Tuesday, April 30, 2013

Bukan kita yang menilai sesuatu itu..




Memang susah nak cakap pasal benda baik sekarang, 
sebab bila cakap benda baik orang akan cakap kita bajet baik. 
Bila cakap pasal kebaikan ada yang kata maksudnya politik la tu...
Kita semua hakikatnya memang tengah sakit parah. 
Islam hanya dalam pelembagaan.
Tapi bukan cara kehidupan...


Jangan take over kerja Allah...
Dia Hakim segalanya... Tugas kita menyampaikan kebaikan ja.
Yang lain biar Allah settle...



Bukan semua orang memahami masalah yang kita kongsikan... penyampaian yang salah menyebabkn salah tafsiran dan akhirnya mencetuskan pergaduhan..



Setiap yang BERAKHIR akan bertukar dengan PERMULAAN, setiap PERPISAHAN akan diganti dengan PERTEMUAN, setiap KEDUKAAN akan diganti dengan KEBAHAGIAAN, setiap KESABARAN akan diganti dengan KEMENANGAN dan setiap kejadian pasti ada hikmah yang ALLAH berikan...



KAWAN yang baik adalah kawan yang memimpin tangan kita ke JANNATUL FIRDAUSI , 
bukannya yang menolak kita ke NERAKA....





Monday, April 29, 2013

Cinta milik ALLAH




Asal cinta milik Allah,dicintai dan mencintai itu anugerah Allah,
perginya cinta dengan izin Allah, Hilangnya cinta atas kehendak Allah...
dan segala-galanya kembali semula kepada Allah..
kerana kita hanya milik-Nya dan hamba yang diciptakan-Nya..
hanya kerana Allah kita bercinta dan berkasih-sayang sesama makhluk


Kadang-kadang, lebih baik membiarkan KESEDIHAN bertandang, 
andai itu yg dapat ‘membawa’ pulang HATI kita padaNYA..
drpd KEGEMBIRAAN yang ‘melarikan’ kita jauh dariNYA..

mungkin kesedihan itulah yg menjadi ‘MAGNET’ yang mendekatkan kita pada Allah..
dan mungkin kesedihan itulah yg menjadi ‘PARUT’ yg mengingatkan bahawa Allah sentiasa ada, saat kita susah dan senang...



Friday, April 26, 2013

kasih ALLAH pada hambanya




Dugaan Allah datang dalam macam-macam rupa. Bila dugaan datang, hati kita rasa berat. kepala kita rasa sakit. perasaan kita resah gelisah.. 
sedar tak sedar semua dugaan yang datang kepada kita adalah tanda kasih tuhan pada hambanya.. tiada satu pun rasa sedih, gelisah dan gundah gulana seorang mukmin dilalui melainkan Allah menggugurkan sebahagian dosa dosanya.

Dalam sukar hitunglah kesyukuranmu.


dan senyumlah dan letakkanlah sepenuh tawakkalmu pada Allahu Rabbul 'Aalameen.. sesungguhnya Allah itu Maha Lembut terhadap hamba hamba Nya.. 
dan sampaikan lah berita gembira pada orang-orang yang sabar.. sesungguhnya kemenangan bagimu amatlah dekat jika kamu mengetahui.

Sesungguhnya aku mengagumimu kerana sifat sabarmu.





Dugaan menjadikan mental kita kuat


Kesilapan memang menyakitkan, tetapi sebagai mana masa berlalu, ia menjadi salah satu pengalaman yang dipanggil pelajaran..

Jangan memandang hina pada mereka yang baru nak merangkak ke alam perubahan, kelak bila dia berubah..dia akan lebih baik dan berilmu daripada kamu...



orang yang hebat adalah orang yang sedang Bersedih, Namun tetap berusaha membahagiakan orang lain..

tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau.. dan tidak ada insan yang Berdosa tidak mempunyai masa depan kan???

Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, hura-hara menjadikan kita tabah. Setiap ketentuan Allah ada hikmahnya..

Apabila rasa 'redha' dijadikan makanan dan  'kesabaran' menjadi pakaian hidup seharian..ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan akan menjadi teman untuk menemani kita seharian.. in shaa Allah! syurga akan hadir di hati kita ..


saya tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

tapi saya yakin..
Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah juga ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t...



Sahabat yang betul betul IKHLAS berSahabat dengan Kita adalah Sahabat yang selalu mengingatkan kita tentang ALLAH dan RASUL.. (credit to izzati)

Sedihmu jangan terlalu memakan seluruh waktu.. Karena senyummu masih penting, bagi mereka yang TULUS menyayangimu dan bersedia memaafkan mu... (credit to pokcik mumu)



Allah sebaik-baik penolong






Seseorang bertanya kepada Ibnu Mas'ud ra.; "Tempat mana yang harus aku datangi saat aku mendapati keadaanku risau dan terasing?." 

Jawabnya;
"Datangilah tempat yg Al-Quran sering dibacakannya, nescaya kamu akan mendapat ketenangan. 
Lalu, datangi tempat-tempat yg kamu diajak utk mengingati dan menyebut ALLAH serta akan bertambah ilmumu... 
Terakhir, datangi alas sajadahmu di keheningan malam dan mengadulah kepada Rabb pengatur hidupmu."..


