Tuesday, April 30, 2013

Bukan kita yang menilai sesuatu itu..




Memang susah nak cakap pasal benda baik sekarang, 
sebab bila cakap benda baik orang akan cakap kita bajet baik. 
Bila cakap pasal kebaikan ada yang kata maksudnya politik la tu...
Kita semua hakikatnya memang tengah sakit parah. 
Islam hanya dalam pelembagaan.
Tapi bukan cara kehidupan...


Jangan take over kerja Allah...
Dia Hakim segalanya... Tugas kita menyampaikan kebaikan ja.
Yang lain biar Allah settle...



Bukan semua orang memahami masalah yang kita kongsikan... penyampaian yang salah menyebabkn salah tafsiran dan akhirnya mencetuskan pergaduhan..



Setiap yang BERAKHIR akan bertukar dengan PERMULAAN, setiap PERPISAHAN akan diganti dengan PERTEMUAN, setiap KEDUKAAN akan diganti dengan KEBAHAGIAAN, setiap KESABARAN akan diganti dengan KEMENANGAN dan setiap kejadian pasti ada hikmah yang ALLAH berikan...



KAWAN yang baik adalah kawan yang memimpin tangan kita ke JANNATUL FIRDAUSI , 
bukannya yang menolak kita ke NERAKA....





Monday, April 29, 2013

Cinta milik ALLAH




Asal cinta milik Allah,dicintai dan mencintai itu anugerah Allah,
perginya cinta dengan izin Allah, Hilangnya cinta atas kehendak Allah...
dan segala-galanya kembali semula kepada Allah..
kerana kita hanya milik-Nya dan hamba yang diciptakan-Nya..
hanya kerana Allah kita bercinta dan berkasih-sayang sesama makhluk


Kadang-kadang, lebih baik membiarkan KESEDIHAN bertandang, 
andai itu yg dapat ‘membawa’ pulang HATI kita padaNYA..
drpd KEGEMBIRAAN yang ‘melarikan’ kita jauh dariNYA..

mungkin kesedihan itulah yg menjadi ‘MAGNET’ yang mendekatkan kita pada Allah..
dan mungkin kesedihan itulah yg menjadi ‘PARUT’ yg mengingatkan bahawa Allah sentiasa ada, saat kita susah dan senang...



Friday, April 26, 2013

kasih ALLAH pada hambanya




Dugaan Allah datang dalam macam-macam rupa. Bila dugaan datang, hati kita rasa berat. kepala kita rasa sakit. perasaan kita resah gelisah.. 
sedar tak sedar semua dugaan yang datang kepada kita adalah tanda kasih tuhan pada hambanya.. tiada satu pun rasa sedih, gelisah dan gundah gulana seorang mukmin dilalui melainkan Allah menggugurkan sebahagian dosa dosanya.

Dalam sukar hitunglah kesyukuranmu.


dan senyumlah dan letakkanlah sepenuh tawakkalmu pada Allahu Rabbul 'Aalameen.. sesungguhnya Allah itu Maha Lembut terhadap hamba hamba Nya.. 
dan sampaikan lah berita gembira pada orang-orang yang sabar.. sesungguhnya kemenangan bagimu amatlah dekat jika kamu mengetahui.

Sesungguhnya aku mengagumimu kerana sifat sabarmu.





Dugaan menjadikan mental kita kuat


Kesilapan memang menyakitkan, tetapi sebagai mana masa berlalu, ia menjadi salah satu pengalaman yang dipanggil pelajaran..

Jangan memandang hina pada mereka yang baru nak merangkak ke alam perubahan, kelak bila dia berubah..dia akan lebih baik dan berilmu daripada kamu...



orang yang hebat adalah orang yang sedang Bersedih, Namun tetap berusaha membahagiakan orang lain..

tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau.. dan tidak ada insan yang Berdosa tidak mempunyai masa depan kan???

Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, hura-hara menjadikan kita tabah. Setiap ketentuan Allah ada hikmahnya..

