yang saya boleh kongsi mutiara yang tentu sekali apa yang kita pegang sekarang yang tidak akan sesat  iaitu daripada Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. serta apa yang di tunjuk kan oleh para sahabat dan para ulamak yang mulia.... 


marilah sama-sama kita menjadi orang yang memaafkan mudah-mudahan Allah mengampunkan kita dan memaafkan kita, atas segala-segala dosa kita..... 
bila kita ke mana-mana, ingat kita kena sentiasa menjadi orang yang pemaaf...




bila kita memaafkan orang, 
yang datang adalah ketenangan dalam jiwa kita 
yang inilah ubat.. yang kita taknak ambil sebenarnya...
macam ubat yang lain.. 
ubat kadang-kadang pahit bila di telan tetapi ada kesan yang sangat baik... 
sama juga dengan memaafkan orang..
 mugkin pahit pada mula-mulaNya 
tetapi kesan pada diri kita sangat-sangat indah..






bila ALLAh sayang kita dan hanya ALLAH di hati kita,setiap kesaLahan yang kita buat terus DIA bagi kita pengajaran, taknak kita uLang balik kesalahan itu..
hebatnya cinta ALLAH..




Thursday, November 8, 2012

it's all about PENDEK ku.. (Nurul Wahidah Nasir)



here's for you, mokcik wawa.. hewhew.. 
serius saya BOSAN + TAK ADA KERJA... so saya buat la post tentang mokcik ni.. 
bukan slalooo pon.. heee~ so, i took this chance to make a post about you dear.. krik krik.. 


how i'm going to start the story ya?? 
hem, nama mokcik wawa adalah Nurul Wahidah, mokcik ni seorang yang PENDEK.. HAHA.
saya slaloo sakat dia.. budax classmate dia cakap dia garang.. TAPI bila dia dengan saya, 
saya tak pernah tengok dia garang.. HAHA.. kadang-kadang teringin juga nak tengok dia garang macam mana.. tapi peluang itu sudah terlepas... tapi still ingat kata-kata nya pada malam itu 
"aku tak pernah garang dengan hang pun kan??" hehe... chumel aja rasa time tu..




bagi saya pendek ni dia seorang yang ambil berat terhadap kawan-kawan nya.. 
walaupun PENDEK tapi tetap chumel.. heee
KENAPA saya boleh cakap macam tu??


ini kerana, ada 1 malam tu tiba-tiba ajew.. penyakit yang saya alami menyerang kembali pada tubuh badan saya, dan nak jadikan cerita pada malam itu saya berada di bilik wawa.. blablablablabla.. 
pendek kan cerita.. bukan pendek kan wawa ya.. HAHA... 


sampai 1 masa saya rasa badan saya letih sangat dan wawa datang untuk mengajak saya rehat (tidur).. mokcik ni bajet macam nak angkat tubuh badan saya ajew time tu.. macam la mokcik tu besar sangat nak angkat badan saya ini... HAHA... last-last tarik taggan dan pimpin badan saya ajew ke bilik dia.... 
selepas ke bilik wawa ternyata saya tak boleh tidur.. then wawa bising mintak saya tidur juga.. kata nya    
" tidur la, kalau sakit jap lagi macam mana, asyik nak muntah-muntah jew??" (ala-ala macam tu la, saya pon sudah lupa macam mana dialognya..) HEHE..




yang paling saya suka, bila characteristic dia memujuk saya, kalau-kalau saya merajuk dengan dia la.. HAHA.. kadang-kadang saya pula yang lebih-lebih.. ya la saya nak tengok apa lagi yang dia akan buat dan tunjuk pada saya kalau saya merajuk dengan dia....hehe 
semua characteristic yang dia tunjuk time nak pujuk saya,serius macam chumel ajew bagi saya.. KAH KAH..




serius saya cakap, (adoii bapa kali serius la??? hehe.. ok kita teruskan...)

