Wednesday, September 16, 2015

Buat_MU Saudari








Saudari yang dikasihi kerana ALLAH... aku tahu engkau telah berusaha menudung kepalamu dengan hijab. Namun, aku mohon sempurnakanlah penutupan auratmu. 
Jangan terus-terusan membiar susuk badanmu terserlah. 

Longgarkanlah busanamu, dan labuhkanlah. 
Kalau engkau mahu dipandang, digilai ramai kerana kecantikanmu, engkau bahkan menempah sebuah kerugian yang besar.




Aku bertanya padamu dan aku mahu hatimu jujur menjawab,



“Apakah akhirnya yang engkau peroleh dengan menjadi kegilaan para jejaka yang hanya memandangmu dengan nafsu?"




Dunia yang fana, engkau dipuja sedetik cuma, namun di kampung akhirat engkau menanggung azab yang tidak terperi sakitnya.



Tidak salah kita berhias indah kerana ALLAH,
ALLAH sendiri cinta pada kecantikan.
Ramai saja wanita yang tampil cantik dengan batas syara’ terjaga. 
Tutup aurat mestilah kerana ALLAH semata-mata. 



Cuba bayangkan sebuah hadiah, bukankah kita membungkusnya untuk menambah kecantikan pada hadiah yang sedia ada?


Duhai saudari, menangislah untuk dirimu andai engkau 
masih berdegil dengan apa sahaja alasanmu.
Dosa-dosa yang engkau kumpul telah membanjiri
setiap ruang yang engkau lalui,
saat setiap pasang mata ghairah memandangmu.



Engkau memikul dosamu, dan engkau memikul dosa mereka. 
Akhir bingkisanku untukmu, janganlah kita menjadi punca
pada kerasnya hati manusia pada hari ini, 
yang telah terlali dengan dosa-dosa yang sarat terhidang di depan mata. Wanauudzubillaah.. .






Yang Mencintai Sahabat & ingin bertemu semula di Syurga


Syafiqah Aslah Sohaimi



No comments:

Post a Comment