Friday, September 28, 2012

For Capital "H"



orang yang paling
cepat dalam mintak maaf
adalah ORANG YANG
PALING BERANI

orang yang paling 
CEPAT meMAAFKAN adalah
ORANG YANG PALING KUAT

orang yang paling
CEPAT MELUPAKAN
KESALAHAN orang lain adalah
ORANG YANG PALING BAHAGIA..




terlalu banyak kenangan 
yang pernah terukir ketika 
bersamamu capital "H"..


Thursday, September 27, 2012



Manusia hanya tahu mentafsir gerak geri dan gaya bahasa.
Tapi bahasa hati hanya Allah yang mampu baca.
Yakin dengan Allah apa yang kita lakukan selagi dalam syariat.


Jadilah seperti pokok. 
Ketika dilempar dengan batu dan kayu. 
Masih membalasnya dengan buah-buahan yang manis rasanya.




study make me crazy!!!!


tertanya-tanya saya.. ada ke dalam 1 hari orang jawab paper exam 3 @ 4 subjek yang berbeza.. sempat ke diaorang belajar semua itu?? mustahil-mustahil.. tetapi itulah HAKIKAT yang perlu saya terima.. perkara itu terjadi kepada saya.. first time, dalam hidup saya dalam masa 1 hari sahaja saya jawab 4 test..!!! jam 8A.M 1 test, 2P.M 2 test,4P.M 1 test... rasa nak menangis, nak pecah OTAK semua cukup, dengan terkejar-kejar dari 1 bagunan ke 1 bagunan dengan keadaan tidak mengizinkan buat masa sekarang.. ya ALLAH.. hanya tuhan sahaja yang tahu keadaan saya ketika itu.. 





yang paling terkilan sangat.. baru dapat tahu khabar "petang sebelum nak test keesokan hari tu.."  hemm, memang tak sempat la nak baca buku untuk 3 subjek dalam beberapa jam, kalau baca pun mesti tak ingat..


kenapa boleh jadi bergini??? ini kerana saya baru dapat message dari sekian pensyarah yang text saya..

Pensyarah A : "sekian-sekian jam saya nak awak datang jawab test.. sebab saya nak bawa masuk carry mark awak ni.. " 
Pensyarah B : " besok ada test jam sekian-sekian.."
Pensyarah C : " besok jam sekian sekian,di tempat sekian-sekian, chapter ** hingga **ada test untuk awak"






nampak tak permainan yang saya TERPAKSA main..?? huhu.. adoiyaaa... memang la semua pensyarah tu ingat saya ni otak genius kot.. otak genius yang kaki buku tak pe la.. ini setakat otak genius kaki tidur jangan harap la nak score A+ .. 

apa yang boleh buat hanya?? 

Redha Itu Ikhlas Pasrah Itu Menyerah..







Wednesday, September 26, 2012

Sepahit manapun sesuatu takdir




Sepahit manapun sesuatu takdir atau ujiaNYA. 
Kita tidak mampu menghalangnya terjadi, 
sekuat manapun tangisan..
 kita tidak mampu mengubah takdirNYA.. 
ALLAH maha mengetahui segala-galanya.. 
Sudah pasti ada hikmah tersembunyi..
Segala kepahitan dan kesedihan hati terima sebagai penghapus dosa.. 
DIA ada di setiap langkah kita..



Tuesday, September 25, 2012

~ i really appreciate~



thank you  everyone for the warm birthday wishes.. i appreciate each comment,  message, inbox, chat, dua' etc.. even a simple birthday wish does means a lot to me.. thanks to my friends and family because always be by my side and do fogive me for all my wrongdoings... i do love them... wish me luck 4 final exam ok :) tq again!!! ^_^

25 / September /



Monday, September 24, 2012

~ Bertapa Nilai-nya Nikmat Penglihatan ~




hari tu masa otw pergi uk, tersempak dengan salah seorang budax lelaki uitm yang buta.. masa dia tengah jalan then terlanggar motosikal saya.. dengan perasaan belas kasihan saya pun pimpin dia bawa ke uk.. tanpa bersentuhan antara lelaki dan perempuan ya.. saya hanya pegang baju dia sahaja.. hemm.. selepas membantu student tersebut bawa ke uk..  dan selesaikan hal saya di uk dalam masa yang sama.. then,pulang ke bilik terfikir sejenak... alangkah bertuahnya saya masih di kurniakan nikmat penglihatan walaupun sekarang saya sudah kurang penglihatan akibat rabun.. tapi saya tetap bersyukur apa yang saya nikmati sekarang.. sekurang-kurangnya saya dapat merasa, masih ada lagi nikmat kesihatan pada diri saya ini...




