Thursday, December 8, 2011

Semalam saya telah ke Pejabat PERSEKETUAN kangar untuk membuat pasport.saya belum pernah mempunyai pasport sendiri.

Saya bercadang nk ke Singapore sekali lagi pada 9hb disember ni, ke Indonesia  24december, dan ke Korea insyaallah tahun hadapan..so saya WAJIB ada passport international...

So, nk cerita betapa susah nya nk buat pasport, kalau xbiasa. artikel ni saya sediakan untuk mepermudahkan pembaca yg akan membuat urusan pasport supaya masalah teknikal yg berlaku pada saya tak berlaku pada anda.

Mula-mula anda mestilah pergi ke Jabatan Imigresen Malaysia. Kalau di Kangar tu, berhadapan dengan Hotel Putra Palace..Imigresen tu 1 bangunan dengan Pejabat Perseketuan...terus aje ke aras 1, bhgn pasport..pergi ke kaunter yang mula-mula masuk kita jumpa ia itu sblah kiri...utk amik borang...

kemudian anda akan diminta utk fotostat IC dan pic Pasport terkini 2 keping..Untuk keselamatan antarabangsa, bg mereka yg lebai,pic anda xperlu pakai kopiah, serban & yg sewaktu dgn nya...lebih2 lg kalau anda nk ke negara thai..


bagi pic brukuran pasport muka anda mestilah jelas dan besar...sebab diaorang akan zoom muka anda & akan di simpan di dalam document urusan KERAJAAN..bagi yang gambar muka agak jauh mungkin anda di minta snap semula pic supaya muka anda lebih jelas apabila diaorang zoom muka anda tidak pecah..(huh SERABAIKAN???so sebelum pergi buat pasport pastikan pic anda itu jelas & muka anda besar..)

Pastikan cip mykad anda berfungsi dengan baik. then bagi yang bawah umur 18 tahun ke bawah anda di minta membawa waris & anda perlu membawa sijil kelahiran anda... Jika anda tidak bawa bersama surat beranak anda, atau hilang, anda boleh membuat cabutan surat beranak (bhg. kelahiran dan kematian) di JPN...
warna merah - Passport International
warna hijau - Passport Group 

ok baiklah bagi yang ingin membuat papsort group..paling kurang untuk anda membuat pasport group anda WAJIB ada 6 orang untuk 1 pasport..maximum untuk pasport group 20 orang..pasport group WAJIB ada 1ketua,di mana Jika Ketua itu tidak dapat pergi ke destinasi yang bakal ditujui secara Automatik anak buah nya juga tidak dibenarkan masuk ke negara tersebut...so bagi yang ingin menjadi Ketua group pasport anda di Wajibkan pergi yer... (hati-hati apabila ingin memilih ketua group psport)


Harga Pasport & Border Past

Passport International 
* 2 tahun = RM100
* 5 tahun = RM300

Group passport = RM200

Border Past
* 6 bulan = RM10

Keperluan untuk membuat Passport International & Passport group bagi individu yang berumur 18 tahun keatas

* 2keping gambar berukuran passport
* 1salinan ic & bawa ic original juga


Keperluan untuk membuat Passport International Passport group,bagi individu yang berumur 18 tahun kebawah

* 2 keping gambar berukuran passport
* 1salinan ic & bawa ic original juga
* 1salinan surat beranak & bawa surat beranak yang original juga
*WAJIB membawa waris anda ibu @ bapa
* 1salinan ic WARIS anda & ic original WARIS anda



ok la setakat ini sahaja,bagi yg baru nak buat passport harap dengan post saya kali ini dapat membantu anda semua...Terima Kasih

No comments:

Post a Comment