Sunday, June 30, 2013

~Persaudaraan sesama muslim adalah ikatan IMAN paling erat~






Persaudaraan dalam Islam adalah suatu jalinan aqidah yang menghubungkan umat Islam antara satu sama lain...ia juga ada kaitan dengan jalinan erat untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.


Persaudaraan sesama muslim adalah ikatan iman paling erat seperti yang dinyatakan Rasulullah di dalam hadis bermaksud: " ikatan iman yang paling kuat ialah Berkasih Sayang kerana ALLAH dan Marah kerana ALLAH..."



daripada perspektif islam, persaudaraan satu sendi yang menjadi tunjang dalam usaha memperkuatkan binaan masyarakat islam..


Persaudaraan yang diwujudkan islam mempunyai kedudukan paling tinggi daripada segala-galanya...ia dapat dilihat kemuncak kepada persaudaraan ini yang terlaksana dengan jayanya pada zaman kehidupan Rasulullah dan sahabat selepasnya....lanjutan daripada itu, ukhuwwah yang dibina dan dibentuk oleh Rasulullah juga dapat membentuk sebuah negara islam yang dihormati dan disegani di seluruh dunia....





islam amat memerlukan supaya ikatan persaudaraan dapat mendalami hingga menjadi satu bangunan yang kuat serta saling berpaut antara satu sama lain.... dalam satu hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud:

 "Perumpamaan kaum muslimin yang saling kasih mengasihi dan cinta mencintai antara satu sama lain ibarat satu tubuh. Jika salah satu anggota berasa sakit maka seluruh tubuh akan turut berasa sakit dan tidak dapat tidur." (Riwayat Bukhari).



dalam konteks ini, rohani dan jasmani akan terbentuk melalui ukhuwwah yang dipraktikkan dan sentiasa istiqamah dengannya...ia juga berperanan sebagai 'Jambatan Emas' ke arah pencapaian keamanan dan kesejahteraan yang diimpikan oleh setiap manusia ke arah menghalang unsur perpecahan dan permusuhan.



 Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara. Oleh itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (Surah al-Hujurat : ayat 10)


dalam erti kata yang lain, 

Rasulullah SAW sentiasa menyarankan bahawa mengeratkan persaudaraan sesama umat islam adalah satu jambatan yang kita boleh istilahkan sebagai pasport atau visa untuk ke Syurga ALLAH S.W.T....begitulah besarnya hikmat dan ganjaran yang dijanjikan oleh ALLAH S.W.T kepada mereka yang menghubungkan persaudaraan.



Persaudaraan adalah nikmat yang amat berharga kurniaan Allah SWT kepada umat islam...islam memandang seluruh umat manusia itu adalah sama dan tiada yang lebih mulia dari yang lain kecuali ketakwaan mereka kepada ALLAH.......




Love my little sista so much..!!:) 




Friday, June 21, 2013

anda Jatuh Cinta???


awak dgar ni .. Jatuh cinta perkara biasa.. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.. Lagi2 orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ini.. 


Tetapi kita kena ingat, kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali..Tak mustahil, orang yang awak paling benci itu sebenarnya jodoh awak..



Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah..




Sunday, June 16, 2013

siapa cakap nak masuk syurga itu Mudah??




siapa cakap masuk syurga itu mudah..?? syurga meminta tebusan yang sangat Mahal.. Keberanian yang tak kenal gentar.. dan lebih dari segalanya, syurga meminta Ketakutan dan Cinta kita pada ilahi.. jika kesakitan ini akan dibayar syurga aku redha sebagai hambamu yang sangat kerdil...

tiada 1 nafas yang keluar dari tubuh kita, melainkan ada takdir ALLAH di dalamnya.. jangankan satu nyawa yang keluar dari badan,satu hembusan nafas pun ada takdir ALLAH di dalamnya.. semua ini ujian iman kita kepada ALLAH..




Ya Allah janganlah jadikan kesempatan ini yang terakhir dengan rumah-Mu.... Jika sekiranya Engkau jadikan kesempatan ini yang terakhir bagiku, maka gantikanlah syurga untukku dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih


Kalian tahu apa yang Allah buat bila Dia rindu pada hambaNya..??
Allah akan kirimkan hadiah istimewa mlalui malaikat jibril...yang isinya adalah ujian dan dugaan hidup...

*sesungguhnya Allah rindu rintihan aku..!!!!


hold on and stay strong .. just a few more years to go.. in shaa ALLAH..!!! All pain will be gone soon enough ... La Tahzan ya Syafiqah AsLah...


