Friday, May 3, 2013

Selamat Mengundi pada semua Rakyat Malaysia



Jangan lupa mulakan solat hajat dan solat istikarah kawan-kawan .. ingat undi ini bukan seperti main masak-masak bukan juga seperti time jawab exam main pangkah je.. tapi undi ini penentu masa depan negara , sama ada semakin ke arah Positif atau pun makin Negative...


sebagaimana satu zarah pun tidak akan terlepas dari kiraan pencipta anda, 
begitu jugalah satu undi anda hari ini apatah lagi..



ingatlah Hari Kiamat kelak anda akan ditanya semula mengenai undi anda hari ini...
dan ingatlah Dunia berjalan meninggalkan kita sedangkan Akhirat berjalan menjemput kita...



KITA MERANCANG UNTUK MALAYSIA NEGARA KITA , ALLAH JUGA MERANCANG UNTUK NEGARA KITA... TAPI PERANCANGAN ALLAH ADALAH TERBAIK.. 



"semoga Allah memberi petunjuk kepada ku untuk memangkah pada 5hb nanti.. ya Allah tiba-tiba rasa takut pulak nak mengundi ni...!! semoga Allah memberi gerak hati ku memilih pemimpin yang TEPAT..!!!! Amin ya Rabb.."




Selamat Mengundi kepada semua Rakan-Rakan Muslim..






(ikhlas dari seorang Pelajar dan Resident)


Tuesday, April 30, 2013

Bukan kita yang menilai sesuatu itu..




Memang susah nak cakap pasal benda baik sekarang, 
sebab bila cakap benda baik orang akan cakap kita bajet baik. 
Bila cakap pasal kebaikan ada yang kata maksudnya politik la tu...
Kita semua hakikatnya memang tengah sakit parah. 
Islam hanya dalam pelembagaan.
Tapi bukan cara kehidupan...


Jangan take over kerja Allah...
Dia Hakim segalanya... Tugas kita menyampaikan kebaikan ja.
Yang lain biar Allah settle...



Bukan semua orang memahami masalah yang kita kongsikan... penyampaian yang salah menyebabkn salah tafsiran dan akhirnya mencetuskan pergaduhan..



Setiap yang BERAKHIR akan bertukar dengan PERMULAAN, setiap PERPISAHAN akan diganti dengan PERTEMUAN, setiap KEDUKAAN akan diganti dengan KEBAHAGIAAN, setiap KESABARAN akan diganti dengan KEMENANGAN dan setiap kejadian pasti ada hikmah yang ALLAH berikan...



KAWAN yang baik adalah kawan yang memimpin tangan kita ke JANNATUL FIRDAUSI , 
bukannya yang menolak kita ke NERAKA....





Monday, April 29, 2013

Cinta milik ALLAH




Asal cinta milik Allah,dicintai dan mencintai itu anugerah Allah,
perginya cinta dengan izin Allah, Hilangnya cinta atas kehendak Allah...
dan segala-galanya kembali semula kepada Allah..
kerana kita hanya milik-Nya dan hamba yang diciptakan-Nya..
hanya kerana Allah kita bercinta dan berkasih-sayang sesama makhluk


Kadang-kadang, lebih baik membiarkan KESEDIHAN bertandang, 
andai itu yg dapat ‘membawa’ pulang HATI kita padaNYA..
drpd KEGEMBIRAAN yang ‘melarikan’ kita jauh dariNYA..

mungkin kesedihan itulah yg menjadi ‘MAGNET’ yang mendekatkan kita pada Allah..
dan mungkin kesedihan itulah yg menjadi ‘PARUT’ yg mengingatkan bahawa Allah sentiasa ada, saat kita susah dan senang...