Apabila rasa 'redha' dijadikan makanan dan  'kesabaran' menjadi pakaian hidup seharian..ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan akan menjadi teman untuk menemani kita seharian.. in shaa Allah! syurga akan hadir di hati kita ..


saya tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

tapi saya yakin..
Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah juga ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t...



Sahabat yang betul betul IKHLAS berSahabat dengan Kita adalah Sahabat yang selalu mengingatkan kita tentang ALLAH dan RASUL.. (credit to izzati)

Sedihmu jangan terlalu memakan seluruh waktu.. Karena senyummu masih penting, bagi mereka yang TULUS menyayangimu dan bersedia memaafkan mu... (credit to pokcik mumu)



Allah sebaik-baik penolong






Seseorang bertanya kepada Ibnu Mas'ud ra.; "Tempat mana yang harus aku datangi saat aku mendapati keadaanku risau dan terasing?." 

Jawabnya;
"Datangilah tempat yg Al-Quran sering dibacakannya, nescaya kamu akan mendapat ketenangan. 
Lalu, datangi tempat-tempat yg kamu diajak utk mengingati dan menyebut ALLAH serta akan bertambah ilmumu... 
Terakhir, datangi alas sajadahmu di keheningan malam dan mengadulah kepada Rabb pengatur hidupmu."..


Adik, sudah sunatullah bahawa Allah menggilir tawa dan airmata dalam hidup ini. Tak ada yang melulu bahagia. Pun tak ada yang melulu berduka. Ketika Allah yg menjadi sandarannya, in shaa Allah kita mampu melaluinya. Berdoalah tanpa bosan, berdoalah tanpa henti. Allah menanti doa hambaNya.. In shaa Allah ujian demi ujian mampu kita lewati. In shaa Allah..

Ada Allah.. Ada Allah..ada Allah..

"Cukuplah Allah bagiku.. Dan Allah sebaik-baik penolong.."



Syukur Memiliki Iman dan Islam..

kenangan di canada


Dunia itu luas bagi yang mampu jadi pemaaf dan dunia itu sempit bagi yang sukar memaafkan. 
Dunia itu lapang bagi yang mampu minta maaf dan lebih lapang bagi yang menerima maaf...


syukur memiliki iman dan islam..

 disaat hati paling rapuh, mahupun disaat semangat paling cekal dan kental.
 keyakinan dan keindahan tawakal itu memberi sejuta satu ketenangan.
 membuat kita tersenyum walau dalam hati terbit sedikit bimbang.
 "Tak apa, Allah ada. Allah ada. Allah akan beri yang terbaik."
 Itulah yang akan meniti bibir2 orang yang beriman dalam apa jua keadaan.


 di dalam hati seorang muslim itu tidak perlu ada sebarang kebimbangan.
 kerana dia tahu, baik buruk sesuatu itu, Allah juga sebaik-sebaik Perancang.
 rugi sekiranya kita tidak hayati nikmatnya bertuhankan Allah Al Rahman.


 " Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang aku, maka sesungguhnya Aku dekat. aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." ( al-Baqarah : 186)


 Ya Allah, tetapkan hatiku. Jadikan kami orang sentiasa yakin dan teguh terhadapMu. Permudahkan dan berkatilah urusan kami. Kembalikan kami padaMu dalam keadaan kami paling cinta padaMu.


 Sesungguhnya Allah itu dekat..

trust him AiMi..  :-)



Thursday, April 25, 2013

Rindukan adik saya juga


seriously..!! i start to miss her,my adik is so cute and funny.. HAHA
tiba-tiba rasa tak sabar nak balik kampus nak jumpa budak ni.. HEHE

i miss you too la adikku.. HEHE



credit to my little sista.. 