Thursday, June 6, 2013

Persahabatan ini bukan Milik Ku dan bukan jua Milik Mu



Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada ALLAH yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana ALLAH...



Apabila sahabat menemani, syurga itu makin indah... Apabila bersahabat kerana Allah, syurga itu mengiringi langkah...

Ya Allah, redhai persahabatan kami yang telah terbina kerana cintaMu... izinkan kami bertemu dan bersahabat sehingga ke syurga...



Harapan memang tak selalu membahagiakan dan terkadang menyakitkan.. tapi dengan harapan, kamu punya semangat untuk berjuang tanpa henti...

Dengan cinta kenal Pencipta 
Dengan cinta kenal RasulNya 
Kerana cinta kenal saudara...!!!!



Betapa sucinya kasih Mu
Betapa agungnya kebesaran Mu 
Diri ini mengharapkan cinta Mu 
Kekalkanlah rasa kehambaan ku kepada Mu ya ALLAH....



ya Allah, Kau permudahkanlah jalanku dan rakan-rakan ku.. kami tawakkal dan redha atas segala ketentuan Mu ke atas diri kami.. terimalah segala usaha kami sebagai ibadah kepadaMu.. berilah ilham kepada kami wahai Yang Maha Bijaksana..


Ya Allah, peliharalah ukhwah kami ini.. moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat...



with LOVE :
Syafiqah AsLah



Saturday, June 1, 2013

Bila ada orang nak masuk MINANG..!!!! Syafiqah AsLah gelabah teruk.. HAHAHA



 hahaha baca tajuk pon kalian-kalian semua tahu kan apa yang den nak updte untuk entri kali ini.. HEHEHE... sangat lucu bila fikir balik bila berada di dalam situasi itu.. HAHAHA... 


mana tak nya.. ada kawan sek rendah den dahulu cuba-cuba merisik diri ini.. aishhhh risau time tu.. sebab den ada pilihan hati sendiri itu yang bertambah risau... bermula pada malam itulah tiba-tiba dia text den kan??? tanya soalan yang entah apa-apa bagi den la..heee... 


antara soalan yang dia ajukan pada den "dah habis belajar ke sekarang???" "sekarang sedang kawan dengan siapa??" huhuhu (soalan cepumas betul) mula-mula boleh di layan tapi bila den rasa ini dah ke arah lain.. ok den terpaksa stop reply text dia... 



sampailah dapat 1 text tu yang menyatakan "kalau saya nak masuk minang awak untuk jadikan isteri boleh x"  bila dapat text macam tu secara automatik tangan ini bergetar terbeliak mata time baca text tu... fuh fuh fuh... bernyawa pon dah tak lepas... 

time tu cari habis kawan-kawan..."oiiii tolong den tolong den" "apa ni apa ni?? huhuhu...." dekat twitter tak payah cakap la... penuh tweet tentang tu.. HAHAHA... rasa macam jodoh datang secara mengejut... eh!! bukan tapi jodoh datang tanpa diri ini belum bersedia.. BELUM BERSEDIA kot... hah macam tu la.. jadi kelam terus...tak tahu nak describe macam mana lagi time tu... HEHE..


rasa nya perkara ini berlaku salah den juga kot... sebenarnya den pernah la terlepas cakap pada kawan den ni.. mungkin dari situlah dia berani sahut cabaran dan beranikan diri untuk memasuk minang den.. huhuhu.. dahulu den pernah berkata pada dia

"kalau awak kurus lepas ni then awak masuk minang saya conform saya terima awak"

hah!!! dari kata-kata den ni lah buat dia berani nak memasuk minang den..!!! huhuhu.. tu la orang cakap kalau terlajak perahu boleh di undur.. Tapi kalau terlajak kata??? adoiiiiiiiii....binasa semuanya... huhuhu...





selepas keesokan hari baru la den reply text dia... den cakap 

"niat awak tu betul dah.. dan bagus cara awak buat plan untuk hidup awak, tu..." 



ya la kawan den ni dah nak grade dgree di UM dan bakal sambung master dia Australia kelak.. sebelum dia sambung master dia nak khawin dan bawa seorang isteri bersama-samanya... tapi awak..!!!


