Friday, August 23, 2019

Cara-Cara Memohon Visa USA

Alhamdulillah Visa aku untuk ke US sudah di luluskan, dan di sini aku nak kongsi cara-cara nak memohon Visa US secara online. Untuk warganegara Malaysia, kita memerlukan Visa untuk masuk ke Negara US. StepNya tidaklah susah cuma agak rumit, detail yang diperlukan tersangatlah banyak. Bagi yang ingin apply Visa US Tourist / Visit Family / Business bolehla ikut step ni ya. Satu orang satu borang ya, jika anda pergi 6 orang, So anda kena isi borang online 6 kali la ya, kalau p rombongan cik kiah 300 orang ke?? faham - faham la ye, idok la dapat den nolongNya. HeHeHe


Mengisi borang ini agak leceh, banyak benda perlu isi termasuk latar belakang Pekerjaan, Alamat, Gaji dan pelbagai lagi. Jadi, nasihat aku korang jawablah dengan jujur dan tepat, sebaiknya anda sendiri yang isi bukan orang lain.



Syafiqah Aslah Sohaimi, USA Visa



Hasil yang lumayan orang kata, setelah melalui perit dan jerih-Nya dalam menyediakan dokumen bagai, NOW..!! Taraaaaaaa!! 10 tahun Visa aku dapat, then boleh masuk US duduk 6 bulan dekat sana lagi tu.. HAHAHAHA





A. Mengisi borang online (DS-160 Form) klik link di bawah :

Sila klik link di bawah dahulu ya.


    https://ceac.state.gov/GenNIV/Default.aspx


STEP 1 - Select One - MALAYSIA

STEP 2 - Kemudian Enter the code as shown la ya (huruf or number apa yang korang nampak tu)

STEP 3 - Then Upload a digital photo






STEP 4 - Upload pic korang

STEP 5 - Then jangan lupa klik butang Upload selected photo




STEP 6 - lepas upload mesin akan baca la gambar kita pass quality standards yang diorang nak ke tidak, kalau x?? korang faham-faham la sendiri maybe kena snap semula la gambar korang tu.

STEP 7 - Continue Using This Photo




Selepas klik "Continue Using This Photo" anda akan di bawa ke laman utama semula.

STEP 8 - sekali lagi korang kena Enter the code as shown

STEP 9 - Then Klik start an Application.




STEP 10 - seterusNya anda akan diberikan ID. Salin Application ID, takut lupa atau zaman sekarang snap je gambar masuk dlm phone.

STEP 11 - lengkapkan soalan sekuriti dibawah, gunakan soalan yang mudah dan anda sendiri tahu jawapan. selepas dah masukkan tu korang boleh la Klik "Continue"



Selepas ikut step-step di atas, Now anda boleh mulakan dengan mengisi borang selengkapnya DS-160 form. Pastikan maklumat yang anda isi adalah benar ya, Jangan Tipu. 


Contoh DS-160 form.

Isi borang kan?? macam biasa la isi nama and detail bagai, cuma dekat sini aku nampak masalah isi form DS-160 sikit-sikit la cuma ada part yang mungkin kita kurang faham, so dekat sini aku senarai kan apa yang aku nampak sedikit permasalahan bila kita isi borang secara online ni. 


Sebelum aku proceed ke arah permasalahan tu, aku nak bagi tahu korang dulu, Selepas korang dah isi detail tu make sure korang SAVE la ya.

Step 1


Step 2


Step 3

Sampai step 3 hah, korang continue la semula untuk proceed ke detail seterusNya.




OK, now permasalahan yang aku jumpa bila isi form DS-160 ni, antaraNya adalah :


1) Surnames : SOHAIMI
2) Given Names : SYAFIQAH ASLAH BINTI


3) Full Name in Native Alphabet : Just klik "Does Not Apply/Technology Not Available"
4) Bagi sapa yang ada alias, make sure letak la, bagi aku typical melayu Era Teknologi ni mana la nak ada nama @ @ ni.. HeHe (Nama orang dulu mungkin ada la)


5) National Identification Number : Just letak No.IC Malaysia kita je.



6) Passport / Travel Document Type : Regular (siapa pemegang passport Diplomatic boh la diplomat noh...)
7) Bagi rakyat Malaysia, Passport Book Number : Just klik "Does Not Apply (cause we don’t have one) so just put 'Does Not Apply' in the box and you are good to go.



