hurm,badan saya dibuat experiment oleh docter..!! sedih nya... semalam baru saya tahu yang selama tempoh 2 minggu saya telah makan ubat yang overdose..
ini kerana setiap minggu saya akan ke hospital untuk mengambil darah, dan bila ujian darah di buat didapati badan saya tidak dapat menerima ubat yang terlalu kuat itu... ini kerana ubat tersebut boleh menganggu fungsi HATI, JANTUNG, BAWAH PINGGANG, dan MATA saya, dan hari ini docter telah mengurangkan dose ubat tersebut..
apabila perkara ini diberitahu ayah saya,ayah saya agak marah
kata nya..!! "kalau jadi kenapa kenapa pada anak saya..!! saya akan ambil tindakan pada docter..!!! kalau perkara ini terjadi.. ini bole mengakibatkan rosak fungsi badan anak saya..!!
ibu saya yang berada di situ cuba menenangkan ayah saya..
saya yang berada di situ hanya berdiam tanpa berkata apa-apa..hemm,patut la selama tempoh tersebut badan saya betul-betul lemah hinggakan nak pergi toilet pun tak mampu pergi sendiri..
selepas kejadian itu berlaku, start minggu depan saya akan di kawal oleh PAKAR yang paling ATAS.. kata nurse minggu depan PAKAR akan turun..dan minggu depan sekali lagi saya akan mengambil darah untuk ujian dan berjumpa pakar keesokan hari..
ya ALLAH, setiap minggu saya perlu mengambil DARAH.. bilakah semua ini akan berakhir?? boleh nampak makin lebam lenggan saya ini.. alahaiiiii.....
No comments:
Post a Comment