Monday, May 6, 2013

Perjuangan Anak Muda baru saja bermula




Pru adalah salah satu wasilah [instrumen] yang boleh digunakan untuk menegakkan keadilan/ kebenaran / kesejahteraan hatta meletakkan islam pada tempatnya.. justeru ia adalah sangat penting dan wajib digunakan oleh warga yg beraqidahkan tawhid kepada Allah.. 

Namun yang terpenting dalam menegakkan keadilan kebenaran kesejahteraan hatta islam pada tempatnya, memerlukan proses TARBIYAH yang berterusan dan berpanjangan sehingga ke akhir hayat agar iman sentiasa segar dan mekar kukuh, fikrah jelas dapat membantu individu membuat sebarang keputusan dengan mantap dan adil, tanpa boleh ditipu oleh fitnah lidah manusia atau media beracun. 


jadilah insan Muslim yang bijaksana dan berhikmah sepanjang masa kehidupan dan berupaya berfikir dengan mantiq yang tinggi..


"Zaman Khulafa Ar-Rasyidin merupakan zaman pemerintahan Islam yang dijalankan oleh para sahabat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Corak pemerintahan yang dijalankan oleh kerajaan ini adalah berdasarkan corak pemerintahan Nabi Muhammad serta berlandaskan Al-Quran dan Sunnah." 






kami cuma mahukan pemerintahan seperti ini,wahai pemimpin,andai saja kau mengaplikasikan Al-Quran dan Sunnah dalam sistem pentadbiranmu,maka tiada lagi bangkangan dari mana-mana pihak selepas ini.. namun,yakin,pasti dan pecayalah,bangkangan akan terus ada sehingga islam tertegak sepenuhnya di muka bumi malaysia ini..


setiap pemimpin PASTI akan disoal di akhirat kelak..Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui..rakyat yang dibawah juga melihat dan memerhati..yakinkan kami bahawa anda yang terbaik untuk memimpin..in sha Allah..



wahai teman-teman seperjuangan ku ingatlah dan percayalah..!!!


tiada 1 nafas yang keluar dari tubuh kita, melainkan ada takdir ALLAH di dalamnya.. jangankan satu nyawa yang keluar dari badan,satu hembusan nafas pun ada takdir ALLAH di dalamnya.. semua ini ujian iman kita kepada ALLAH...yang pasti perjuangan anak muda baru saja bermula..!!!



janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman..






No comments:

Post a Comment