Thursday, April 18, 2013

Takdir yang diaturkan oleh ALLAH S.W.T


alhamdulillah ada hikmah dengan semua ini.. itu aje yang mampu den coretkan untuk pertalian persaudaraan yang secara kebetulan terjalin... syukur alhamdulillah seperti mana adik saya terharu dengan wujudnya saya di dalam kehidupannya sama juga dengan saya... tak pernah terlintas di fikiran 1 ikatan persaudaraan bakal terjalin antara saya dan junior kos lain.. 



apa yang saya mampu katakan setakat hari ini, ada hikmah disebalik semua ini.. saya sentiasa doakan adik saya sentiasa kuat dan bersedia menerima dugaan sebagai makhluk Allah yang berada di atas permukaan bumi ini..


terjalinnya ikatan persaudaraan saya dan adik saya kali ini membawa erti di dalam hidup saya.. di mana saya dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan serta nasihat dan semangat yang sentiasa dihulur dan saling ingat mengingati antara satu sama lain.. semoga ikatan persaudaraan ini membawa kita ke syurga firdaus.. Amin ya rabb...

pesanan dan kata2 semangat dari adik saya


adik pernah berkata : 

xsgke skrang nie akak da jd mcm sebahagian dri hidup org
sungguh
org da anggap akak mcm akak org sendri
org xde kakak
so ble ad org ngaku org adik dye
org rse mcm t'haru sgt
nak nanges pon ad
rse mcm xlayak plak..


Layak atau tidak bukan kita yang menilai seseorang... seperti mana adik pernah ada kisah silam, begitu juga dengan orang.. mungkin kisah silam kita berbeza.. tapi itu sudah tidak penting apa yang penting.. diri kita sekarang ini.. dan selepas ini jangan pernah menoleh kebelakang lagi.. anggaplah kisah silam dahulu hanya takdir yang ditentukan oleh ilahi kepada diri kita yang terpaksa kita jalani untuk kita kuat pada masa sekarang..



with adik and her friend (junior banking)


alhamdulillah..Allah tu maha penyayangkan?? cuma kita aje selalu lupakan dia.. padahal dia tak pernah sesaat pun lupakan kita.. terima kasih ALLAH untuk persaudaraan ini..!!




saya SAYANG adik saya..



Tuesday, April 16, 2013

buat IMAM dalam keluargaku



buat IMAM dalam keluargaku,

Sanah Helwah Ayah..

semoga Allah berkati usia ayah dalam ketaatan kepadaNya..
semoga tahun ini ayah dan ma dijemput ke rumahNYA... insha Allah..
dan semoga Allah permudahkan segala urusan..

amiin...

 13 April 1960 



pesanan dari Ayah : ' jaga diri dan kesihatan adik'..


Sunday, March 24, 2013

My cousin's Wedding


Alhamdulillah.. akhirnya selesai juga wedding cousin den untuk kali ini... 

selepas 2 minggu den demam, baik je dari demam terus kenduri di adakan.. nasib la keadaan kesihatan den semasa kenduri semalam ok je... syukur sangat ke hadrat ilahi..


wedding cousin den kali ini sangat meriah dan sangat seronok sebab semua cousin-cousin yang tinggal di luar negara turut pulang ke kampung untuk meraikan hari bahagia my cousin.. 


 tugas den pada hari wedding cousin kali ini adalah menjadi photographer.. adoiiii ingatkan senang jadi photographer untuk kaum kerabat, ternyata susah juga ya nak jadi photographer untuk family sendiri..

with MR photographer yang senget kat belakang tu.. HAHA




dari malam kenduri sehingga la petang kenduri tu baru la tugas den habis untuk snap-snap pic sebagai kenangan.. huh.. bayangkanlah berapa jam sangat la den dapat tidur kan??? padahal baru je baik dari demam dah kena buat kerja lebih masa selepas sembuh..

tadaaa!! my cousin... den panggil dia K.NOT nama sebenarnya Norazliza tapi kitaorang 1 family panggil kak not je.. lebih mudah.. HAHAHA

Selamat Pengantin Baru kak not dan abang kamal..


wedding kali ini.. den pun happy sebab makngah den bagi green light mintak den jemput kawan-kawan den yang mana den kenal... ramai juga kawan den yang datang.. 



