Lepas semua dokumen tu lengkap korang boleh la prepare untuk di merge kan dalam 1 PDF. Sebelum tu aku nak tunjuk contoh, cara-cara nak sign up untuk create akaun bagi memohon visa secara Online.
1. Pergi ke laman web CIC dengan klik link di bawah :
http://www.cic.gc.ca/english/information/applications/visa.asp
2. Scroll ke bawah dan klik "Continue to GCKey"
3. Kemudian klik “Sign up“ untuk create akaun bagi memohon visa.
4. Seterusnya, korang akan dibawa ke halaman "Terms and Conditions of Use". Klik ja "I accept"
5. Create username. Makesure username yang korang pilih standard yang ditetapkan:
* 8 – 16 aksara
* Tidak mengandungi ASCII Punctuation & Symbols atau aksara khas.
* Tidak mengandungi lebih daripada 7 digit nombor.
6. Create password korang pun sama juga, pastikan kata laluan yang korang pilih standard yang ditetapkan :
* 8 – 16 aksara
* Tidak mengandungi 3 aksara yang berturut-turut daripada username.
* Mengandungi sekurang-kurangnya SATU huruf besar, SATU huruf kecil dan SATU digit nombor.
7. Create recovery question.
Ini adalah soalan keselamatan bagi mengetatkan lagi keselamatan akaun anda dan digunakan untuk mengesahkan anda adalah pemilik sah akaun tersebut. Jadi pastikan anda ingat jawapan anda bagi setiap soalan yang diberikan. Untuk memudahkan urusan anda untuk mengingat, anda boleh screenshot dan save halaman tersebut sebagai rujukan anda.
8. Setelah itu, klik “Continue” dan anda akan di-direct-kan halaman "Sign Up Complete".
9. Setelah itu, anda akan dibawa ke halaman Goverment of Canada. Klik je "English" then Continue to GCKey
10. Anda akan di-direct-kan halaman ‘Terms and Condition’. Di halaman ini, terus sahaja klik “I accept”.
11. Create account.
Isikan maklumat ‘Given Name’, ‘Last Name’ dan ‘Email Address’ anda di ruang yang disediakan. Untuk ruangan nama, pastikan anda mengisikan nama penuh anda seperti yang tertera pada pasport anda. Contohnya, sekiranya nama penuh anda ialah Syafiqah Aslah Binti Sohaimi;
Given name: Syafiqah Aslah Binti
Last name: Sohaimi
12. Create security question.
Lagi sekali, pastikan anda ingat jawapan anda bagi setiap soalan yang diberikan. Setelah anda selesai mengisi jawapan anda, klik “Next”.
13. Kemudian anda akan di-direct-kan ke halaman utama personal account. Di sini, klik pada apply for: "Visitor Visa, Study and / or Work Permit".
14. Anda akan diberikan beberapa soalan soal selidik (questionnaire). Jawab kesemuanya.
15. Selesai jawab soalan anda akan di bawa ke halaman Result.
16. Pilih Purpose of your Travel.
(aku pilih "Other" sebab dekat form IMM5257 aku pilih other kemudian aku explain di situ tujuan aku kesana pergi ziarah realtive and vacation.)
17. Review your answers, then scroll bawah klik "Continue"
18. Setelah itu, korang akan dipamerkan dengan step-step yang perlu di buat bagi memohon tourist Visa Canada seperti di bawah:
19. Muat turun application form
Yang mana awal-awal lagi aku jelaskan untuk Complete the Form, isi maklumat yang diminta, dan setelah itu, scan dan muat naik semula borang yang telah diisi tersebut di ruangan yang disediakan:
Application for Visitor Visa (IMM5257) - Form yang awal-awal lagi aku mintak korang download and isi dengan teliti dan betul.
20. Supporting document yang diperlukan :
Family information form (IMM5707) - Juga sama Form yang awal-awal lagi aku mintak korang download and isi.
Travel history – Passport Lama-lama yang telah di gabungkan menjadi satu fail PDF.
Passport – Passport Baru yang telah di gabungkan menjadi satu fail PDF.
Invitation Letter – Invitation letter, Personal dokument, Gurrante Letter from relative, Itinerary Canada, Travel Budget, Travel Insurans, Financial Guarantee Letter (From Parents), Passport (From Parents), Bank statments (From Parents). Semua dokumen ni gabungkan menjadi satu fail PDF.
Proof of Means of Financial Support – Bank statments (Maybank, TH, CIMB, KWSP, Etc Etc), HR Letter, Surat Cuti (Application for leave), Surat Tawaran Jawatan, and Slip Gaji.
Digital Photo – Gambar saiz passport korang la. Pastikan mengikut standard yang di kehendaki, gambar anda jelas.
21. Optional Documents yang diperlukan:
SCH1- Schedule 1 : Application for a Temporary Resident Visa Made Outside Canada (IMM5257) - Juga sama Form yang awal-awal lagi aku mintak korang download and isi.
Client Information – Cover Letter (My personal letter), Ticket flight (Return), Ticket Bus, Kad pengenalan, Surat beranak, Copy surat yang tak approve visa tu, and Official receipt Biometric yang dulo.
Contoh dokumen yang sudah di Upload selengkap-nya.
22. Fees
Apabila semuanya sudah lengkap, anda boleh proceed ke langkah yang seterusnya, iaitu membuat bayaran sebanyak CAD100. Bayaran yang telah dibuat Non-Refundable. So, sekiranya permohonan Visa anda gagal, anda perlu membuat pembayaran sekali lagi.
23. Korang di mintak sign, klik je "I agree"
24. Kemudian korang akan di beritahu berjaya atau tak form yang korang submit tu.
25. Akhir sekali, korang akan di bawa ke laman Transaction Approved.
26. Setelah selesai kesemua langkah di atas, anda hanya perlu tunggu sahaja emel daripada pihak CIC.
Hari tu aku submit pada 1 August, Pada 6 August CIC Request Original Passport, 7 August aku dah pergi VFS (M) Sdn Bhd, Wisma MCA, Kuala Lumpur untuk serah kan Passport aku bagi CIC membuat finalize, 16 August CIC buat Final decision dan menyatakan visa aku approved, dan Alhamdulillah 20 August baru aku dapat semula passport dan di dalam-nya ada Visa Canada.
1 August aku reapply sekali lagi Visa Canada after kena Refused bulan March.
27. CIC Request untuk kita send Original Passport ke VFS (M) Sdn Bhd, Wisma MCA.
6 August CIC Request Original Passport
IMM5740
Ramai orang cakap bila kita dapat letter macam ni bermakna visa kita dah berjaya, tapi memandangkan aku sudah di kecewa kan kali pertama jadi untuk kali kedua aku tak nak berharap, selagi belum nampak dengan mata aku visa canada ada dalam passport sebdiri, selagi tu la aku tak nak bagi harapan menggunung kat diri aku. HaHaHa
28. Time nak send passport kita dekat VFS (M) Sdn Bhd, Wisma MCA, dorang memerlukan beberapa perkara antara-nya :
1- Cover letter (Bagi tahu je korang send passport di mana, then nanti time collect macam mana? macam aku hari tu pergi collect sendiri dekat VFS tu, mudah. Contoh cover letter yang aku buat boleh tengok di bawah.)
2- Original Passport (Bawa passport kita yang terkini)
3- Form IMM5740 (yang ni CIC akan send kepada kita sendiri, boleh check di account kita)
4- Latest Consent Form Malaysia (English) (yang ni boleh tengok dekat website, tapi jangan risau kalau korang tak tahu nak download form ni pon, sampai kat kaunter VFS nanti pegawai yang bertugas dia memang akan bagi form ni juga untuk kita isi)
Contoh cover letter yang aku buat masa nak serah passport dekat VFS.
29. Track Your Application.
Ok, now cara nak Track Passport korang secara online. Boleh klik link di bawah:
Tracking ID No : (Masukkan tracking number yang ada dalam resit masa korang pergi send passport, dorang akan bagi korang satu resit yang nala punya panjang. HAHAHA)
DOB (YYY-MM-DD) : (Date of Birth)
30. CIC akan buat Final decision dan Alhamdulillah CIC menyatakan visa aku approved.
16 August CIC buat Final decision
31. After final decision, sekali lagi mereput la korang untuk Track Passport korang secara online lagi.
Awal pagi 19 August baru nak keluar dari IRCC office
19 August hari yang sama baru transit di Canada Visa Application Centre in Kuala Lumpur.
20 August awal pagi lagi aku dah track apa status seterus-nya, dan kalau korang dapat status macam ni dah boleh ready untuk pergi ambil passport korang di sebelah petang hari yang sama juga.
20 August juga time tengah hari, saja aku track sekali lagi dan Alhamdulillah boleh pergi collect sendiri di VFS.
Penantian untuk kali kedua ni agak mencemas-kan aku, hari-hari aku doa supaya pegawai Embassy yang semak dokumen aku tu lembut hati untuk bagi aku visa. Alhamdulillah, tanggal 20 August 2019, dengan secara rasmi-nya aku ISYTIHARKAN visa aku sudah diluluskan. Setelah melihat dengan mata sendiri Visa Canada ada dalam Passport aku. Hanya Allah yang tahu betapa gembira-nya aku setelah berpenat lelah back and forth pergi Wisma MCA untuk ke sekian berapa kali aku rasa dah tak terkira.
Akhirnya berjaya jugak. Dekat post ni jugak, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada family and kawan-kawan yang tersayang yang sangat supportive sepanjang aku nak dapat visa ni. Tak penah tak bagi kata-kata semangat kadang-kadang rasa nak nangis terharu and tak penah berhenti doa untuk dapat visa ni. Not to forget, kawan-kawan yang sangat supportive bagi doa dan semangat sepanjang aku reapply visa ni.
Apa pun, jangan pernah berhenti berusaha untuk dapatkan apa yang kita betul-betul nak. Biar lah apa orang nak kata, dia tak duduk tempat kita. Tapi satu ayat yang selalu buat aku tenang and redha lepas aku betul-betul usaha. Ayat ni "They plan and Allah plans, surely Allah is the best of planners" (Al-Quran Chapter 8 verse 30)
Ok korang boleh share kalau rasa post ni berguna dan tag kepada kenalan korang yang tengah / pernah alami masalah nak dapatkan Visa Canada ni. Aku harap dengan post ni, dapat bagi sedikit gambaran mcm mana nak Reapply Visa canada after kena Refused kalau ada masalah seperti aku. Mungkin agak leceh nak kena ada itu dan ini, tapi tak susah pun untuk apply Visa Canada. Ikut sahaja step-step yang telah di berikan. InsyaAllah Visa kita akan lulus..!!
P/s: Aku merayu kepada rakyat Malaysia yang nak kerja kat sana, pastikan anda menggunakan Working Visa okay!! Jangan salah guna Travel Visa untk bekerja dan kalau perkara sedemikian terus berlanjutan jangan terkejut kalau ramai lagi yang kena reject Visa Canada.