Dunia itu luas bagi yang mampu jadi pemaaf dan dunia itu sempit bagi yang sukar memaafkan.
Dunia itu lapang bagi yang mampu minta maaf dan lebih lapang bagi yang menerima maaf...
syukur memiliki iman dan islam..
disaat hati paling rapuh, mahupun disaat semangat paling cekal dan kental.
keyakinan dan keindahan tawakal itu memberi sejuta satu ketenangan.
membuat kita tersenyum walau dalam hati terbit sedikit bimbang.
"Tak apa, Allah ada. Allah ada. Allah akan beri yang terbaik."
Itulah yang akan meniti bibir2 orang yang beriman dalam apa jua keadaan.
di dalam hati seorang muslim itu tidak perlu ada sebarang kebimbangan.
kerana dia tahu, baik buruk sesuatu itu, Allah juga sebaik-sebaik Perancang.
rugi sekiranya kita tidak hayati nikmatnya bertuhankan Allah Al Rahman.
" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang aku, maka sesungguhnya Aku dekat. aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." ( al-Baqarah : 186)
Ya Allah, tetapkan hatiku. Jadikan kami orang sentiasa yakin dan teguh terhadapMu. Permudahkan dan berkatilah urusan kami. Kembalikan kami padaMu dalam keadaan kami paling cinta padaMu.
Sesungguhnya Allah itu dekat..
trust him AiMi.. :-)
No comments:
Post a Comment