 "saya rasa saya bukanlah wanita yang sesuai untuk dibuat isteri dalam saat ini.. berilah peluang kepada wanita lain yang betul-betul layak untuk menjadi seorang isteri kepada awak... sebab diri saya masih belajar menjadi anak solehah kepada kedua ibubapa saya.. dan belum bersedia dan belajar lagi untuk menjadi isteri solehah kepada bakal suami kelak... saya harap awak memahami dengan keputusan saya ini.. saya bukan menolak atau mengiakan... tapi saya cuma memberitahu keadaan dan situasi diri saya saat ini.. dahulu saya seorang yang jahil tapi bila baru nak berubah ke arah kebaikan saya perlukan masa untuk mengenali diri saya betul-betul...maafkan sekali lagi"




 me officially engaged.


selepas reply text tu.. den beranikan diri bagi tahu ma den.. HAHAHA.. tak tahu la semangat dan keberanian mana datang time tu... cakap dekat ma 

"ada kawan sek adik tanya tentang adik dan nak masuk minang adik.." cakap sambil ketawa.. HAHAHAHA...

"dia tanya adik dah habis belajar ke belum???? dan bla bla bla..." 


nak tahu apa respond ma den bila den cerita perkara tu????? dia senyum dan berkata 
"suruh la dia mai rumah" 

 time tu muka den macam erkkk betul ke ma den ni??? "ohhhh maaaaa!!!!!!!!!!!! kenapa tak support anak sendiri ni???" 


when i crop he face, then i put this caption " i'll be marrying,after 6 years!! " HAHAHA



bahaya bahaya selepas ni memang nekad nak letak signboard kat depan rumah kata 

"DILARANG MEMINANG SYAFIQAH ASLAH LAGI!!!! LAGI!!!!"


pada malam tu jugalah adik perempuan den sibuk-sibuk nak jodohkan den dengan someone ni... 

"adoiii dah kenapa semua orang dalam rumah ni???? huhuhu..." 

adik den ni mesti dengar apa yang den story kat ma ni.. heee.. 

wahai adik ku sesugguhnya akak mu ni.. tak nak khawin lagi ar..!!  

bila adik den nak cuba jodohkan den dengan someone.. soalan pertama yang den tanya.. 

lelaki tu beragama tak???? 

heeee..nampak tak??? HAHA.. soalan itu juga yang den tanya..!! of course la kan?? semua ni untuk akhirat den kotttttt... jangan buat main-main... kalau berharta pon tapi tak beragama tetap kena reject lah!!!! wahai adik trchentaku...



saya hanya berharap jika benar lelaki yang bakal memasuk minang saya kelak betul-betul adalah jodoh saya yang ditakdirakn sejak azali lagi, dia akan jadikan Ayah saya atau Wali saya orang pertama yang akan dapat tahu berita ini... 


saya lebih suka mengunakan perantaraan wali daripada lelaki itu berterus-terang sendiri dengan saya... kerana saya yakin menggunakan perantaraan wali adalah cara lebih paling terhormat yang digunakan oleh muslimah.. dengan perantaraan wali si perempuan tersebut in shaa-Allah lebih terjaga dari fitnah harga diri juga akan terjaga....




Pengalaman yang tak dapat dilupakan oleh Syafiqah AsLah Sohaimi...




Saturday, May 18, 2013

ISTIADAT KONVOKESYEN KE-78 Batch 2009/UiTM,Perlis



 kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah  memberi  amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. 


Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa  ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja  



tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman.


Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. 


Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. 



Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. 



Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. 



Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. 



Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud : -

"Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa  kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan."





Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan  ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang Al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.



pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.


Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh atau solehah serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.



 Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh atau solehah akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar.  


Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh atau solehah sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. 



Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :-

" Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. "



Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud :-

" Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman." 



renung-renungkanlah wahai sahabat-sahabat ku....!!!



HAPPY CONVOCATION to all my friends..!!!!


 convocation DIS student..!!! congrats to my beloved friend and to all DIS friends... 

WAWA..!!!! congratulations for ANC lalinks!!!! im so proud of you..!!!



wawa ketua KOMUNIS sebab dia ada 3 Bintang.. HAHA



Tahniah kepada semua kawan-kawan DIS, DPIM, ACCOUNT, KIMIA dan POLYMER turut tahniah kepada kawan-kawan CIVIL ENGINEERING yang den tak sempat nak pergi snap pic kauorang.. heee.. Maaf ya...!!  semua la kawan-kawan yang saya kenal yang kos lain-lain tu.. Business, Banking dan banyak lagi... 


'
murni bajet sweet... hehe.. thanks murni..!!!!!!


TAHNIAH!!!!! esp congrats for DIS Friends..!!! love u all so so so MUCH!!!!! and thanks for everything.. WAWA, MURNI, TUN TIMAH & ZYLA..!! im gonna miss u all..!!! heeee...




with LOVE
Syafiqah AsLah Sohaimi




Tuesday, May 7, 2013

i"m so proud of you ma


Pesanan seorang ibu

adik,seseorang mungkin akan mencaci dan membencimu kerana kesalahanmu, namun ALLAH akan memaafkan dan akan selalu menyayangimu.. Tabahkan hati


Jangan pernah merasa LEMAH.. Kerana Allah SWT sentiasa ada bersama kita.. Perbanyakkanlah berdoa padaNYA. In sha Allah akan ada jalan keluar bagi setiap permasalahan.. Kerana DIA adalah sebaik-baik penolong."