 saya tak sangka akan berjumpa dengan orang yang macam wawa ni,  yala kitaorang berkenalan pun dengan sekali teguran macam itu ajew.. tak sangka kan??? dengan sekali teguran itu akan membawa hubungan persahabatan kita lebih akrab..HEHE... 
(entah betul entah tidak cara pertemuan kitaorang ni..tapi itulah yang saya ingat pon.. hewhew)

yang saya ingat lagi, dia ada mintak no phone saya dari kak fizah.. mintak 1 nomber sudah la.. ini 2 2 sekali dia mintak...ishh tamak btoiii... HAHA.. 
konon la wawa nak kena kan saya.. silap orang la nak kacau saya cik wawa oiiii..hehehe.. memang tak la saya nak layan, kalau setakat SMS "HAI NAK BERKENALAN BOLEH?? HEHE..." then bila dia dah penat menanti SMS yang tak di balas, akhirnya dia bagi tahu juga siapakah dia?? hehehe..lawak-lawak..



kami mempunyai banyak PERBEZAAN
kenapa saya cakap macam tu??



yala, kitaorang ni dah memang berbeza kos..wawa kos sains, kalau dari segi fizikal pon dah menunjukkan kitaorang berbeza.. saya tinggi wawa pendek.. HAHAHA... 
nampak x?? bertapa beza nya KAMI..
yang lebih lagi wawa ni seorang yang GENIUS ok.. 
besok nak exam, malam ni sempat lagi ajak saya lepak-lepak.. HAHAHA.. 

kalau saya jadi dia.. memang besok pergi exam.. conteng muka lctrer la atas paper tu, dengan harapan lctrer bangga dengan lukisan muka dia yang saya lakar then luluskan subjek dia.. HEHEHE..


tapi bagi wawa tak, dia setiap sem dekan.. entah apa dia jampi dekat atas paper dia tak tahu la... 
kadang-kadang jelezz juga, walaupun selaloo berjimba-jimba... result still gempak mokcik ni...
between congratulations for ANC sayang..

dan saya masih ingat lagi peristiwa dia mengajar saya subjek kimia, time tu saya sambut birthday untu kali ke 20.. HEHE.. 
besok nak exam kimia, malam tu baru bertungkus lumus mencari tenaga pengajar.. entah macam mana saya pilih budak dekan DIS ni pon tak tahu.. hewhew.. alhamdulillah berkat dari ilmu dia pada malam tu.. saya dapat A+ untuk subjek kimia.. 

walaupon saya elergic sangat-sangat dengan kimia.. huhu... serius tak faham dengan subjek kimia tu... fizik boleh tahan lagi.. kimia ajew, dari awal sem sampai nak final exam saya tak tahu apa-apa... HAHA


slaloo wish GOODLUCK untuk wawa tapi ada keistimewaan dengan GOODLUCK pada diri wawa, 
nak tahu apa?? jom baca lagi..

selalu pesan pada diri sendiri..

"wawa dia usaha cuma 1% LUCK 99% tapi bagi saya..  usaha 99%  LUCK 1% ja.." HEHE.. 
you can see different parts about me and her..
walaupun kami BERBEZA, tapi kami saling melengkapi untuk hubungan persahabatan kali ini.. 


ouh!! 1lagi nak bagi tahu..jangan terpanjat ya kalau wawa terbaca entry kali ini.. HEHE
hem, saya suka lihat dia pakai baju warna "BIRU" HAHA... 
seperti warna t-shirt jersi batch diaorang... saya sendiri pun tak tahu kenapa?? 
bila saya tengok mokcik wawa pakai baju warna biru macam nampak chumel jew.. KAH KAH..
mungkin dari pandangan mata saya la... hehe...

tadaaa!!~ pic wawa pakai baju warna BIRU yang sempat saya curi.. KAH KAH.. 
tapi ini bukan t-shirt jersi batch diaorang la.. hehehe..


ok timah, i terpaksa crop pic you dengan wawa.. 
(gara2 nak bawa masuk juga la pic wawa pkai jersi batch kauorang.. HEEE ) 
i'm sorry ok,entry kali ini.. it's all about PENDEK ku.. it's not about Tun Timah ku..HAHA..