Adik, sudah sunatullah bahawa Allah menggilir tawa dan airmata dalam hidup ini. Tak ada yang melulu bahagia. Pun tak ada yang melulu berduka. Ketika Allah yg menjadi sandarannya, in shaa Allah kita mampu melaluinya. Berdoalah tanpa bosan, berdoalah tanpa henti. Allah menanti doa hambaNya.. In shaa Allah ujian demi ujian mampu kita lewati. In shaa Allah..

Ada Allah.. Ada Allah..ada Allah..

"Cukuplah Allah bagiku.. Dan Allah sebaik-baik penolong.."



Syukur Memiliki Iman dan Islam..

kenangan di canada


Dunia itu luas bagi yang mampu jadi pemaaf dan dunia itu sempit bagi yang sukar memaafkan. 
Dunia itu lapang bagi yang mampu minta maaf dan lebih lapang bagi yang menerima maaf...


syukur memiliki iman dan islam..

 disaat hati paling rapuh, mahupun disaat semangat paling cekal dan kental.
 keyakinan dan keindahan tawakal itu memberi sejuta satu ketenangan.
 membuat kita tersenyum walau dalam hati terbit sedikit bimbang.
 "Tak apa, Allah ada. Allah ada. Allah akan beri yang terbaik."
 Itulah yang akan meniti bibir2 orang yang beriman dalam apa jua keadaan.


 di dalam hati seorang muslim itu tidak perlu ada sebarang kebimbangan.
 kerana dia tahu, baik buruk sesuatu itu, Allah juga sebaik-sebaik Perancang.
 rugi sekiranya kita tidak hayati nikmatnya bertuhankan Allah Al Rahman.


 " Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang aku, maka sesungguhnya Aku dekat. aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." ( al-Baqarah : 186)


 Ya Allah, tetapkan hatiku. Jadikan kami orang sentiasa yakin dan teguh terhadapMu. Permudahkan dan berkatilah urusan kami. Kembalikan kami padaMu dalam keadaan kami paling cinta padaMu.


 Sesungguhnya Allah itu dekat..

trust him AiMi..  :-)



Thursday, April 25, 2013

Rindukan adik saya juga


seriously..!! i start to miss her,my adik is so cute and funny.. HAHA
tiba-tiba rasa tak sabar nak balik kampus nak jumpa budak ni.. HEHE

i miss you too la adikku.. HEHE



credit to my little sista.. 


Thursday, April 18, 2013

Takdir yang diaturkan oleh ALLAH S.W.T


alhamdulillah ada hikmah dengan semua ini.. itu aje yang mampu den coretkan untuk pertalian persaudaraan yang secara kebetulan terjalin... syukur alhamdulillah seperti mana adik saya terharu dengan wujudnya saya di dalam kehidupannya sama juga dengan saya... tak pernah terlintas di fikiran 1 ikatan persaudaraan bakal terjalin antara saya dan junior kos lain.. 



apa yang saya mampu katakan setakat hari ini, ada hikmah disebalik semua ini.. saya sentiasa doakan adik saya sentiasa kuat dan bersedia menerima dugaan sebagai makhluk Allah yang berada di atas permukaan bumi ini..


terjalinnya ikatan persaudaraan saya dan adik saya kali ini membawa erti di dalam hidup saya.. di mana saya dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan serta nasihat dan semangat yang sentiasa dihulur dan saling ingat mengingati antara satu sama lain.. semoga ikatan persaudaraan ini membawa kita ke syurga firdaus.. Amin ya rabb...

pesanan dan kata2 semangat dari adik saya


adik pernah berkata : 

xsgke skrang nie akak da jd mcm sebahagian dri hidup org
sungguh
org da anggap akak mcm akak org sendri
org xde kakak
so ble ad org ngaku org adik dye
org rse mcm t'haru sgt
nak nanges pon ad
rse mcm xlayak plak..


Layak atau tidak bukan kita yang menilai seseorang... seperti mana adik pernah ada kisah silam, begitu juga dengan orang.. mungkin kisah silam kita berbeza.. tapi itu sudah tidak penting apa yang penting.. diri kita sekarang ini.. dan selepas ini jangan pernah menoleh kebelakang lagi.. anggaplah kisah silam dahulu hanya takdir yang ditentukan oleh ilahi kepada diri kita yang terpaksa kita jalani untuk kita kuat pada masa sekarang..



with adik and her friend (junior banking)


alhamdulillah..Allah tu maha penyayangkan?? cuma kita aje selalu lupakan dia.. padahal dia tak pernah sesaat pun lupakan kita.. terima kasih ALLAH untuk persaudaraan ini..!!




saya SAYANG adik saya..



Tuesday, April 16, 2013

buat IMAM dalam keluargaku



buat IMAM dalam keluargaku,

Sanah Helwah Ayah..

semoga Allah berkati usia ayah dalam ketaatan kepadaNya..
semoga tahun ini ayah dan ma dijemput ke rumahNYA... insha Allah..
dan semoga Allah permudahkan segala urusan..

amiin...

 13 April 1960 



pesanan dari Ayah : ' jaga diri dan kesihatan adik'..