Jalan-jalan menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH S.W.T ini.
Memikirkan kehebatan dan kebesaran Yang Maha Berkuasa melalui ciptaan-Nya yang tersergam indah di bumi France.
Bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat kurniaan-Nya. Walau di mana pun kita berada maka hendaklah selalu mengucapkan syukur kepada ALLAH S.W.T Kerana Dialah pemilik dunia ini.
Alhamdulillah tanggal 4 May 2015 di beri sedikit Rezeki dari segi Masa dan Wang ringgit untuk megembara melihat bumi ALLAH dan kekuasan Maha Pencipta.
Notre Dame de Paris
Gereja ini takkan popular seperti sekarang jika bukan karena novel
“The Hunchback of Notre Dame” karya Victor Hugo yang diterbitkan 1831.
Kunci Persahabatan
Metro System
Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan), kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.
Montmartre
Gereja yang dibangun pada tahun 1875-1914 ini memiliki gaya arsitektur Roman-Byzantine.
Tapi kalo dilihat sekilas mirip masjid kan???
Gereja Montmartre
Gare du Nord, like KL Central
Kalau nak p London dengan menaiki train, kena datang stesen sini lol...
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu".
Surah an Naml 27:69
Ayat-ayat di atas merupakan seruan / perintah ALLAH supaya kita mengembara di muka bumi untuk memerhatikan kesan-kesan tinggalan Tamaddun kaum-kaum dahulu yang mendustakan ayat-ayat ALLAH dan Rasu-rasul yang diutus untuk menyeru mereka mentauhidkan ALLAH
serta memberi peringatan tentang ancaman / balasan terhadap perbuatan-perbuatan dosa / keji mereka yang membawa kepada kerosakan dan kezaliman di muka bumi ini..
Musée du Louvre
Ceq Bayaq 12 Euro semata-mata nak tengok Monalisa
Potret MonaLisa Original dari dekat
Arts de L'islam museums
ini keranda orang zaman terdahulu
mumia
pyramid from Musée du Louvre
Sungguh pun kaum-kaum terdahulu mempunyai kekuatan tenaga, mempunyai kemahiran dan pengetahuan teknologi yang tinggi sehingga dapat membina bangunan-bangunan dan meninggalkan kesan sejarah yang tidak dapat ditiru pada zaman ini dan anggap sebagai satu keajaiban dunia seperti Piramid di Mesir, Petra di Jordan dan seumpamanya...
Tetapi tamaddun mereka tidak dapat bertahan dan musnah melalui bencana alam yang ALLAH timpakan ke atas mereka sebagai balasan terhadap dosa-dosa mereka mendustakan Rasul-rasul yang diutus kepada mereka.
otw ke rumah rakyat malaysia yang menetap di france untuk selama-lama Nya
diaorang sangat sporting.. HAHAHAHA
Time ni tengah tunggu bas, actually waktu sekarang 8.00 P.M
Bas di france tepat pada waktu Nya.. Suka sangat!! hee
Tram System
tengah tunggu nak naik Tram, aishh lambat bebenor, selfie dulu.. HAHAHAHA
ALLAH S.W.T menyeru kepada kita supaya mengembara di atas muka bumi ini untuk melihat sendiri bukti-bukti kekuasaan-Nya supaya kita mengambil pengajaran dari sejarah-sejarah silam yang telah ditinggalkan orang-orang terdahulu.
Bangunan-bangunan bersejarah, kesan-kesan perang, khazanah-kazanah alam dan sebagainya sepastinya menyimpan sejuta rahsia sejarah yang mampu memberikan pengajaran dan peringatan kepada kita agar kita menghargai kehidupan ini.
bergambar di hadapan rumah Duta Malaysia ke Paris
Jogging time
Kak zira yang 2 tahun menetap di paris, sangat sporting dan ramah orang Nya...
Semoga murah Rezeki sentiasa dan Umur Di berkati selalu...
Alhamdulillah rezeki tak disangka dan tak pernah terdetik di kotak fikiran ini akan menginap di rumah Embassy of Malaysia dan dapat bersilaturrahim pagi itu dengan Duta Malaysia ke Paris..
Rumah Duta Malaysia di Paris
Bergambar dengan bekas Ketua Polis Negara (KPN),
Tan Sri Ismail Omar dan Puan Sri Suriati Md Sobri
Justeru itu, kita mestilah mensyukuri nikmat kurniaan ALLAH ini supaya kita tergolong dalam golongan hamba-Nya yang bersyukur kerana nikmat kurniaan-Nya terlalu banyak dan tidak akan mampu dihitung oleh manusia
Student London yang study di France
Di Metro tengah tunggu train
International Library of France
teman kawan ni cari buku jap
Paris antara bandar yang mempunyai pengangkutan awam yang cekap dan murah untuk kembara. Tanpa ragu-ragu. Cukup dengan pengangkutan awam, pasti seluruh tarikan utama di Paris akan mudah dijelajahi
Grande Mosquée de Paris
Di bina oleh Empayar Perancis sebagai penghargaan kepada tentera2 yang beragama Islam dari tanah jajahan Perancis (Morocco, Algeria dan Tunisia) yang telah turut berjuang dalam Perang Dunia Pertama (1914 - 1918)
lebih kurang 100,000 daripada mereka telah terkorban dalam perang tersebut. Masjid yang mempunyai menara azan setinggi 33 meter ini di bina dengan berciri senibina Andalusia yang amat popular ketika waktu itu.
seni bina dalam masjid, tapi time datang sini diorang tengah ubah suai sikit
Alhamdulillah.. ada juga aku jumpa masjid di tengah2 bandar paris ni, masjid ini menjadi masjid kegemaran maysarah selama dia berada di france..
den faham perasaan dia, bila di negara orang yang bukan islam, memang susah la nak cari Masjid kan??? walaupun jauh dari rumah nya tapi dengar kata selepas kelas dia akan cuba lari juga ke Masjid ini untuk solat. Syabas kawan!!
Walaupun begitu, pengangkutan awam di Paris antara yang paling ‘berserabut’ dan agak mengelirukan bagi yang pertama kali menggunakan pengangkutan awam di Eropah.
Lunch break dulu
Minum Jus untuk tingkat kan Tenaga kembali
Panini bread + Jus
Panini bread sangat sedap wehhhh, tak tahu nak cakap macam mana, balik malaysia conform mengidam Panini....
main-main tukar stesen
Main Buaian di tengah bandar France.. HAHA
Monumen Arc de Triomphe di kota Paris
Arc de Triomphe betul-betul center jalan lol,then sebaris dgn Champs Elysees so kalau nak shopping dalam 5 min walking distant to Arc De Triompe and 15min walking distant to Champs Elysees,
Yang paling penting dekat je dengan Metro station, Nama station yangg berdekatan ialah Argentine.
shopping Minyak wangi kat sini sangat Best!!!
penat shopping balik la, berebut naik Metro yang ramai orang.. HAHA
Belanjakan wang anda dengan pada pengalaman, hobi, aktiviti luar atau ayat mudah pergi travel!!
Pengembara di Bumi ALLAH :
SYAFIQAH ASLAH
No comments:
Post a Comment