Saturday, September 22, 2012

~Pre-Graduate Dinner Batch 73~


tadaa~ !!! it's me

entri kali ni mengisahkan tentang dinner pada 21/9/2012 malam semalam, mula-mula saya fikir tak nak join dinner kali ini disebabkan kesihatan tidak mengizinkan.. tapi dipaksa oleh kawan-kawan,dapat call,sms dan desakkan dari kawan baik sendiri mintak pergi juga, 

with kak rozi a.k.a PUAN roziah.. HEHE


with Neysa a.k.a Siti Nordiana

jadi dalam masa 4jam dinner akan bermula, saya pun berubah fikiran dari tak nak join terus nak join dinner pada malam semalam.. dengan baki 4jam lagi untuk ke dinner, baju untuk ke dinner pun tak tahu nak pakai baju apa?? 

aksi-aksi malam dinner..

kenangan bersama pensyarah..


PUTRA BRASMANA HOTEL..

tiba-tiba saya terfikir nak pakai t-shirt aje la... padan la masa yang tinggal hanya 4jam jew.. so dinner kali ini memang sangat SIMPLE.. tapi kata kawan-kawan walaupun simple but NICE la asLah.. hehe.. pernah kew saya ni tak simple?? saya adalah orang yang simple la... tak suka tengok yang lebih-lebih, kadang-kadang tu.. make up bagai.. dah tak macam muka asli ja tengok.. HAHA.. opsss maaf kalau ada yang terasa.. (pendapat masing-masing ya)


with my friends..

kenangan kali terakhir sebagai student DPIM..

saya ni kalau time dinner suka buat keputusan last minute, ya la dinner ni kadang-kadang malas saya.. saya ni bukan la orang yang kuat makan itu yang tak suka pergi makan.. ada kaitan dengan makan ja saya tak berapa nak minat sangat.. HAHAHA..  


kenangan bersama Pensyarah Land Survey..

kenangan bersama Pensyarah Marketing..

hem, hari itu masa part 4 pun macam tu juga tinggal lagi berapa minit untuk ke dinner baru saya seterika baju bagai, itu pun dengan bantuan roomte, beleter memanjang roomte saya mintak saya cepat siapkan diri untuk ke dinner.. HAHAHA.. mana tak nya dinner start jam 8.30.. jam 8.30 juga la baru saya nak seterika baju.. sekali itu sampai ke majlis, orang sudah penuh.. HEHE.. 


kecerian milik kami malam ini..

Santai bersama Mereka..

keriangan di malam itu..

santai di tepi laut..

yang paling kelakar dinner part 4 pun saya still pakai simple jew.. pakai baju kurung yang pergi kelas jew.. HAHAHA.. ada kawan yang tak nak pergi dinner semata-mata tak ada baju, tapi bila diaorang lihat baju yang dipakai oleh saya pada malam dinner itu diaorang cakap.. "lol,simple nya asLah.. pakai baju kurung pergi kelas jew" HAHA.. itukan saya.. nama pun SYAFIQAH ASLAH memang la simple.. hehehe..


with Ayu batch 72


with faiz,kak ada and atika..

with link link..

 tapi dinner kali ini berbeza pula, dinner kali ini khas untuk budak batch kami jew.. hehe.. so tak risau la sangat saya.. hanya kawan-kawan yang dikenali sahaja yang ada.. apa yang beza lagi dalam dinner kali ini adalah, dinner kali TERAKHIR untuk kami budak batch 73.. huhuhu sedih nya bila dengar ia adalah dinner untuk kali terakhir bagi kami semua..



firdaus,kak ada and atika

anugerah Simple but Nice.. HEHE..

kalaulah Pertemuan tiada Perpisahan alangkah indahnya.. tapi itu semua sudah menjadi lumrah alam bertemu pasti berkesudahan dengan perpisahan..

dapat Hamper.. hehe..

with pokcik Nobita, Ta Ta.. Giant iant.. hehe

sekali lagi dalam dinner cost saya mendapat cabutan bertuah untuk kali kedua.. hehe.. kali pertama saya mendapat cabutan bertuah pada semester 3.. HAHA.. bertuah-bertua..


geng yang dapat hadiah pada malam itu


with wan nysa and hamper..

yeayyy!!! hamper milik kami pada malam itu.. HAHA

Take care my friends, keep in touch, hope to see all of you again soon, kiss kiss ♥



ikhlas dari : Syafiqah AsLah  Bt Sohaimi..
at  Ocean Glow, Putra Brasmana Kuala Perlis..