turut memeriahkan Majlis semalam, from Iran and Jepun yang sudi terbang dari jauh nun di sana... 





untuk kauorang Selamat Bercuti dan selamat habiskan saki baki cuti kauorang semua di malaysia, sebelum fly balik semula ke Jepun untuk meneruskan pelajaran kauorang di sana nanti.. rest kan otak secukup-cukup nya dan maafaatkan cuti di sini ya...




posing terakhir,candid with them.. HEHE

tak lupa juga kawan-kawan yang berada di malaysia ni yang sudi memeriahkan majlis kaum kerabat kami.. HEHE.. antaranya :


izzati kawan sek Al-Azhar dahulu.. 


izzati with family


ustazah Norzah dan anak-anak nya yang berada di kampung saya sendiri..



fazrin cousin jauh saya sendiri, walaupon masa zaman kanak-kanak kitaorang tak pernah main sekali tapi hubungan persaudaraan family kitaorang still teguh..



fazrin and family dia..


semua ni cousin-cousin jauh den ya.. HEHE



dan bila semua kawan-kawan sudah pulang.. saya dan cousin-cousin lain mula la nak berceloteh di atas pelamin selepas ini.. HAHAHA


antara pic kami berceloteh tapi sayangnya ada 2 orang cousin kami lagi  yang tak pulang.. terutama nya adik saya yang berada di perantauan tu dan my cousin yang tak dapat pulang sebab busy kata nya ada hal di upm tu



majlis pun sudah selesai, tibalah masa nya bergambar untuk Big Family punya gambar.. HAHAHA.. ini pun belum cukup lagi sebenarnya ada lagi adik beradik kitaorang yang tak join time ini.. pergi mana tak tahu lah.. den syak diaorang pergi cuci periuk kot kat belakang rumah.. HAHA




with Love :
SyaFiqah AsLah



Saturday, March 2, 2013

Kenapa saya meminati budak Medik @ Dokter





Assalamualaikum...

atas permintaan rakan-rakan.. harap entri kali ini dapat la menjawab persoalan yang selalu di ajukan kepada saya ini... dan berharap jawapan saya selama ini memuaskan semua orang lah yer...





selalu di ajukan soalan Syafiqah Aslah kenapa kau suka budak medik?? kenapa?? kenapa?? dan kenapa??

mereka tertanya-tanya kenapa saya lebih meminati budak medik berbanding budak engineering.. HAHA... untuk makluman semua budak engineering tu adalah masa lalu orang yang bernama Syafiqah Aslah.. dan saya tak cakap la budak medik adalah masa sekarang saya ya.. 


untuk pengetahuan semua orang dari kecil lagi saya memang meminati budak medik, mungkin saya sudah terdedah dengan persekitaran Hospital sejak kecil lagi.. ini kerana semasa saya menetap di KL rumah saya berhampiran dengan Hospital Kuala Lumpur.. 

mungkin dari situlah orang bernama Syafiqah Aslah meminati Dokter.. ya la setiap hari akan lihat Dokter lalu depan mata jew... HEHE...




tapi itu bukanlah sebab saya meminati dokter, saya meminati dokter kerana ada 3 benda medical staff akan selalu rasa sepanjang career mereka working in the hospitals.. 

1) Rasa syukur
2)  Ingat sihat sebelum sakit
3) Menyedari Kematian itu dekat dan tidak mengenal usia

3 benda ini akan di rasa.. baik Doctors, Nurses and Physio.. kalau tak rasa tiga benda ni, sungguh hati kita mungkin sudah keras dan sedikit buta.. 
Astafirullahalazim..!!!



a thought sharing... masyarakat sekarang selalu anggap doctors are amazing people.. they are brilliant, intelligent, hardworking, they save lives. plus, years of medical study are just torturing.. only the tough passed and graduated with a medical degree right???

but to be honest, i felt the more further i took a step ahead, makin kerdil rasa diri.. makin banyak ilmu, makin rasa diri sangat kecil di hadapan Allah.. the more i see things in hospitals, makin rasa insaf, seinsaf-insafnya..



ok let me explain more clearly.. why i fell in love with student-student medic or doctor..