8) Purpose of Trip to the U.S. : Temp.Business Pleasure Visitor (B)
9) Specify : Business & Tourism (Temporary Visitor) (B1/B2)


10) Primary Occuption : (yang ni korang pilih la, korang kerja or x or masih belajar ke??)


11) Monthly Income in Local Currency : boh la berapa gaji korang, jangan tipu ya takut time interview dia mintak nak tengok slip gaji tak pasal kantoi kang. HaHaHa
12) Briefly describe your duties : korang tulis la apa yang korang buat kat office tu berdasarkan jawatan korang, (Yang ni serius aku copy paste dekat Appraisal aku, nak nak awal tahun hari tu kena buat Appraisal so aku copy paste ja letak sini. HaHaHa)


13) Jawab soalan Security and Background, sekali di ingatkan jawab hati-hati jangan tipu. Soalan ini ada Part 1 - Part 5.




14) Did anyone assist you filling out this application : Kalau ada orang tolong korang letak ja ada tapi macam leceh, nanti dia mintak masukkan nama orang yang tolonglah then address bagai, apa hubungan korang dengan dia pulak. So nak mudah just klik "No" je


Sebelum korang Submit, make sure korang review semula satu persatu, mana tahu ada typo ke tersilap masuk detail ke, so semak semula ya sebelum klik butang Confirmation. Jika anda salah isi, anda perlu mengisi semula dan ia agak remeh untuk di isi semula setelah korang hantar.


Setelah selesai dan yakin dengan semua maklumat yang anda isi. Barulah boleh submit melalui online. Setelah itu, barulah anda boleh memulakan proses Pembayaran dan Temuduga.



Tadaaaa~ ini contoh form confirmation la.





PERSOALAN :


Ok, ramai orang DM aku tanya kalau pergi visit family macam aku, boleh la letak alamat family dekat sana, bagi yang pergi untuk melancong macam mana pulak?? Jangan risau korang masukkan je maklumat Hotel bagai tu, letak ja no.tel Hotel dekat sana sebagai rujukan.

Bagi yang Tanya aku perlu Book Tiket Flight tak??? TIDAK PERLU membeli tiket penerbangan lagi ya, aku apply hari tu tak book lagi tiket flight bagai tu. So enjoy ja isi form tu. HaHaHa tapi dia akan tanya korang la bila date jangka sampai US? letak ja date korang plan tu.





B. Pembayaran


Setelah anda menghantar DS-160 Form, maka bermulalah urusan pembayaran. Harga untuk visa B1/B2 ialah $160. Tapi anda perlu membayar dalam RM.


Sebelum ke Bank, anda perlu print borang di sini, klik link di bawah untuk print out dan di bawa ke bank bersama-sama.

http://www.ustraveldocs.com/my/my-niv-paymentinfo.asp


Sila klik di bahagian AmBank Deposit Slip - $160 MRV Fee, print 2 keping dan bawa ke bank.



Hari tu aku memilih untuk membuat pembayaran di AmBank memandangkan Menara AmBank sebelah office aku je, so selepas print out borang tu, aku pergilah berjalan kaki ke AmBank untuk membuat pembayaran yang mahal tu. HaHaHa


Print Slip bayaran ni 2 keping ya. satu untuk kita, satu lagi untuk pihak AmBank. Bayaran ni bergantung kepada tukaran Ringgit semasa ya. Time aku apply asal la harga Yahudi sangat??




Oh ya, Perlu di ingat 1 DS-160 Form, 2 slip pembayaran ya. satu lagi copy untuk AmBank and satu lagi untuk kita. So kalau ada 2 DS-160 Form korang print la slip bayaran ni 4 slip ya.


Tak payah la bawa DS-160 Form tu pergi bank, just nak bagi korang nampak berapa nak print slip tu kalau untuk sorang permohon. HeHeHe





Sampai sahaja di bank, bagitahu je pegawai yang bertugas, bahawa anda ingin membuat pembayaran US Visa. Just dekat slip yang korang print tadi masukkan je No. Telefon anda. Sila simpan resit pembayaran dan slip itu bersama-sama untuk proses temuduga pula.





C. Menempah Tarikh Temuduga



Selepas 5 jam pembayaran, wehh serius aku kira kot time ni lepas balik dari bank. HaHaHa sebab nak sign in untuk Schedule Interview for US Visa secepat mungkin.

siapa yang belum sign up korang boleh la sign up dulu, sila klik link di bawah untuk sign up bagi membuat Schedule Interview for US Visa.


https://cgifederal.secure.force.com/SiteRegister?country=Malaysia&language=en_US





US memerlukan anda hadir ke kedutaan bagi tujuan temuduga. Tapi sebelum temuduga anda perlu membuat Schedule Interview terlebih dahulu. Tempahan date and time anda perlu membuat secara online.

Sila simpan password, bermula di saat dan ketika ini selepas korang dah interview, korang boleh menyemak status US Visa anda di laman web ini sahaja, tak perlu la call duk cakap dengan Operator tu lama bebenor, at the end dia suruh semak dekat website juga. hampehhhh.


\



STEP 1 : Klik "New Application"
STEP 2 : Klik "No Immigrant Visa"
STEP 3 : Klik "Business/Tourism"
STEP 4 : Klik "B1/B2 - Visitor For Business And Pleasure"
STEP 5 : Masukkan detail korang



STEP 6 : Masukkan berapa orang nak Interview, kalau pergi satu family join je semua, tak payah interview sorang-sorang membazir masa je. HeHeHe. Kalau sorang korang klik ja "Continue"


STEP 7 : I have a previous B1/B2 visa that I wish to renew?? (kalau korang dah pernah apply dulu Klik ja "Yes" tapi kalau tak pernah apply klik ja "NO"

STEP 8 :  Jenis penghantaran visa, terpulang kepada korang nak pilih yang mana? macam aku hari tu aku pergi Pickup sendiri sebab nak cepat kan. HeHeHe.


STEP 9 : anda sudah membuat pembayaran? kemudian masukkan je Receipt Number tu kemudian klik "Continue"



STEP 10 : Boleh la pilih Date and Time untuk korang di temuduga.







D. Temuduga




Pas Pelawat US Embassy, Malaysian




Hari temuduga hari yang paling aku tak suka, nama pun interview darah gemuruh aku mesti datang, sebab orang nak tanya aku kan?? kalau aku tanya orang tak pe.. HaHaHa

Aku punya slot 8.15 a.m, tapi aku datang awal bagi mengelakkan traffic jem faham-faham la kedutaan US ni dekat Jalan Tun Razak, yang mana jalan ni terkenal dengan jem la. so bagi yang tinggal jauh dari kl datang la awal, aku yang duduk dekat UTC Keramat pun datang awal. HeHeHe sebaik-baik nya datang 30 minit lebih awal.


Sebelum hadir temuduga, aku sediakan beberapa dokumen yang Wajib dan dokumen Sokongan, ini adalah antara dokumen yang aku bawa :


Dokumen Wajib 
1. Passport Terkini
2. IC (Kad Pengenalan)
3. DS-160 Confirmation page
4. Visa Fee Payment receipt
5. Interview Appointment Confirmation
6. Gambar passport 1 keping


Dokumen Sokongan
1. Letter Invitation from Family in New York
2. Itinerary
3. Surat Beranak (Original & Copy)
4. Bank Statments (min 10k dalam bank, lebih lagi bagus)
5. Salinan Passport terdahulu & terkini
6. Slip Gaji 6 bulan terkini
7. Surat pengesahan Jawatan daripada majikan (yang ni sokongan untuk menyatakan kita pergi sana nak melancong, bukan nak pergi kerja sebab kita dah ada kerja dekat Malaysia kan..)



Kalau korang tanya aku, banyak tak dokumen berkaitan yang aku sediakan sebelum temuduga? aku cakap YA!! sebab aku tak nak bila diaorang soal aku, ini tak ada, itu lah tak ada, so sediakan payung sebelum hujan, tapi pada hakikatnya masa aku interview hari tu apa-apa dokumen yang aku bawa tu diaorang tak tengok pun.. HuHuHu






Prosedur nak masuk ke Kedutaan Amerika Syarikat agak strict wehhh. Pakaian haruslah kemas dan sopan. Paling selamat pakailah pakaian formal. So tak payah nak pening kepala nak fikir masalah pakaian semasa berada di sana, pakaian ni lepas tak?? ini boleh tak?? ooiii pening kepala jangan lupa kat dalam tu kita nak kena interview lagi, so jangan beratkan kepala yang duk ada tu. HaHaHa ohhh ya, Selipar tidak dibenarkan taw.