ok la,setakat ini aja la saya story about mokcik wawa ni.. banyak lagi yang nak di story tapi my mum panggil angkat kain di jemuran la pula.. kata nya hari nak hujan.. ok bebeh take care ~



with LOVE : Syafiqah AsLah



Monday, November 5, 2012

~setulus ikhlas dari HATI saya buat anda~





kisah silam telah banyak mengajar saya erti keinsafan pada hari ini.. saya bertuah dapat mengenali seorang teman yang sanggup membawa saya ke pangkal jalan sebelum saya hanyut terlalu lama.. 
bertapa Sukar nya, Benci nya saya dengan kisah silam saya dahulu.. tapi apa kan daya, saya hanya manusia yang lemah terpaksa redha semua itu, ia adalah hakikat kehidupan yang sudah tertulis untuk saya pada masa dahulu.. 


sejujur nya saya sentiasa di himpit kesalahan lampau, tapi apa kan daya saya adalah di antara orang yang SUKAR MENGAKU KESALAHAN... yang hanya mampu saya buat untuk tebus kesalahan masa lalu.. saya hanya mampu menghkum diri saya secara diam-diam... tanpa pengetahuan sesiapa pun... 


bertapa seksa nya diri saya apabila terpaksa menghukum diri saya tanpa pengetahuan orang tersebut... hati sangat terluka kerana saya begitu sayang anda terlalu banyak... tapi saya redha melepaskan anda.. saya anggap ini adalah balasan untuk dosa saya yang dahulu.. dan mungkin penderitaan sakit saya hari ini adalah dosa yang perlu saya tebus di masa lampau... sejujurnya saya redha jika sakit yang saya tanggung ini dapat menebus kesalahan lampau saya terhadap anda...



maafkan saya jika keputusan melepaskan mu pergi membuatkan anda terluka.. saya jua begitu, TETAPI saya mengambil keputusan sedemikian kerana saya tidak kuat menanggung perasaan bersalah setiap kali saya memandang anda... sejujurnya waktu ketika dahulu saya cuba untuk memberitahu anda,tapi setiap kali saya cuba untuk berterus terang.. saya rasa takut kehilangan anda, perasaan tidak KUAT yang ada pada diri saya ini begitu lemah.. 



sekarang saya terpaksa kuatkan diri untuk lepas kan anda..walaupun PERIT hati ini.. saya buat semua ini untuk kebaikkan diri anda jua.. semoga anda berjumpa dengan orang yang lebih ikhlas dari saya...



Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, 
manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan..



 saya memohon MAAF kepada anda setulus ikhlas dari HATI saya!!!ampunkan dosa saya sesama umat ISLAM..



setiap manusia pernah melakukan kesalahan.. mohon maaf Atas segala kesalahan yang dilakukan..
may tomorrow be a better day for me....


                                  
seperti mana semua umat islam di muka bumi ini mengimpikan syurga Firdaus.. begitu juga lah dengan diri saya ini.. jika kerana dosa ini membuatkan saya di halang untuk ke sana, saya merayu ampunkan dosa saya..





Sunday, November 4, 2012

Selamat Ulang Tahun ke-24 Abdul Muhaimin


today i am celebrating the Birthday of a person who has not only touched my life 


but the lives of many others with warm actions n a good heart.. 




Dear pokcik, i wish u the best of life n times..  Happy Birthday pokcik mumu.. wink wink ♥ ♥



hanging out with friends and celebrating mumu birthday..


msg dari pokcik mumu : 

"Thank you sooo muchh for all the lovely birthday wishes :D really made my day virtually!!"
you always pick the perfect gift! thanks a lot for the wonderful items in the box...it is not only a perfect present,but also it will certainly be of great help for my studies and spiritual relaxation. :) thank you so much..


                                                                  
(Cinta itu harus dikawal bukan dihalang kerana cinta itu adalah fitrah manusia )



                                                                                   P/S
                                                               take care mumu, i will miss u.. huhu
                                                               with LOVE : syafiqah aslah..




Saturday, November 3, 2012

Hebatnya seorang Sahabat


RAPAT tak bermakna suka,
RAPAT tak bermakna Cinta ,
RAPAT tak bermakna Berharap 
Tapi RAPAT sebab ambil berat dan ingin ikhlas berkawan 


selagi namanya sahabat,walau hampir terjatuh dalam neraka sekalipun.. 
dia sanggup hulurkan tangannya, agar sama-sama menuju ke destinasi yang pasti, 
Hebatnya sahabat...


jangan rindukan saya kalau di hati awak ada dia ..
dan jangan pernah ingatkan saya ,
kalau awak ingin bersama dengannya..