Sesungguhnya Dia yang mengujimu dengan sedikit masalah adalah Dia yg selama ini membanjiri dirimu dgn lautan nikmat.. berbaik sangkalah padaNYA.. Maniskan Iman, Maniskan Senyuman..


Sakinah atau kebahagian adalah apabila adik merasa aman atas diri sendiri ,masa depan, keluarga dan kehidupan adik sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar.


maka,kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi..




thanks a lot..im so proud of you ma..!!! Love u so much!!!



Monday, May 6, 2013

Perjuangan Anak Muda baru saja bermula




Pru adalah salah satu wasilah [instrumen] yang boleh digunakan untuk menegakkan keadilan/ kebenaran / kesejahteraan hatta meletakkan islam pada tempatnya.. justeru ia adalah sangat penting dan wajib digunakan oleh warga yg beraqidahkan tawhid kepada Allah.. 

Namun yang terpenting dalam menegakkan keadilan kebenaran kesejahteraan hatta islam pada tempatnya, memerlukan proses TARBIYAH yang berterusan dan berpanjangan sehingga ke akhir hayat agar iman sentiasa segar dan mekar kukuh, fikrah jelas dapat membantu individu membuat sebarang keputusan dengan mantap dan adil, tanpa boleh ditipu oleh fitnah lidah manusia atau media beracun. 


jadilah insan Muslim yang bijaksana dan berhikmah sepanjang masa kehidupan dan berupaya berfikir dengan mantiq yang tinggi..


"Zaman Khulafa Ar-Rasyidin merupakan zaman pemerintahan Islam yang dijalankan oleh para sahabat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Corak pemerintahan yang dijalankan oleh kerajaan ini adalah berdasarkan corak pemerintahan Nabi Muhammad serta berlandaskan Al-Quran dan Sunnah." 






kami cuma mahukan pemerintahan seperti ini,wahai pemimpin,andai saja kau mengaplikasikan Al-Quran dan Sunnah dalam sistem pentadbiranmu,maka tiada lagi bangkangan dari mana-mana pihak selepas ini.. namun,yakin,pasti dan pecayalah,bangkangan akan terus ada sehingga islam tertegak sepenuhnya di muka bumi malaysia ini..


setiap pemimpin PASTI akan disoal di akhirat kelak..Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui..rakyat yang dibawah juga melihat dan memerhati..yakinkan kami bahawa anda yang terbaik untuk memimpin..in sha Allah..



wahai teman-teman seperjuangan ku ingatlah dan percayalah..!!!


tiada 1 nafas yang keluar dari tubuh kita, melainkan ada takdir ALLAH di dalamnya.. jangankan satu nyawa yang keluar dari badan,satu hembusan nafas pun ada takdir ALLAH di dalamnya.. semua ini ujian iman kita kepada ALLAH...yang pasti perjuangan anak muda baru saja bermula..!!!



janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman..






Friday, May 3, 2013

Selamat Mengundi pada semua Rakyat Malaysia



Jangan lupa mulakan solat hajat dan solat istikarah kawan-kawan .. ingat undi ini bukan seperti main masak-masak bukan juga seperti time jawab exam main pangkah je.. tapi undi ini penentu masa depan negara , sama ada semakin ke arah Positif atau pun makin Negative...


sebagaimana satu zarah pun tidak akan terlepas dari kiraan pencipta anda, 
begitu jugalah satu undi anda hari ini apatah lagi..



ingatlah Hari Kiamat kelak anda akan ditanya semula mengenai undi anda hari ini...
dan ingatlah Dunia berjalan meninggalkan kita sedangkan Akhirat berjalan menjemput kita...



KITA MERANCANG UNTUK MALAYSIA NEGARA KITA , ALLAH JUGA MERANCANG UNTUK NEGARA KITA... TAPI PERANCANGAN ALLAH ADALAH TERBAIK.. 



"semoga Allah memberi petunjuk kepada ku untuk memangkah pada 5hb nanti.. ya Allah tiba-tiba rasa takut pulak nak mengundi ni...!! semoga Allah memberi gerak hati ku memilih pemimpin yang TEPAT..!!!! Amin ya Rabb.."




Selamat Mengundi kepada semua Rakan-Rakan Muslim..






(ikhlas dari seorang Pelajar dan Resident)


Tuesday, April 30, 2013

Bukan kita yang menilai sesuatu itu..