Sunday, September 16, 2012

Nikmat Kesihatan


entri kali ini,saya nak ceritakan tentang KESIHATAN, memandangkan kesihatan yang saya alami sangat tidak mengizinkan untuk saya membuat sebarang aktiviti yang lasak ini membolehkan saya mudah sesak nafas.. huhu tak tahu la bila semua ini akan berakhir..kadang-kadang risau juga bila saya mula sesak nafas ni.. apatah lagi bila saya lihat muka mama saya time itu,dia memang gelabah,kalau saya sesak nafas..




baru-baru ini saya dapat duit insuran sakit dari pihak insuran nyawa saya & pihak uitm punya insuran ada bagi juga duit sikit sebab saya sakit dalam proses pembelajaran di uitm..

kadang-kadang duit tidak ternilai untuk saat ini, kesihatan tubuh badan lebih penting, 
andai di beri peluang untuk memilih sekali lagi antara nikmat KESIHATAN @ wang, sudah pasti ramai yang memilih nikmat kesihatan berbanding wang kan?? begitulah dengan saya..


testing testing new iPAD.. hehe


saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana kurniakan kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat tentang saya, hinggakan saya nak buat kerja sikit pun diaorang tak benarkan.. 
diaorang selalu membantu saya dalam pembelajaran walaupun sekarang saya terlantar sakit.. 

dan yang paling kelakar ada la peminat rahsia saya baru tahu tentang keadaan saya ni, hem.. kata kawan-kawan dia merajuk sebab saya tak bagi tahu dia tentang keadaa kesihatan saya... HAHAHA nak ketawa saya.. dan bila saya bertentang mata dengan jejaka itu.. dia masih merajuk




kata saya : maaf la tak bagi tahu,tak semua perkara saya boleh bagi tahu, dalam keadaan sakit macam ni .. budax batch cuma mun mun je yang tahu..

kata sidia : kenapa tak SMS jew??

kata saya : memang la sakit-sakit nak SMS kan?? nak hantar msg pada kawan-kawan segala kan?? HAHA..


~selepas prosess menjelaskan apa yang patut dijelaskan,Alhamdulillah dia sudah memahami~



antara rakan-rakan yang tak pernah putus memberi kata-kata semangat..


keadaan saya sekarang masih lagi sama seperti dahulu tapi alhamdulillah saya sudah dapat kembali nikmat selera makan, saya punya air kecil still warna yang sama.. hemm, saya sendiri tak pasti bila air kecil saya akan back to normal.. dan baru-baru ini saya tak tahu kenapa sendi-sendi pada kedua-dua tanggan dan kaki saya rasa sakit.. so jalan sekarang memang dah tempang, nak pegang sesuatu pun dah rasa lemah sangat sebab tanggan sakit.. so tak boleh lagi nak buat kerja yang berat-berat..




pengalaman berulang-alik setiap hari ke hospital mengajar erti betapa besarnya nikmat kesihatan, pelbagai jenis kesakitan dapat dirasai sekarang.. sakit ini tak mengenal usia,orang muda macam saya pun boleh dapat sakit kronik siapa sangka kan??

itulah di namakan dugaan dari ALLAH untuk hambanya..
 Ya Allah kurniakanlah aku nikmat kesihatan kembali..





Friday, September 14, 2012

~The Best MOMENT in My LIFE as a UiTM student~

memori bertahun-tahun akan berlalu dengan sekelip mata sajew, seriously den dah rasa MERINDUI walaupun belum terpisah..



ayu (budax dekan setiap sem)  dan wan (geng utara)


Manisnya Kenangan kita bersama, suka dan duka kita harungi.. Pengembaraan paling jauh adalah perjalanan kita menghadapi liku-liku kehidupan di maya ini.. 

tun dan neysa (geng penang mari)


Mendesak dan meminta kita menjadi insan yang tabah mengecapi setitik madu kebahagian yang manis.. 

atika, muna dan kak ada


Nikmatilah ia selagi kita mampu mendapatkannya.. dan jangan sesekali berputus asa.. 

with yana


andai tiba-tiba kita tertelan hempedu kedukaan yang pahit .. kerana itu adalah penawar yang akan memberi kita segunung kekuatan untuk kita meneruskan pengembaraan hakiki ini..

abg NoNaT, Pisah, Atie dan Ika


Setiap penghujung sebuah pertemuan adalah perpisahan. Sudah menjadi lumrah alam bertemu pasti berkesudahan dengan perpisahan..

geng urusetia tapi tak setia pun..