Sebelum nak masuk ke Kedutaan, ada Polis yang jaga Embassy. Polis tu akan benarkan korang masuk mengikut masa temujanji sahaja. Kalau pukul 9 a.m interview tapi pukul 8 korang dh terpacak dekat situ, polis tu akan halau korang suruh pergi breakfast dulu ke. HaHaHa sebab time aku tu, ada sorang uncle cina datang awal, padahal slot dia lambat lagi.

Masa sampai korang akan di tanya Interview pukul berapa?? kalau time aku tu awal pagi dia suruh aku pergi beratur dekat line yang memang orang sudah beratur tu. Ingat korang beratur di luar pintu masuk Embassy so faham-faham la kalau pagi tu sejuk la sikit, kalau tengah hari tak dapat den nak nolongNya.. HaHaHa


macam ni la beraturNya sebelum nak masuk dalam.


Semasa beratur  tunjukkan Passport korang, Jangan lupa buang Cover Passport tu sebab dorang akan lekat kan satu stiker like tracking number dekat belakang passport kita nanti. (Kes ni aku kena marah dengan India yang jaga tu sebab tak buka cover passport, so keja dia jadi lambat.. HaHaHa selepas dia duk cari stiker like tracking number atas nama aku tak jumpa aku tolong dia cari, dan dan sejuk balik hati dia sebab aku tolong dia. "Thanks" katanya sambil muka merah padam sebab malu balik. HeHeHe aku tak salah kan dia, salah aku juga, time dia bagi arahan aku masih di belakang mana la nak dengar dengan kereta dekat tepi jalan bising tu. HaHaHaHa )


Selepas tunjuk passport ada sorang polis yang akan check la kalau kita ada handphone dia mintak kita letak dalam satu bakul untuk di simpan sekejap lagi. Sebelum nak ambil Pas Pelawat sila la  tunjukkan IC / Lesen untuk tinggal di sana sebentar. Selepas ambil Pas Pelawat beratur lagi untuk kita lalu di mesin pengimbas dan saat ini kita terputus hubungan sebentar dengan phone bagai, So jangan harap la nak boleh selfie dalam kedutaan ke apa ke?? HaHaHa


Bangunan utama, USA Embassy in Malaysian


SeterusNya masuk ke bangunan utama, Kita kena lalu mesin pengimbas sekali lagi. Dekat sini pun ada polis yang akan check barang kita lagi, mana tahu dekat mesin pengimbas yang mula-mula tadi kita terlepas so dia memang akan double check lagi di mesin pengimbas no 2.  Selesai di sini, siap sedia untuk beratur ke kaunter pertama.


Di sini, kaunter pertama anda perlu serahkan passport, dan semua jari akan discan, dekat sini juga bagi yang tidak fasih berbahasa English boleh la meminta khidmat Translator, diaorang akan bantu korang so jangan risau Pakcik-Pakcik and Makcik-Makcik, ada je yang guna translator, Masa dorang serah kan semula passport korang diaorang akan bagi satu tag berwarna biru menyatakan anda tidak fasih berbahasa English, so orang yang jaga barisan anda nanti, akan meminta anda ke kaunter yang penjaga kaunter tu akan interview anda dalam bahasa Melayu.



Selesai di kaunter pertama, kena beratur ke kaunter ke-2 pula. Di ruang sebelahnya saja. Di sini, korang akan ditemuramah oleh penjaga kaunter. Masa ni, kesemuanya warga Amerika. MatSalleh hidung mancung ja aku nampak. HaHaHa... Darah gemuruh aku secara Auto dia mai, bila dengar diorang duk tanya orang-orang sebelum aku. Macam-macam diorang tanya ok, Contoh apa tujuan ke sana?? Berapa hari?? berapa Dollar nak bawa?? etc.


Now, tibalah giliran aku kena temuduga dengan Minah salleh dari US, sampai di kaunter dia mintak passport kita, so serahkan lah passport kita tu.


Soalan yang aku kena tanya masa interview hari tu boleh tahan banyak juga la, Antaranya :


1) Tujuan ke US?

2) Apa pekerjaan aku sekarang?

3) Berapa lama kerja di tempat kerja sekarang? (ini sampai pejam mata aku nak ingat. HaHa)

4) Dulu belajar di University mana?