Pertama, rasa syukur..they seeing patient in pain, in agony, sometimes seeing patients yang dibiarkan terlantar tanpa visitor sudah cukup mengingatkan kita pada erti syukur.. syukur atas nikmat kesihatan.. dan syukur atas keluarga..


Kedua, ingat sihat sebelum sakit.. they see people helpless.. they see people in frustration.. they see people in denial bila jatuh sakit.. 

kita tak pernah buat perkara yang kita patut buat masa kita sihat, dan menyesal sendiri apabila kita hilang upaya..



Ketiga, menyedari kematian itu dekat dan tidak mengenal usia.. they see patient harini sihat walafiat, esoknya meninggal dunia serangan jantung.. something like that, 

kita lihat kanak-kanak kecil yang menghitung hari untuk pergi.. in fact, they see death everyday, rugilah kalau tarbiyah ini hanya dilepas pandang oleh student medic or doctor right???..




plus, doctors are not always great.. sometimes, they are broken as well.. do u know where actually they pick up the spirits and motivation to bounce back up??

they are actually learning a lot about survival from their suffering patient.. they learn how to fight problems in life from their dying patients.. because some of their patients might be the toughest human..




these people it is not their choice to be sick, BUT you CHOOSE to be a doctor, treat them nicely.. regardless.. 

i am so Proud of you..!!



kesimpulan yang dapat saya buat disini kenapa saya begitu meminati budak medik ini kerana career sebagai seorang dokter sangat mendekatkan diri mereka dengan Maha Pencipta.. 

saya tak cakap career lain tidak mendekatkan diri dengan Maha Pencipta.. semua career yang ada di atas bumi ini semua dekat dengan ilahi.. perbezaanNya sama ada kita pandai membawa kerjaya kita ke arah ilahi or tidak..


mungkin jiwa saya lebih memilih dokter sejak azali lagi.. insyaallah jika takdir saya dijodohkan dengan seorang dokter.. saya berharap diri saya juga dapat merasa dan mendalami career mereka like medical staff yang working in the hospitals.. Amin ya Rabb..!!!





with LoVe : Syafiqah AsLah


Friday, February 15, 2013

14/02/2013 just a date with my buddy



hai guys..!! enteri kali ini i nak cerita tentang date i dengan my buddy PLKN.. yeayy!!!
i adalah salah seorang pelatih plkn di kem Lagenda Seri Negeri Langkawi..
plkn la membuatkan i dengan my buddy ini berkawan dan berkenalan sampai la sekarang..


walaupun sudah 5 tahun kitaorang tinggal kem tapi tak bermakna hubungan kami sampai di situ sahaja... siapa sangka kan walaupun berlainan agama tapi kami tetap boleh 1 kepala...


CNY with my buddy

Date kami kali ini ramai kawan-kawan yang terharu lihat hubungan kami yang masih akrab sampai sekarang.. tak tahu la kenapa sejak semalam saya upload pic kami date petang itu.. ramai yang bagi feedback.. padahal setiap tahun kami selalu buat aktiviti reunion untuk kami 3 orang.. pic tu tetap la muka yang sama kan..?? HEHE.. tak tahu la apa beza pic kali ini dan tahun sebelum-sebelum ini...


antara komen dari kawan-kawan PLKN especially nya la kan?? tak lupa juga komen dari kawan 1 kampus dan budak classmate i sendiri .. HAHA... tak sangka budak classmte pun terharu dengan hubungan akrab kitaorang... hehe...


no valentine yesterday.. just a date with my buddy.. lalala..

PLKN friends :

Fatin Hanani Othman : ampa p mana?hehe

SyaFiqah AsLah Sohaimi : peg as... cari roti bakar.. HAHAHA...

Fatin Hanani Othman : amboihh p cari roti bakaq ja smpai as haha

SyaFiqah AsLah Sohaimi : hehehe...besa la 2 org tu nk blnja.. cri smpai hjung dnia pon sggup...kata dowg cny 1 thun skli.. hehehe

Fatin Hanani Othman : haha bestnya..untung lah hehe

SyaFiqah AsLah Sohaimi : hehe..atin nk join kew??? actually ni xtvt wjib utk kmi 3 org stiap thun... cny den peg uma dowg.... raya puasa dowg dtg uma den.... mmg stiap thun la sjak abeh plkn ari tu.. hahaha

Fatin Hanani Othman  waa baguih nya ampa hehe..kalau rajin ambik atin mau la hahaha

SyaFiqah AsLah Sohaimi : hehehe...no halllll ad 2 drve kt sni... 2 org amoiii tu drve sgt laju.... hahaha...kena mngucap la naik dgn dorg....

Fatin Hanani Othman : ƗƗåƗƗåƗƗå"̮ ya ka..amboihh Ɨƚɑ"̮ Ɨƚɑ"̮.atin pun blh drive.tapi xla laju smpai kena mengucp Ɨƚɑ"̮ Ɨƚɑ"̮.xpala klu ampa nk kuaq habaq la.klu blh atin join la.cm best hehe..

SyaFiqah AsLah Sohaimi : hehe..insyaallah raya puasa nant.. apa2 den rger smla...

Fatin Hanani Othman : НҽНҽ"̮ oriat ..








Ieyda Wahida : weh..saja nak wat aq jelez kan..?:-(

SyaFiqah AsLah Sohaimi : hehehe... wahhh ad org jlezz kew??? eh plkn juga kew??? hahahahahaha

Ieyda Wahida : kojaqqqqqq...  law ada dkat aq tarik telinga hellokitty ney.. 

SyaFiqah AsLah Sohaimi : hehehehe... eh!!! igt lg ya HELLOKIITY... ooo tdakkkkk... malu den...

Ieyda Wahida : wekkk  misty ah engatttttt....ahahahaha...

SyaFiqah AsLah Sohaimi : ish ni smua tan pnya psal la ni... hellokitty bagai... adoiiiii...

Ieyda Wahida : ahaha...hellokitty...knk2 ribena pnya..  skunk ada lagi?hihik..

SyaFiqah AsLah Sohaimi : xdakkkkkkkk lag......hehe...ooo tdk jgn ckp lg...e2 zman plkn pnya still bdax2...weekkk

Ieyda Wahida : hahaha..skunk da ckup matured lah yer..anda pasty..????ahaha..

SyaFiqah AsLah Sohaimi : hehehe...pasti!!!! shuuttt jgn mntion kuat2.. rhsia ni geng delta dorm kita ja y tw... compny len xtw..hahahahahaha...dpt tw kt compny len malu oiiiiiii... heeeee

Ieyda Wahida : hahahaha...nk tag zira lah.. 

SyaFiqah AsLah Sohaimi : geng charlie???? oooo tdakkkk....

Ieyda Wahida : hahahaha..myra..zira..

SyaFiqah AsLah Sohaimi  : jgn2 compny len xwjib thu mslah rumh tngga compny delta..heee..

Ieyda Wahida : haha..mna taw dowg follow komen kita..kan dah bocor rahsiya tooooo..

SyaFiqah AsLah Sohaimi  : eleh dowg xphm apa hellokitty yg kita mksdkn..wekkkkkk

Ieyda Wahida : hahahaha..korunk,nk phm pm saya.. 

Ziraa Azizan : ya ya! Zira c0me. Seru lagy nama ambe. Wakaka! Bestnya oqg toh p celebrate cny 

SyaFiqah AsLah Sohaimi : hahahahahahahaha...yunk!! ni mmg xtvt kmi 3 org la stiap thun... cny ak p uma dowg... raya puasa dowg dtg uma ak... mmg stiap thun mcm ni sjak blek dr plkn lg... hehe..nant klo smua dh khwin xthu la blh jmpa ,cm ni or x lag...heeee








Hilwani Razak : pikah diorang ni budak plkn kan?

SyaFiqah AsLah Sohaimi  : ya... nma pon buddy msty la plkn..hehehe..y y y????

Hilwani Razak : hehe. tanya ja. wahh sampai sekarang kan. best nyaa. 

SyaFiqah AsLah Sohaimi  : hehehe... ktaorg mmg stiap thun akn bt reunion utk kmi 3 ja... Xtvt wajib.... raya puasa dowg dtg uma den... cny i peg jmpa dowg..hehehe

Hilwani Razak : waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. so sweeett. bestnya mcm tu !


SyaFiqah AsLah Sohaimi  : hehehe... i sdr pon xsgka hbgan kitaorg kekal smpai skrg... nk bt mcm mna msa d plkn dlu.. dowg sblah ktil jew...dpan dan sblah... mgkin dr c 2 la...kitaorg close....dowg ni sgt Kelakar....







Turut berkomen kawan 1 kampus dan budak classmate  :


Khalydamurni Mohd Khalid : untung Laa aDa pLkN .. hahhah 


SyaFiqah AsLah Sohaimi : Khalydamurni untung la time kmi p plkn ko duk brenang kt ats ktil ja kt RUMAH.. untung la ada RUMAH...HAHAHA


Khalydamurni Mohd Khalid : yezza..! untung La..dpt ++Lemak.. haha 


SyaFiqah AsLah Sohaimi : hehe..utg la kmi kt plkn kena bgun awal2 pagi peg pdg rokol....


Khalydamurni Mohd Khalid : ohyeahh..! TAHNIAH mmg untung.. ak pg2 p tai chi usha apEk cun.. 


SyaFiqah AsLah Sohaimi : hehehe....byk la ag...tp xpew..kem plkn kmi pling sporting..xdak tekanan mcm kem2 len.... wekkk


Khalydamurni Mohd Khalid : haha.. ak pLkn x panggiL.. dy kata da aktif kt sekoLah.. hahhah 


Khalydamurni Mohd Khalid : wei.. da nk maghrib.. kbai... *husband panggil siap2 nk jemaah..  pinjam ayat hg

SyaFiqah AsLah Sohaimi : hehehe....cehh!! klu pnjam BAYAR la... k daa~


Khalydamurni Mohd Khalid : CLAIM kt Lau kOng ak.. $.$ . . k, wa chauu dlu *salam maghrib.. renung2kn & sLamat beramaL. -.-


INBOX with Hapizz Hassan : 

Haze Hill
 jelez tgk ang pren2 ngn depa... haha

SyaFiqah AsLah Sohaimi
hehehe...iiii ag laki pon jlezzzz?? klo kwn plkn ak y len kot la jlez dgn hbgan kmi y kekal smpai skrg...hg bkn bdax plkn kmi pon jlezzz jga?? lawak2..




tengok la apa yang diaorang cuba buat??? nak kena kan i...


tadaaa~!! grr... tak adil betul diaorang paksa i snap juga-juga pic ini.. huhu
actually diaorang lagi jahat.. selalu sakat i.. i sakat diaorang sikit ajew... eee nak kena la ni...wekkkk


by facebook : 

Haida Rafarah : HAHAHA. p-kah jahat. yeah, agreed 

SyaFiqah AsLah Sohaimi : grrrrr!!!!!! jgn la agreee... dowg lg jht..slalooo kna kn sy.. sy kna kn dowg ckit2 jew... wekkkkk



with glasses

percaya atau tidak selepas i discharge keluar wad diaorang la orang first akan datang melawat then bawa i pergi jalan-jalan.... hari tu mcm tu jga.. masa first time masuk wad... selepas discharge, diaorang jugalah orang first yang datang rumah.. 


masa first time keluar wad tahun lepas dengan keadaan yang sangat sakit dan lemah.. tapi selepas kehadiran diaorang yang agak kelakar ini.. dapat menghiburkan saya ... 