 Kedua-dua kejadian itu bagaikan bunga-bunga yang mewarna-warnikan kehidupan manusia di alam fana ini.. Pertemuan sudah pasti manis untuk dikenang manakala perpisahan adalah sesuatu yang menyedihkan dan boleh mengundang linangan airmata.. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa..

keceriaan milik kami



Walaupun jiwa dan raga mempunyai semangat membara untuk meneruskan pembelajaran tetapi kuderat ini tidak lagi mampu... 

neysa, nasi +, wana n atie



sudah suratan perpisahan ini tidak dapat dielakkan.. 
Semuanya ada hikmah di sebalik ketentuan Allah yang penuh rahsia..

madu-madu HAPIZ!! hehe..



hari-hari penuh kejutan..
dan penuh dengan perubahan..
rela atau tidak, terpaksa ditelan..
kerana itu hakikat kehidupan..

with lecturer MKT yang sangat sporting..



walaupun saya sudah meninggalkan kawan-kawan semua terlebih dahulu..
saya sangat terkesan dan sedih dengan apa yang saya alami sekarang..

with lecturer pathology dan plant science yang ceria..
abg yus, sem, yana & link-link..




Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama.. 
Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini.. 
Teruskan Perjuangan..

~batch 73~



the best moment in my life as a student

Bertemu dan berpisah kita kerana Allah.. [°-° ]



Wednesday, September 12, 2012

ini dinamakan TAKDIR


takdir kadang-kadang mempertemukan kita
dengan sesuatu yang tidak diundang
memberi apa yang tidak dirancang
memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan
serta membuatkan kita rasa khilangan


namun takdir juga menerpa kita dengan erti
perkenalan
menyulam erti ksih sayang,menanam erti
perahabatan
menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan
menyemai benih keakraban



serta memberi peluang menilai siapa
sahabat,siapa kawan dan siapa sekadar
kenalan yeng mengisi ruang dalam episod
kehidupan..




Tuesday, September 11, 2012

Redha



situasi

nampak mood dia macam tak ok.. tapi redha aje la apa nak jadi,jadi la lepas ni..!! (time hujan)

me: salam puan.. bla bla bla

madam: bla ba bla.. "tengok la dulu macam mana..." (muka masam mencuka tak taw nak describe macam mana)  


~berlalu pergi ke kereta nya letak surat yang den bagi pada dia~



madam: kenapa kamu tak text saya??? 

me: saya text puan.. 

madam: saya tak dapat pun.. kamu tulis macam mana??

me: saya text puan la.. saya text menyatakan saya nak jumpa puan dekat bilik.. saya siap call puan lagi tapi puan tak jawab.. text saya pun puan tak reply... (nak naik berang time tu bila di tuduh perkara yang kita buat.. dikatakan kita tidak buat... )

madam: saya busy time tu,lagi pun tak semua no student saya save.. kalau kamu text saya,lain kali tulis la nama kamu dekat hujung sekali SYAFIQAH ASLAH, saya kenal la kamu.. kamu kan FAMOUS..!!

me: (tersentak dengan statment terakhir tu).. :: mengalah malas nak bertekak dengan dia terus pergi ja ::






Monday, September 10, 2012

~ayah mencari bakal MENANTU ~



sekarang bapa saya berminat mencari menantu pula.. bukan untuk saya tapi untuk abang saya, yang buat saya risau kalau abang saya kahwin pas tu giliran saya la..tak akan adk saya pula.. itu di nama kan langkah bendul..


mana taknya, ada la hari tu dia terjumpa seorang budax ni.. dalam kategori adik la.. girls ni usia 19 @ 20 tahun, degree upsi lepasan matrix.. budx ni sikit punya alim, muka chumel,puteh tu tak payah cakap la.. girls ni asal dari terangganu.. ayah ada la cakap dengan budax tu bertanyakan tentang family nya,tapi budax tu cakap family dia sudah pulang ke terangganu.. (wah ayah saya ni macam dah tak sabar jew..belum apa-apa dah tanya tentang family budax tu)




then ayah cakap pada abang saya..



