Saturday, May 18, 2013

ISTIADAT KONVOKESYEN KE-78 Batch 2009/UiTM,Perlis



 kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah  memberi  amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. 


Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa  ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja  



tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman.


Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. 


Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. 



Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. 



Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. 



Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. 



Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud : -

"Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa  kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan."





Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan  ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang Al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.



pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.


Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh atau solehah serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.



 Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh atau solehah akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar.  


Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh atau solehah sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. 



Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :-

" Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. "



Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud :-

" Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman." 



renung-renungkanlah wahai sahabat-sahabat ku....!!!



HAPPY CONVOCATION to all my friends..!!!!


 convocation DIS student..!!! congrats to my beloved friend and to all DIS friends... 

WAWA..!!!! congratulations for ANC lalinks!!!! im so proud of you..!!!



wawa ketua KOMUNIS sebab dia ada 3 Bintang.. HAHA



Tahniah kepada semua kawan-kawan DIS, DPIM, ACCOUNT, KIMIA dan POLYMER turut tahniah kepada kawan-kawan CIVIL ENGINEERING yang den tak sempat nak pergi snap pic kauorang.. heee.. Maaf ya...!!  semua la kawan-kawan yang saya kenal yang kos lain-lain tu.. Business, Banking dan banyak lagi... 


'
murni bajet sweet... hehe.. thanks murni..!!!!!!


TAHNIAH!!!!! esp congrats for DIS Friends..!!! love u all so so so MUCH!!!!! and thanks for everything.. WAWA, MURNI, TUN TIMAH & ZYLA..!! im gonna miss u all..!!! heeee...




with LOVE
Syafiqah AsLah Sohaimi




Tuesday, May 7, 2013

i"m so proud of you ma


Pesanan seorang ibu

adik,seseorang mungkin akan mencaci dan membencimu kerana kesalahanmu, namun ALLAH akan memaafkan dan akan selalu menyayangimu.. Tabahkan hati


Jangan pernah merasa LEMAH.. Kerana Allah SWT sentiasa ada bersama kita.. Perbanyakkanlah berdoa padaNYA. In sha Allah akan ada jalan keluar bagi setiap permasalahan.. Kerana DIA adalah sebaik-baik penolong."


Sesungguhnya Dia yang mengujimu dengan sedikit masalah adalah Dia yg selama ini membanjiri dirimu dgn lautan nikmat.. berbaik sangkalah padaNYA.. Maniskan Iman, Maniskan Senyuman..


Sakinah atau kebahagian adalah apabila adik merasa aman atas diri sendiri ,masa depan, keluarga dan kehidupan adik sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar.


maka,kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi..




thanks a lot..im so proud of you ma..!!! Love u so much!!!



Monday, May 6, 2013

Perjuangan Anak Muda baru saja bermula




Pru adalah salah satu wasilah [instrumen] yang boleh digunakan untuk menegakkan keadilan/ kebenaran / kesejahteraan hatta meletakkan islam pada tempatnya.. justeru ia adalah sangat penting dan wajib digunakan oleh warga yg beraqidahkan tawhid kepada Allah.. 

Namun yang terpenting dalam menegakkan keadilan kebenaran kesejahteraan hatta islam pada tempatnya, memerlukan proses TARBIYAH yang berterusan dan berpanjangan sehingga ke akhir hayat agar iman sentiasa segar dan mekar kukuh, fikrah jelas dapat membantu individu membuat sebarang keputusan dengan mantap dan adil, tanpa boleh ditipu oleh fitnah lidah manusia atau media beracun. 


jadilah insan Muslim yang bijaksana dan berhikmah sepanjang masa kehidupan dan berupaya berfikir dengan mantiq yang tinggi..


"Zaman Khulafa Ar-Rasyidin merupakan zaman pemerintahan Islam yang dijalankan oleh para sahabat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Corak pemerintahan yang dijalankan oleh kerajaan ini adalah berdasarkan corak pemerintahan Nabi Muhammad serta berlandaskan Al-Quran dan Sunnah." 






kami cuma mahukan pemerintahan seperti ini,wahai pemimpin,andai saja kau mengaplikasikan Al-Quran dan Sunnah dalam sistem pentadbiranmu,maka tiada lagi bangkangan dari mana-mana pihak selepas ini.. namun,yakin,pasti dan pecayalah,bangkangan akan terus ada sehingga islam tertegak sepenuhnya di muka bumi malaysia ini..


setiap pemimpin PASTI akan disoal di akhirat kelak..Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui..rakyat yang dibawah juga melihat dan memerhati..yakinkan kami bahawa anda yang terbaik untuk memimpin..in sha Allah..



wahai teman-teman seperjuangan ku ingatlah dan percayalah..!!!


tiada 1 nafas yang keluar dari tubuh kita, melainkan ada takdir ALLAH di dalamnya.. jangankan satu nyawa yang keluar dari badan,satu hembusan nafas pun ada takdir ALLAH di dalamnya.. semua ini ujian iman kita kepada ALLAH...yang pasti perjuangan anak muda baru saja bermula..!!!



janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman..






Friday, May 3, 2013

Selamat Mengundi pada semua Rakyat Malaysia



Jangan lupa mulakan solat hajat dan solat istikarah kawan-kawan .. ingat undi ini bukan seperti main masak-masak bukan juga seperti time jawab exam main pangkah je.. tapi undi ini penentu masa depan negara , sama ada semakin ke arah Positif atau pun makin Negative...


sebagaimana satu zarah pun tidak akan terlepas dari kiraan pencipta anda, 
begitu jugalah satu undi anda hari ini apatah lagi..



ingatlah Hari Kiamat kelak anda akan ditanya semula mengenai undi anda hari ini...
dan ingatlah Dunia berjalan meninggalkan kita sedangkan Akhirat berjalan menjemput kita...



KITA MERANCANG UNTUK MALAYSIA NEGARA KITA , ALLAH JUGA MERANCANG UNTUK NEGARA KITA... TAPI PERANCANGAN ALLAH ADALAH TERBAIK.. 



"semoga Allah memberi petunjuk kepada ku untuk memangkah pada 5hb nanti.. ya Allah tiba-tiba rasa takut pulak nak mengundi ni...!! semoga Allah memberi gerak hati ku memilih pemimpin yang TEPAT..!!!! Amin ya Rabb.."




Selamat Mengundi kepada semua Rakan-Rakan Muslim..






(ikhlas dari seorang Pelajar dan Resident)