Memang susah nak cakap pasal benda baik sekarang, 
sebab bila cakap benda baik orang akan cakap kita bajet baik. 
Bila cakap pasal kebaikan ada yang kata maksudnya politik la tu...
Kita semua hakikatnya memang tengah sakit parah. 
Islam hanya dalam pelembagaan.
Tapi bukan cara kehidupan...


Jangan take over kerja Allah...
Dia Hakim segalanya... Tugas kita menyampaikan kebaikan ja.
Yang lain biar Allah settle...



Bukan semua orang memahami masalah yang kita kongsikan... penyampaian yang salah menyebabkn salah tafsiran dan akhirnya mencetuskan pergaduhan..



Setiap yang BERAKHIR akan bertukar dengan PERMULAAN, setiap PERPISAHAN akan diganti dengan PERTEMUAN, setiap KEDUKAAN akan diganti dengan KEBAHAGIAAN, setiap KESABARAN akan diganti dengan KEMENANGAN dan setiap kejadian pasti ada hikmah yang ALLAH berikan...



KAWAN yang baik adalah kawan yang memimpin tangan kita ke JANNATUL FIRDAUSI , 
bukannya yang menolak kita ke NERAKA....





Monday, April 29, 2013

Cinta milik ALLAH




Asal cinta milik Allah,dicintai dan mencintai itu anugerah Allah,
perginya cinta dengan izin Allah, Hilangnya cinta atas kehendak Allah...
dan segala-galanya kembali semula kepada Allah..
kerana kita hanya milik-Nya dan hamba yang diciptakan-Nya..
hanya kerana Allah kita bercinta dan berkasih-sayang sesama makhluk


Kadang-kadang, lebih baik membiarkan KESEDIHAN bertandang, 
andai itu yg dapat ‘membawa’ pulang HATI kita padaNYA..
drpd KEGEMBIRAAN yang ‘melarikan’ kita jauh dariNYA..

mungkin kesedihan itulah yg menjadi ‘MAGNET’ yang mendekatkan kita pada Allah..
dan mungkin kesedihan itulah yg menjadi ‘PARUT’ yg mengingatkan bahawa Allah sentiasa ada, saat kita susah dan senang...



Friday, April 26, 2013

kasih ALLAH pada hambanya




Dugaan Allah datang dalam macam-macam rupa. Bila dugaan datang, hati kita rasa berat. kepala kita rasa sakit. perasaan kita resah gelisah.. 
sedar tak sedar semua dugaan yang datang kepada kita adalah tanda kasih tuhan pada hambanya.. tiada satu pun rasa sedih, gelisah dan gundah gulana seorang mukmin dilalui melainkan Allah menggugurkan sebahagian dosa dosanya.

Dalam sukar hitunglah kesyukuranmu.


dan senyumlah dan letakkanlah sepenuh tawakkalmu pada Allahu Rabbul 'Aalameen.. sesungguhnya Allah itu Maha Lembut terhadap hamba hamba Nya.. 
dan sampaikan lah berita gembira pada orang-orang yang sabar.. sesungguhnya kemenangan bagimu amatlah dekat jika kamu mengetahui.

Sesungguhnya aku mengagumimu kerana sifat sabarmu.





Dugaan menjadikan mental kita kuat


Kesilapan memang menyakitkan, tetapi sebagai mana masa berlalu, ia menjadi salah satu pengalaman yang dipanggil pelajaran..

Jangan memandang hina pada mereka yang baru nak merangkak ke alam perubahan, kelak bila dia berubah..dia akan lebih baik dan berilmu daripada kamu...



orang yang hebat adalah orang yang sedang Bersedih, Namun tetap berusaha membahagiakan orang lain..

tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau.. dan tidak ada insan yang Berdosa tidak mempunyai masa depan kan???

Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, hura-hara menjadikan kita tabah. Setiap ketentuan Allah ada hikmahnya..

Apabila rasa 'redha' dijadikan makanan dan  'kesabaran' menjadi pakaian hidup seharian..ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan akan menjadi teman untuk menemani kita seharian.. in shaa Allah! syurga akan hadir di hati kita ..


saya tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

tapi saya yakin..
Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah juga ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t...



Sahabat yang betul betul IKHLAS berSahabat dengan Kita adalah Sahabat yang selalu mengingatkan kita tentang ALLAH dan RASUL.. (credit to izzati)

Sedihmu jangan terlalu memakan seluruh waktu.. Karena senyummu masih penting, bagi mereka yang TULUS menyayangimu dan bersedia memaafkan mu... (credit to pokcik mumu)