AYAH : "abang keluar duit sikit,ayah keluar duit sikit.. bukan apa ayah cuma nak bagi abang belajar ada t/jwb sikit.." 




hah, sudah!!.. abang kau jangan.. ingat jnji kita dulu tapi dia senyum jew.. aish kadang-kadang senyuman abang saya bermakna juga tu...







Saturday, September 8, 2012

Rindu




saya kagum melihat seorang Jejaka,
tampannya sukar Diterjemah,
bukan dari paras rupa tapi pada Akhlaknya..


pabila AZAN dengar ditelinga,
dialah orang Pertama menujunya,
bukan kerna SUKA SUKA tapi untuk Menunaikan seruannya….


dia sabar bila ditimpa MUSIBAH,
membuatkan IMANnya makin BERTAMBAH,
dia lebih TAWAKAL dan juga REDHA bila USAHA telah dilakukanya…



I love you capital A ♥ 



muamalatnya amat TERJAGA,
pergaulan lelaki dan wanita amat DIAMBIL kira,
kerna takut ALLAH akan menjadi MURKA dirinya juga yang kecewa..


ilmu yang ada di KONGSI kannya,
buat amalan manusia dan juga DIRInya,
senyum tidak penah lekang DIMUKA pabila DAKWAh dilakukannya….


pabila bertembung dengan MUSLIMAH,
pasti PANDANGAnya turun ke BAWAH,
bukan JIJIK atau apa cuma MENJAGA iman di DADA…


Ibu dan Ayah di HORMATI nya,
tanda SAYANG dan juga CINTA,
bukan kerna TERPAKSA tapi untuk mendapat REDHA TUHAN nya..





:: saya mencintaimu kerana agama yang ada padamu ::

Ya Allah ..jadikan Kami kekasihMu yang bertakwa,golonganMu yang bahagia & hamba-Mu yang salih 







Thursday, September 6, 2012

~ Jodoh itu rahsia ALLAH ~



Jodoh itu rahsia Allah.. Perkahwinan itu satu permulan untuk babak-babak seterusnya dalam kehidupan..
CINTA itu perjuangan.. Perlu diusahakan, ada rintangan..
Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita.. Jodoh itu milik Allah.. Maka letakkan ianya di dalam kawalan.. bukan mengikut hati dan perasaan..




Jika takdir ALLAH menentukan kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersama dengannya,
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya,
Kita tetap akan bersama dirinya.




Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH..
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yang sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥ ♥




kalau sekarang kamu sedang memperbaiki diri, 
insyaAllah jodohmu juga sedang memperbaiki diri juga
dan kalau sekarang kamu sedang menjaga hati, 
dia juga sedang menjaga hati..





bahagia itu ada.. bila hati mencintai Allah..





Wednesday, September 5, 2012

surgery



4/9/2012

i just hope tomorrow brings good news to me.. 

but..!!! 

5/9/2012

i'm going to the hospital today and doctor give me the news..BUT i got a BAD NEWS.. honestly, i'm not strong enough...!!!





"surgery in a bit.. Dear doctor kacak & cantik.. be good to me.. :) myself,everything will be fine.."




People WANT you, NEED you, PLEASE you, TAKE you, LOVE you, HATE you, PLAY you, RATE you, SAVE you and BREAK you... but it's what MAKES YOU, YOU!!!!




Tuesday, September 4, 2012

Andai itu Takdirnya



kata orang mencari sahabat itu mudah..
kata orang menjadi yang terbaik untuk seorang sahabat itu senang..
berada disampingnya  dimana pun saat dia perlu..
menjadi pendengar ketika dia punya cerita.. memahami ketika dia sedang ditimpa masalah
bertukar pendapat tentang apa itu kehidupan..




sungguh hal itu sangat mudah dilakukan..
untuk seorang sahabat yang telah menghibur dan menemani menangisi hari hari kita..
tapi sungguh sangat disayangkan semua tak selamanya berjalan seperti itu..
kadang-kadang berbelok dan berbalik 360.. berputar sesuka hati hingga kita tidak boleh di kawal..





kemana arah persahabatan ini..
ada yang menjatuhkan.. ada yang menghilang saat kita perlu..
sahabat  tak selamanya menjadi teman yang terbaik..
sahabat  kadang boleh menjadi musuh terberat dalam hidup..
sahabat  bukan orang yang harus kita percayai 100%..
sahabat  hanya manusia biasa yang punya salah dan khilaf..