Just let the past, just be the past.. and focus on things that are gonna make us laugh...





If u r hurting, then they're hurting u as u are hurting, 
but u hope from Allah what they do not hope for..




Friday, November 2, 2012

Ya Allah, please speed up my healing process

kotak ubat yang di hadiahkan oleh pokcik mumu..

kata nya kalau kotak yang berkenaan sepatut nya kosong (kena makan ubat) tapi kalau tak kosong siap la.. HAHA...


mana-mana patient yang dapat dokter macam dia conform cepat sembuh, ubat tu betul-betul kena makan la kalau dengan dia.. tak ada peluang nak skip ubat langsung.. HAHA
garang betul pokcik mumu ni, macam mana la kalau patient dia tak makan ubat kan?? hehe..  agak-agak apa yang dia buat??

tepat waktu aje, terpaksa makan ubat.. HUHU

contoh nya seperti saya,memang tak putus asa la dokter ni kalau dapat patient macam saya.. yang ternyata  memang degil nak makan ubat apatah lagi ubat kali ni.. saya terpaksa makan juga-juga.. 

ya, memang berbeza dengan ubat sebelum ini yang selalu saya makan . rasa nya tu tak usah cakap la.. kalau-kalau sebelum ni ubat yang saya makan boleh la tahan sikit.. tapi ubat kali ni.. ma aiiii!!! kenapa la saya tak tahan bila setiap kali nak makan??? setiap kali nak makan mesti rasa nak muntah-muntah...huhu



second X-ray and third X-ray..

hemm bila la nak ada perubahan ni?? jangan sampai terpaksa buat transplant sudah la... saya belum bersedia untuk menerima situasi itu.. HUHU



rekod dari fasa 1 sudah selesai, fasa ke 2 pun sudah hampir selesai.. 
sekarang bakal menempuhi fasa ke 3 pula..


semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku, dan mempercepatkan proses penyembuhan  penyakit yang ku alami ini walaupun saya sendiri sedia maklum bertapa sukar nya penyakit ini untuk sembuh... tetapi saya masih yakin dengan segala kekuasaan mu...jika engkau berkehendak apa pun boleh terjadi..

sekarang nak solat pun terpaksa duduk atas kerusi, dah tak boleh solat secara normal lagi.. 


hem, ini semua akibat saraf kaki yang ada masalah... tapi saya masih bersyukur fungsi hati saya yang hari itu ada masalah sekarang sudah menunjukkan kesan positive, boleh dikatakan fungsi hati dah ok la sikit berbeza sebelum ini.. tapi bila fungsi hati semakin pulih, 


tiba-tiba gangguan saraf pada kaki dan tangan pula ada masalah.. sekarang makin menjadi- jadi sakit kaki ni.. kadang-kadang nak jalan rasa sakit sangat, tangan tak usah cakap la.. nak buat kerja pun dah tak boleh.. sampai ada 1 hari tu nak bangun dari katil pun tak boleh sebab kaki sakit sangat-sangat.. jalan pun tempang-tempang aje + perlahan-lahan...



"mengerjakan puasa 'Arafah, maka akan diampuni dosanya setahun yang akan datang..
dan setahun yang telah lalu. "


baru-baru ini puasa Arafah, saya tak dapat berpuasa.. rasa rugi nya terlepas itu sangat lah terkesan pada diri ini untuk berebut keampunan dosa dari Allah.. tapi apa boleh saya buat, pada hari tersebut saya terpaksa makan ubat dan memang saya tak di benarkan puasa oleh dokter yang merawat saya.. pada bulan ramdhan hari itu pun saya terpaksa stop puasa di sebabkan saya mula nak makan ubat.. huh, bilakah semua ini akan berakhir???


nikmat kesihatan sangat precious tak tipu...begitu juga dengan nikmat KEJAYAAN...


All is well.. relax everything will be okay.. remind that to yourself...







dugaan demi dugaan cabaran demi cabaran,

 making me wiser and stronger :)