Wednesday, September 30, 2015

I'm Officially 24 Years Old As This Morning 25-09-



Yang penting bukan usia, 
tapi kualiti hidup yang ALLAH S.W.T kurniakan pada aku dari segi dalaman dan luaran.
Syukur sesangat kerana banyak perubahan yang ALLAH berikan, kurniakan, pinjamkan pada aku sepanjang hayat ku di kandung badan..



Awak, hari semakin silih berganti, saya kini sudah dewasa.. 
Alhamdulillah, saya masih bersyukur, yang saya masih di beri kesempatan untuk terus menghargai setiap hari kehidupan yang di beri kepada saya.. 
walaupun saya sedar ajal maut di tangan ALLAH dan saya percaya, 
setiap benda yang hidup pasti akan mati..
Yang beza antara kita cuma CEPAT atau LAMBAT sahaja dan saya masih di beri peluang ini akan terus menghargai peluang yang ada sebaik mungkin bersama keluarga, dan kawan2 terchenta.. insyaALLAH




Menjadi rutin setiap tahun buat kami berdua,
setiap kali bday den kitorg akan hangout kemudian adik den ni akan belanja bday girl.. 
kalau masing2 sibuk kitaorg akan postpone sampai la masing-masing FREE... HAHAHA


Gambar Sekitar sambutan ulang tahun pada petang 25-09-2015


Gambar Sekitar sambutan ulang tahun pada petang 25-09-2015


Gambar Sekitar sambutan ulang tahun pada petang 25-09-2015


Kek Coklat + Air pun Coklat = Hantu Coklat



Tq Mr Photographer yang tak berbayar


To my bonding lil brother, 
Thanks for the cake, ice blended chocolates and Thanks for Everything... 👫🍰🍹


meet my Friend National Service Programme (DELTA geng)


My Favourite Teacher

with English Teacher



Ada orang kata kitaorg dah macam 3 beradik.. HAHAHAHA


Student Teacher


Awwww from staff that r very cute... tq


Last but not least (I always save the best 4 last), thank you ALLAH 4 giving me 24 years of beautiful life surrounded by amazing people and oppurtunities....
Syukur Ya ALLAH.. I'm blessed




Tuesday, September 29, 2015

Ke mana MATLAMAT Hidup kita sebenarNya






Bina kembali matlamat hidup...
Reflection to mind sett..
Dari mana kita datang??
Kenapa kita di datangkan??
Dan ke mana kita akan dikembalikan??



"Sesungguhnya kehidupan dunia itu terlalu singkat, 
Bilangan hari yang meninggalkan kita turut menghintung amal kita seharian, 
Update niat always coz ALLAH... agar amal kita tidak menjadi debu-debu yang berterbangan"




An-nazi'at:46
(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa)
Pada masa melihatnya: Seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja


Wednesday, September 16, 2015

Wasilah buat diriku

Dr Husna, Maysarah Mansor & Me




Terkadang, ALLAH hadirkan insan-insan 
yang baik di sekeliling kita, 
mungkin kerana mereka, Wasilah buat diri kita, 
untuk terus tetap dalam Kebaikan. Terima Kasih Sahabat






Buat_MU Saudari








Saudari yang dikasihi kerana ALLAH... aku tahu engkau telah berusaha menudung kepalamu dengan hijab. Namun, aku mohon sempurnakanlah penutupan auratmu. 
Jangan terus-terusan membiar susuk badanmu terserlah. 

Longgarkanlah busanamu, dan labuhkanlah. 
Kalau engkau mahu dipandang, digilai ramai kerana kecantikanmu, engkau bahkan menempah sebuah kerugian yang besar.




Aku bertanya padamu dan aku mahu hatimu jujur menjawab,



“Apakah akhirnya yang engkau peroleh dengan menjadi kegilaan para jejaka yang hanya memandangmu dengan nafsu?"




Dunia yang fana, engkau dipuja sedetik cuma, namun di kampung akhirat engkau menanggung azab yang tidak terperi sakitnya.



Tidak salah kita berhias indah kerana ALLAH,
ALLAH sendiri cinta pada kecantikan.
Ramai saja wanita yang tampil cantik dengan batas syara’ terjaga. 
Tutup aurat mestilah kerana ALLAH semata-mata. 



Cuba bayangkan sebuah hadiah, bukankah kita membungkusnya untuk menambah kecantikan pada hadiah yang sedia ada?


Duhai saudari, menangislah untuk dirimu andai engkau 
masih berdegil dengan apa sahaja alasanmu.
Dosa-dosa yang engkau kumpul telah membanjiri
setiap ruang yang engkau lalui,
saat setiap pasang mata ghairah memandangmu.



Engkau memikul dosamu, dan engkau memikul dosa mereka. 
Akhir bingkisanku untukmu, janganlah kita menjadi punca
pada kerasnya hati manusia pada hari ini, 
yang telah terlali dengan dosa-dosa yang sarat terhidang di depan mata. Wanauudzubillaah.. .






Yang Mencintai Sahabat & ingin bertemu semula di Syurga


Syafiqah Aslah Sohaimi



Muslimah!!! Periksalah diri anda, Tutuplah aurat dengan sempurna.





Muslimah.....Periksalah diri anda.. 
Tutuplah aurat dengan sempurna..
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan Rasul-Nya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan 
siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan 
siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini 
menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.



saya tidaklah sebaik, 
sesolehah macam orang lain. 
tapi yang penting saya sudah mula sedar 
dan cuba melakukan perubahan dan perbaiki diri saya.... 
In shaa allah!




~DEAR FRIEND~

Maysarah Mansor with me


Kita tak perlu mencari seorang insan yang sempurna untuk menjadi teman sejati.. 
Cukuplah mempunyai seorang teman yang menjadikan kita sempurna apabila bersamanya...





teman yang paling baik adalah 
apabila kamu melihat wajahnya, 
kamu teringat akan Allah, 
mendengar kata-katanya menambah ilmu agama, 
melihat gerak-gerinya teringat mati..






DEAR FRIEND,

Whenever i need u,

i find u standing beside me 
with a support.



You're really a TRUE FRIEND..