serius saya cakap perasaan sakit yang saya rasa selama beberapa hari di wad terbang macam itu aje.. entah ke mana pun tak tahu bila bersama mereka ini.. begitu lah juga keadaan sekarang yang baru sahaja discharge keluar hospital.. bila keluar dengan diaorang perasaan Sakit fizikal, dalaman dan Hati hilang begitu sahaja..



ada orang cakap untung la ada member yang super duper caring.. bila soalan itu diajukan kepada saya.. saya hanya mampu berkata Alhamdulillah... walaupon berlainan agama..tapi diaorang sentiasa respect kita... 


masa dekat plkn time jatuh sakit pon diaorang sentiasa caring.. siap pergi ambil makanan lagi dekat dewan makan...  tapi lebih terharu masa sakit hari tu... diaorang pulang dari latihan.. saya yang tengah rest tak dapat join diaorang turun latihan dengan keadaan badan letih...


bila diaorang pulang ke dorm..  diaorang siap datang  pegang dahi saya lag..nak rasa panas or x... tanpa ada perasaan kekok... dekat situ la buat hati tersentuh lagi... huhuhuhu



with my buddy yang sangat Kelakar dan Caring

cerita kenapa saya boleh rapat dengan diaorang ini di sebabkan saya masa di plkn pernah ada krisis dengan kawan-kawan melayu masa di plkn.. biasa la kan kalau gaduh-gaduh tu kan..?? so selepas baik dengan kawan-kawan melayu...


 tapi tak nak perkara yang sama berulang.. apa lagi... nekad dalam hati.. baik saya kawan dengan chineses aja.. atleast kalau diaorang kata atau kutuk saya pon saya tak akan faham.. so tak ada la sakit hati sangat.. HAHAHAHAH... tapi diaorang sebalik nya pulak.. baik gi tu... the chineses more better to make friend in my case at plkn . . hehe 


ala ini kes masa mula memang la... tapi last2 ok juga... orang kata tak kenal maka tak cinta... selepas krisis tu kitaorg 1dorm rapat semua.... tapi bagi saya yang tak nak perkara berulang ni... memang berhati-hati juga la.... 

so memang kawan banyak chineses la...melayu pon ada.. tapi compny lain la... yang geng 1 lagi tu memang 1 kepala la kami... hehehehehe...sampai bab ponteng kelas, makan banyak, turun lewat rokol, bising dekat rokol dan ponteng surau serah pada kmi ja la...



eh, minyak kereta teoh dah turun 1bar la... HEHE... ini semua gara-gara Utern sangat..


me : tan huibing u duduk di belakang i duduk di hadapan
her : baik mem syafiqah aslah.. HeHe


 eh..!!! banyak nya iklan ni.. HAHAHA.. ok la berbalik semula pada Date kitaorang kali ini.. kitaorang pergi makan di Roti Bakar Kafe jew... borak-borak di situ then pergi jalan-jalan.. HEHEHE



1..2..3.. chessseee grlzzz....
halamak kena Hon dengan kereta Belakang la pula.. HEHE

this is my word for my buddy  .. clear enough people?? *evil laugh*


ok pendekkan cerita jam pun sudah lewat petang selepas jalan-jalan dan borak-borak kitaorang pun pulang la ke rumah masing-masing... agak lewat juga la saya sampai rumah.. sampai teoh chaihong risau kesihatan saya.. ya la malam-malam kan tak baik untuk kesihatan... katanya..



ok hantar tan huibing pulang ke rumah.. papai buddy see u next time.. nanti kita jumpa di hari raya puasa tahun ini pula yer.. i will miss u, take care...


saya sentiasa doa kan kawan-kawan saya yang bukan muslim supaya mereka mendapat hidayah dari yang maha esa.. serius saya cakap,saya tak sanggup melihat diaorang terus sesat di dalam dunia ini..semoga mereka memilih agama islam sebagai agama terakhir mereka.. Amin ya Rabb!!!


with LOVE : Syafiqah AsLah