Sunday, August 11, 2013

Raya bersama Kaum Kerabat sebelah Bapa di Istana


aidilfitri kembali kepada fitrah bukan nafsu.

Fitrah di sini bermaksud hari kembalinya kesucian kepada kita. Ia bermaksud kita dahulunya berasal daripada seorang yang suci daripada Noda dan Dosa iaitu di waktu kita dilahirkan. 


Di dalam melalui perjalanan kehidupan tentulah ada sedikit sebanyak terpalit dosa dan kesalahan. 


Maka dengan hadirnya Aidilfitri, ia seolah-olah mengembalikan kita kepada fitrah atau kesucian buat kali kedua dengan terhapusnya dosa rentetan ibadah puasa yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadan.



Sabda Nabi s.a.w: Maksudnya: 
“Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)




Aidilfitri juga merupakan hari kemenangan secara spritual atau rohani. Ini kerana ia adalah puncak kemenangan manusia dalam peperangan antara akal dan nafsunya, 


kerana puasa di bulan Ramadan adalah senjata terkuat manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada berbuat dosa. Maka, hari raya Aidilfitri adalah satu ganjaran kemenangan daripada Sang Pencipta kepada hambaNya...


akhirnya dapat juga den bebas dari kawasan Hospital yang sangat memberi keinsafan pada diri ini... 
mana tak nya... 2 3 hari nak raya.. den still kena pergi jumpa pakar demi kesihatan diri...

ok STOP..!! lupakan tentang Hospital untuk seketika waktu... !!!! heee


Perjalanan Raya den tahun ni bermula dengan beraya di istana bersama kaum kerabat sebelah bapa... 


selepas solat raya di masjid berhampiran dengan rumah, kami 1 family terus langsung ke istana untuk menghadiri jamuan raya bersama kaum kerabat...


ya..!! ternyata ramai orang di sana.. secara tak langsung ramai kaum kerabat yang sudah lama tak jumpa akhirnya dapat juga jumpa di sana dan borak2 panjang.....!!


aktiviti seperti biasa... apa lagi duit raya jangan dilupakan.. !! hahaha... Raya tahun ni pemangku diraja yang bagi...  terima kasih untuk semua yang sudi mengembirakan hati ini di pagi raya....  



with LOVE
Syafiqah AsLah Sohaimi


1 comment: