Wednesday, August 21, 2013

Tidak pernah pinta diri ini mengenali diri kalian...



redha terhadap sesuatu itu memang sedang di uji oleh diri yang hina ini...
pasti akan ada hikmah di sebalik semua ini...
tapi apa yang pasti mampukah diri ini terus melangkah dan mengharungi semua ini bersendirian lagi??


diri ini tidak mintak untuk dilahirkan
diri ini tidak mintak untuk di wujudkan di antara kalian
diri ini juga tidak mintak semua ini berlaku tanpa di luar kawalan ku...


kadang-kadang dengan tidak semena...
diri ini tertanya apakah aku yang dipersalahkan dalam hubungan kalian???
apakah dengan kewujudan diri ku sudah merosakkan hubungan yang telah kalian bina selama ini...



aku tidak pernah menyalahkan orang lain di dalam hal ini kecuali diri yang hina ini..

apakah aku yang berdosa?? apakah aku menjadi penyebab semua ini berlaku... apakah dengan sikap aku membuatkan masalah ini menjadi lebih besar?? apakah kerana keakraban aku dengan seseorang itu boleh mewujudkan tidak kepuasaan hati untuk pihak lain??? apakah dengan kasih sayang persaudaraan yang cuba aku curahkan terhadap seseorang itu menjadi titik hitamnya di dalam permasalah ini??





hati sedih dan pilu bila memikirkan semua ini... 
aku tidak pinta untuk mengenali diri kalian dan aku tidak pernah pinta untuk menjadi sebab utama dalam permasalahan kalian...
sungguh jika benar aku yang berdosa dan bersalah aku memohon mengundur diri dan beribu maaf...



bukan ku pinta semua ini berlaku, bukan ku pinta aku di wujudkan, bukan ku pinta untuk merosakkan sesuatu hubungan...



aku juga hanya manusia  biasa seperti kauorang, yang kadang-kadang membuatkan hati ini tersentuh dan ingin menangis..   tapi yang bezaNya kita.. 
aku bukanlah seorang yang mudah meluahkan perasaan sedih ku terhadap seseorang...
aku bukanlah seorang yang mudah untuk bercerita perjalanan pahit yang sedang aku lalui seorang diri... 


aku hanya bersendirian melalui semua ini...
bersendirian jatuh dan cuba berdiri kembali..
bersendirian tanpa seseorang pun membantu untuk mengecapi kejayaan..
bersendirian menangis didalam hati...
bersendirian memohon kekuatan dan ketabahan untuk terus melangkah di dalam dunia yang penuh mencabar ini...



aku hanya memohon seorang pedamping yang mampu menemani diriku menjalani semua ini dengan redha dan tabah... 
mampukah aku bergantung harapan dan terus melangkah melalui liku-liku perjalanan ini bersendirian lagi???
aku tidak pernah menghrapkan manusia yang menemani diri ini..
dan hanya pada ALLAH aku memohon dan bersujud meminta dia mendekati diri ku...




p/s : maafkan diriku andai diri ini yang berdosa...




Sunday, August 11, 2013

Raya bersama Kaum Kerabat sebelah Bapa di Istana


aidilfitri kembali kepada fitrah bukan nafsu.

Fitrah di sini bermaksud hari kembalinya kesucian kepada kita. Ia bermaksud kita dahulunya berasal daripada seorang yang suci daripada Noda dan Dosa iaitu di waktu kita dilahirkan. 


Di dalam melalui perjalanan kehidupan tentulah ada sedikit sebanyak terpalit dosa dan kesalahan. 


Maka dengan hadirnya Aidilfitri, ia seolah-olah mengembalikan kita kepada fitrah atau kesucian buat kali kedua dengan terhapusnya dosa rentetan ibadah puasa yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadan.



Sabda Nabi s.a.w: Maksudnya: 
“Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)




Aidilfitri juga merupakan hari kemenangan secara spritual atau rohani. Ini kerana ia adalah puncak kemenangan manusia dalam peperangan antara akal dan nafsunya, 


kerana puasa di bulan Ramadan adalah senjata terkuat manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada berbuat dosa. Maka, hari raya Aidilfitri adalah satu ganjaran kemenangan daripada Sang Pencipta kepada hambaNya...


akhirnya dapat juga den bebas dari kawasan Hospital yang sangat memberi keinsafan pada diri ini... 
mana tak nya... 2 3 hari nak raya.. den still kena pergi jumpa pakar demi kesihatan diri...

ok STOP..!! lupakan tentang Hospital untuk seketika waktu... !!!! heee


Perjalanan Raya den tahun ni bermula dengan beraya di istana bersama kaum kerabat sebelah bapa... 


selepas solat raya di masjid berhampiran dengan rumah, kami 1 family terus langsung ke istana untuk menghadiri jamuan raya bersama kaum kerabat...


ya..!! ternyata ramai orang di sana.. secara tak langsung ramai kaum kerabat yang sudah lama tak jumpa akhirnya dapat juga jumpa di sana dan borak2 panjang.....!!


aktiviti seperti biasa... apa lagi duit raya jangan dilupakan.. !! hahaha... Raya tahun ni pemangku diraja yang bagi...  terima kasih untuk semua yang sudi mengembirakan hati ini di pagi raya....  



with LOVE
Syafiqah AsLah Sohaimi


Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin



Air tak selalu jernih
begitu juga ucapanku

Kapas tak selalu putih 
begitu juga hatiku

Langit tak selalu biru begitu juga hidupku

Jalan tak selalu lurus 
begitu juga langkahku 

Jika Maaf itu boleh diungkap hari ini
Untuk Apa menunggu hari raya tiba?
Sedangkan hembusan Nafas pun
Kita tak pernah tahu bila akan Berhenti...

maka dari itu ku ingin Mohon Maaf atas 
Kesalahan, Kekhilafan mahupun 
Perbuatan yang sengaja atau tidak sengaja.. yang membuat sakit hati kalian 

Sebelum Ramadhan pergi
Sebelum Aidil fitri datang

Diri ini hendak memohon maaf atas semua kesalahan...

selamat menikmati hari-hari terakhir Ramadhan buat kawan-kawan ku... 
Tarawikh terakhir malam ini.. dan masih belum pasti akan adanya tarawih di tahun hadapan buat kita.. 
Esok sahur Ramadan terakhir juga.. semua nya tiada kepastian... apakah kita akan hidup lagi pada tahun hadapan?????

jadi Manfaatkanlah, Zon pahala berganda masih bersisa... Semoga dirahmati


Ramadhan is almost over and Hari Raya is around the corner.... wish all my kaum KERABAT and my friends a "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..!!!.." 
i hope u have a good Aidilfitri and since its a holiday for everyone... i hope u have a nice holiday with family and friends.....


with LOVE :
Syafiqah AsLah Sohaimi dan Keluarga