Friday, April 26, 2013

kasih ALLAH pada hambanya




Dugaan Allah datang dalam macam-macam rupa. Bila dugaan datang, hati kita rasa berat. kepala kita rasa sakit. perasaan kita resah gelisah.. 
sedar tak sedar semua dugaan yang datang kepada kita adalah tanda kasih tuhan pada hambanya.. tiada satu pun rasa sedih, gelisah dan gundah gulana seorang mukmin dilalui melainkan Allah menggugurkan sebahagian dosa dosanya.

Dalam sukar hitunglah kesyukuranmu.


dan senyumlah dan letakkanlah sepenuh tawakkalmu pada Allahu Rabbul 'Aalameen.. sesungguhnya Allah itu Maha Lembut terhadap hamba hamba Nya.. 
dan sampaikan lah berita gembira pada orang-orang yang sabar.. sesungguhnya kemenangan bagimu amatlah dekat jika kamu mengetahui.

Sesungguhnya aku mengagumimu kerana sifat sabarmu.





Dugaan menjadikan mental kita kuat


Kesilapan memang menyakitkan, tetapi sebagai mana masa berlalu, ia menjadi salah satu pengalaman yang dipanggil pelajaran..

Jangan memandang hina pada mereka yang baru nak merangkak ke alam perubahan, kelak bila dia berubah..dia akan lebih baik dan berilmu daripada kamu...



orang yang hebat adalah orang yang sedang Bersedih, Namun tetap berusaha membahagiakan orang lain..

tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau.. dan tidak ada insan yang Berdosa tidak mempunyai masa depan kan???

Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, hura-hara menjadikan kita tabah. Setiap ketentuan Allah ada hikmahnya..

Apabila rasa 'redha' dijadikan makanan dan  'kesabaran' menjadi pakaian hidup seharian..ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan akan menjadi teman untuk menemani kita seharian.. in shaa Allah! syurga akan hadir di hati kita ..


saya tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

tapi saya yakin..
Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah juga ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t...



Sahabat yang betul betul IKHLAS berSahabat dengan Kita adalah Sahabat yang selalu mengingatkan kita tentang ALLAH dan RASUL.. (credit to izzati)

Sedihmu jangan terlalu memakan seluruh waktu.. Karena senyummu masih penting, bagi mereka yang TULUS menyayangimu dan bersedia memaafkan mu... (credit to pokcik mumu)



Allah sebaik-baik penolong






Seseorang bertanya kepada Ibnu Mas'ud ra.; "Tempat mana yang harus aku datangi saat aku mendapati keadaanku risau dan terasing?." 

Jawabnya;
"Datangilah tempat yg Al-Quran sering dibacakannya, nescaya kamu akan mendapat ketenangan. 
Lalu, datangi tempat-tempat yg kamu diajak utk mengingati dan menyebut ALLAH serta akan bertambah ilmumu... 
Terakhir, datangi alas sajadahmu di keheningan malam dan mengadulah kepada Rabb pengatur hidupmu."..


Adik, sudah sunatullah bahawa Allah menggilir tawa dan airmata dalam hidup ini. Tak ada yang melulu bahagia. Pun tak ada yang melulu berduka. Ketika Allah yg menjadi sandarannya, in shaa Allah kita mampu melaluinya. Berdoalah tanpa bosan, berdoalah tanpa henti. Allah menanti doa hambaNya.. In shaa Allah ujian demi ujian mampu kita lewati. In shaa Allah..

Ada Allah.. Ada Allah..ada Allah..

"Cukuplah Allah bagiku.. Dan Allah sebaik-baik penolong.."



Syukur Memiliki Iman dan Islam..

kenangan di canada


Dunia itu luas bagi yang mampu jadi pemaaf dan dunia itu sempit bagi yang sukar memaafkan. 
Dunia itu lapang bagi yang mampu minta maaf dan lebih lapang bagi yang menerima maaf...


syukur memiliki iman dan islam..

 disaat hati paling rapuh, mahupun disaat semangat paling cekal dan kental.
 keyakinan dan keindahan tawakal itu memberi sejuta satu ketenangan.
 membuat kita tersenyum walau dalam hati terbit sedikit bimbang.
 "Tak apa, Allah ada. Allah ada. Allah akan beri yang terbaik."
 Itulah yang akan meniti bibir2 orang yang beriman dalam apa jua keadaan.


 di dalam hati seorang muslim itu tidak perlu ada sebarang kebimbangan.
 kerana dia tahu, baik buruk sesuatu itu, Allah juga sebaik-sebaik Perancang.
 rugi sekiranya kita tidak hayati nikmatnya bertuhankan Allah Al Rahman.


 " Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang aku, maka sesungguhnya Aku dekat. aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." ( al-Baqarah : 186)


 Ya Allah, tetapkan hatiku. Jadikan kami orang sentiasa yakin dan teguh terhadapMu. Permudahkan dan berkatilah urusan kami. Kembalikan kami padaMu dalam keadaan kami paling cinta padaMu.


 Sesungguhnya Allah itu dekat..

trust him AiMi..  :-)



Thursday, April 25, 2013

Rindukan adik saya juga


seriously..!! i start to miss her,my adik is so cute and funny.. HAHA
tiba-tiba rasa tak sabar nak balik kampus nak jumpa budak ni.. HEHE

i miss you too la adikku.. HEHE



credit to my little sista.. 


Thursday, April 18, 2013

Takdir yang diaturkan oleh ALLAH S.W.T


alhamdulillah ada hikmah dengan semua ini.. itu aje yang mampu den coretkan untuk pertalian persaudaraan yang secara kebetulan terjalin... syukur alhamdulillah seperti mana adik saya terharu dengan wujudnya saya di dalam kehidupannya sama juga dengan saya... tak pernah terlintas di fikiran 1 ikatan persaudaraan bakal terjalin antara saya dan junior kos lain.. 



apa yang saya mampu katakan setakat hari ini, ada hikmah disebalik semua ini.. saya sentiasa doakan adik saya sentiasa kuat dan bersedia menerima dugaan sebagai makhluk Allah yang berada di atas permukaan bumi ini..


terjalinnya ikatan persaudaraan saya dan adik saya kali ini membawa erti di dalam hidup saya.. di mana saya dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan serta nasihat dan semangat yang sentiasa dihulur dan saling ingat mengingati antara satu sama lain.. semoga ikatan persaudaraan ini membawa kita ke syurga firdaus.. Amin ya rabb...

pesanan dan kata2 semangat dari adik saya


adik pernah berkata : 

xsgke skrang nie akak da jd mcm sebahagian dri hidup org
sungguh
org da anggap akak mcm akak org sendri
org xde kakak
so ble ad org ngaku org adik dye
org rse mcm t'haru sgt
nak nanges pon ad
rse mcm xlayak plak..


Layak atau tidak bukan kita yang menilai seseorang... seperti mana adik pernah ada kisah silam, begitu juga dengan orang.. mungkin kisah silam kita berbeza.. tapi itu sudah tidak penting apa yang penting.. diri kita sekarang ini.. dan selepas ini jangan pernah menoleh kebelakang lagi.. anggaplah kisah silam dahulu hanya takdir yang ditentukan oleh ilahi kepada diri kita yang terpaksa kita jalani untuk kita kuat pada masa sekarang..



with adik and her friend (junior banking)


alhamdulillah..Allah tu maha penyayangkan?? cuma kita aje selalu lupakan dia.. padahal dia tak pernah sesaat pun lupakan kita.. terima kasih ALLAH untuk persaudaraan ini..!!




saya SAYANG adik saya..



Tuesday, April 16, 2013

buat IMAM dalam keluargaku



buat IMAM dalam keluargaku,

Sanah Helwah Ayah..

semoga Allah berkati usia ayah dalam ketaatan kepadaNya..
semoga tahun ini ayah dan ma dijemput ke rumahNYA... insha Allah..
dan semoga Allah permudahkan segala urusan..

amiin...

 13 April 1960 



pesanan dari Ayah : ' jaga diri dan kesihatan adik'..


Sunday, March 24, 2013

My cousin's Wedding


Alhamdulillah.. akhirnya selesai juga wedding cousin den untuk kali ini... 

selepas 2 minggu den demam, baik je dari demam terus kenduri di adakan.. nasib la keadaan kesihatan den semasa kenduri semalam ok je... syukur sangat ke hadrat ilahi..


wedding cousin den kali ini sangat meriah dan sangat seronok sebab semua cousin-cousin yang tinggal di luar negara turut pulang ke kampung untuk meraikan hari bahagia my cousin.. 


 tugas den pada hari wedding cousin kali ini adalah menjadi photographer.. adoiiii ingatkan senang jadi photographer untuk kaum kerabat, ternyata susah juga ya nak jadi photographer untuk family sendiri..

with MR photographer yang senget kat belakang tu.. HAHA




dari malam kenduri sehingga la petang kenduri tu baru la tugas den habis untuk snap-snap pic sebagai kenangan.. huh.. bayangkanlah berapa jam sangat la den dapat tidur kan??? padahal baru je baik dari demam dah kena buat kerja lebih masa selepas sembuh..

tadaaa!! my cousin... den panggil dia K.NOT nama sebenarnya Norazliza tapi kitaorang 1 family panggil kak not je.. lebih mudah.. HAHAHA

Selamat Pengantin Baru kak not dan abang kamal..


wedding kali ini.. den pun happy sebab makngah den bagi green light mintak den jemput kawan-kawan den yang mana den kenal... ramai juga kawan den yang datang.. 



turut memeriahkan Majlis semalam, from Iran and Jepun yang sudi terbang dari jauh nun di sana... 





untuk kauorang Selamat Bercuti dan selamat habiskan saki baki cuti kauorang semua di malaysia, sebelum fly balik semula ke Jepun untuk meneruskan pelajaran kauorang di sana nanti.. rest kan otak secukup-cukup nya dan maafaatkan cuti di sini ya...




posing terakhir,candid with them.. HEHE

tak lupa juga kawan-kawan yang berada di malaysia ni yang sudi memeriahkan majlis kaum kerabat kami.. HEHE.. antaranya :


izzati kawan sek Al-Azhar dahulu.. 


izzati with family


ustazah Norzah dan anak-anak nya yang berada di kampung saya sendiri..



fazrin cousin jauh saya sendiri, walaupon masa zaman kanak-kanak kitaorang tak pernah main sekali tapi hubungan persaudaraan family kitaorang still teguh..



fazrin and family dia..


semua ni cousin-cousin jauh den ya.. HEHE



dan bila semua kawan-kawan sudah pulang.. saya dan cousin-cousin lain mula la nak berceloteh di atas pelamin selepas ini.. HAHAHA


antara pic kami berceloteh tapi sayangnya ada 2 orang cousin kami lagi  yang tak pulang.. terutama nya adik saya yang berada di perantauan tu dan my cousin yang tak dapat pulang sebab busy kata nya ada hal di upm tu



majlis pun sudah selesai, tibalah masa nya bergambar untuk Big Family punya gambar.. HAHAHA.. ini pun belum cukup lagi sebenarnya ada lagi adik beradik kitaorang yang tak join time ini.. pergi mana tak tahu lah.. den syak diaorang pergi cuci periuk kot kat belakang rumah.. HAHA




with Love :
SyaFiqah AsLah



Saturday, March 2, 2013

Kenapa saya meminati budak Medik @ Dokter





Assalamualaikum...

atas permintaan rakan-rakan.. harap entri kali ini dapat la menjawab persoalan yang selalu di ajukan kepada saya ini... dan berharap jawapan saya selama ini memuaskan semua orang lah yer...





selalu di ajukan soalan Syafiqah Aslah kenapa kau suka budak medik?? kenapa?? kenapa?? dan kenapa??

mereka tertanya-tanya kenapa saya lebih meminati budak medik berbanding budak engineering.. HAHA... untuk makluman semua budak engineering tu adalah masa lalu orang yang bernama Syafiqah Aslah.. dan saya tak cakap la budak medik adalah masa sekarang saya ya.. 


untuk pengetahuan semua orang dari kecil lagi saya memang meminati budak medik, mungkin saya sudah terdedah dengan persekitaran Hospital sejak kecil lagi.. ini kerana semasa saya menetap di KL rumah saya berhampiran dengan Hospital Kuala Lumpur.. 

mungkin dari situlah orang bernama Syafiqah Aslah meminati Dokter.. ya la setiap hari akan lihat Dokter lalu depan mata jew... HEHE...




tapi itu bukanlah sebab saya meminati dokter, saya meminati dokter kerana ada 3 benda medical staff akan selalu rasa sepanjang career mereka working in the hospitals.. 

1) Rasa syukur
2)  Ingat sihat sebelum sakit
3) Menyedari Kematian itu dekat dan tidak mengenal usia

3 benda ini akan di rasa.. baik Doctors, Nurses and Physio.. kalau tak rasa tiga benda ni, sungguh hati kita mungkin sudah keras dan sedikit buta.. 
Astafirullahalazim..!!!



a thought sharing... masyarakat sekarang selalu anggap doctors are amazing people.. they are brilliant, intelligent, hardworking, they save lives. plus, years of medical study are just torturing.. only the tough passed and graduated with a medical degree right???

but to be honest, i felt the more further i took a step ahead, makin kerdil rasa diri.. makin banyak ilmu, makin rasa diri sangat kecil di hadapan Allah.. the more i see things in hospitals, makin rasa insaf, seinsaf-insafnya..



ok let me explain more clearly.. why i fell in love with student-student medic or doctor..

Pertama, rasa syukur..they seeing patient in pain, in agony, sometimes seeing patients yang dibiarkan terlantar tanpa visitor sudah cukup mengingatkan kita pada erti syukur.. syukur atas nikmat kesihatan.. dan syukur atas keluarga..


Kedua, ingat sihat sebelum sakit.. they see people helpless.. they see people in frustration.. they see people in denial bila jatuh sakit.. 

kita tak pernah buat perkara yang kita patut buat masa kita sihat, dan menyesal sendiri apabila kita hilang upaya..



Ketiga, menyedari kematian itu dekat dan tidak mengenal usia.. they see patient harini sihat walafiat, esoknya meninggal dunia serangan jantung.. something like that, 

kita lihat kanak-kanak kecil yang menghitung hari untuk pergi.. in fact, they see death everyday, rugilah kalau tarbiyah ini hanya dilepas pandang oleh student medic or doctor right???..




plus, doctors are not always great.. sometimes, they are broken as well.. do u know where actually they pick up the spirits and motivation to bounce back up??

they are actually learning a lot about survival from their suffering patient.. they learn how to fight problems in life from their dying patients.. because some of their patients might be the toughest human..




these people it is not their choice to be sick, BUT you CHOOSE to be a doctor, treat them nicely.. regardless.. 

i am so Proud of you..!!



kesimpulan yang dapat saya buat disini kenapa saya begitu meminati budak medik ini kerana career sebagai seorang dokter sangat mendekatkan diri mereka dengan Maha Pencipta.. 

saya tak cakap career lain tidak mendekatkan diri dengan Maha Pencipta.. semua career yang ada di atas bumi ini semua dekat dengan ilahi.. perbezaanNya sama ada kita pandai membawa kerjaya kita ke arah ilahi or tidak..


mungkin jiwa saya lebih memilih dokter sejak azali lagi.. insyaallah jika takdir saya dijodohkan dengan seorang dokter.. saya berharap diri saya juga dapat merasa dan mendalami career mereka like medical staff yang working in the hospitals.. Amin ya Rabb..!!!





with LoVe : Syafiqah AsLah