5) Study bidang apa dulu masa dekat University?

6) Saudara di New York kerja apa? (yg ni aku cakap Embassy of Malaysian terus x tanya banyak dah)

7) Soalan last dia "Pergi dekat Boyfriend ke?" aku terus tepis "Ehh No.." Ketawa dia.. HaHaHa



Alhamdulillah sebab tujuan aku nak pergi dekat Family, maka segala urusan aku menjadi lebih mudah. Tak sampai 5 minit pun interview tu dah selesai. Sebelum semua selesai, sekali lagi kita di minta untuk scan jari buat kali terakhir. Selepas selesai scan jari, dia berikan 1 helaian maklumat untuk tuntutan Passport kita jika US Visa berjaya. Sebenarnya dari awal lagi kita dah tick masa kita isi secara online, sama ada nak pick up atau hantar ke alamat rumah or pejabat so pilihan di tangan sendiri.


 helaian yang pihak Embassy bagi setelah Visa kita lulus.



Bagi aku hari tu, memilih untuk pick up sebab aku nak cepat bagi tujuan proceed untuk Canada Visa pula. Hari Jumaat aku interview, hari Isnin next week, dalam petang tu aku dah dapat pesanan yang menyatakan US Visa aku dah siap, boleh la pergi untuk collect. Korang juga boleh buat semakan keep on track bagi menyemak di mana status passport anda berada sekarang. Guna link di bawah untuk buat semakan tracking anda ya.


http://www.ustraveldocs.com/my_bh/my-niv-passporttrack.asp 




      


Aku mengambil masa dalam 2 minggu lebih je untuk proses mendapatkan US Visa, daripada Minggu Pertama mengisi Borang dan membuat Pembayaran, Minggu Kedua aku menghadiri Temuduga, selang 2  hari dah dapat semula Passport aku dalam keadaan selamat. Oh ya, sedikit info tentang Aramex main office dekat Petaling Jaya tu, pukul 1-2 waktu lunch break pun diaorang masih beroperasi, bagi siapa yang berkerja boleh la lari sebentar, keluar time lunch break tu untuk pergi collect Passport anda ya.




New York, Washington, Los Angeles, San Francisco.. Aku Datang..!!! InsyaAllah..




Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan mempermudahkan urusan kalian semua untuk mengembara melihat bumi Allah yang maha luas, InsyaAllah. 

Dan aku mohon selitkan doa harian kalian buat aku untuk terus bersyukur dalam memberi manfaat kepada orang ramai lagi dan lagi. InsyaAllah.




Friday, May 17, 2019

Salam Perantauan 2019


Salam Perantau Kosmo 11 May 2019

Berjaya juga la 'menempel' dalam suratkhabar Kosmo hari tu, gara-gara geng uk buat serangan hendap, kata-nya "kalau x bawa masuk gambar kau, tak ceria ucapan dari kami semua, g tuuuuuu" HAHAHA Akhirnya, ucapan hari raya kami berjaya menembusi dada akhbar... 


Finally I found it " Salam Perantau 2019 "


Dan aku pelik di sini ucapan aku pula yang panjang lebor dari dorang kenapa??? Amboi, kalau bagi peluang dan ruang memang korang buat serangan hendap cukup-cukup ni.. HaHaHa


Muka dalam paper ni semua geng uk, tapi ada 1 ja geng Mesir.. Yang tu xkenal.. HAHAHA



Malays newspaper got Salam Perantau section and more oversea student will post their wishes lol. Dulu teringat selalu adore gila-gila la, bila baca and tengok Salam Perantauan ni, Now i'm in it, never stop believing don’t know want to laugh or cry... S.P.E.E.C.H.L.E.S.S. 




Monday, December 31, 2018

Duta kecil promosi Malaysia

A beautiful write up 📰 Thank you so much Berita Harian and special thanks to En. Osman



Alhamdulillah, sekali lagi aku diberi peluang ditemuramah oleh wartawan selepas beberapa hari aku pulang ke Tanah Air, tapi kali ini aku ditemuramah oleh wartawan dari Surat Khabar Berita Harian. Terima kasih kepada pembaca yang setia berkunjung ke blog yang tak seberapa ni.


Syukur pada tahun 2018, di beri kesempatan untuk mengembara secara solo dengan membawa misi yang sudah lama di rancang secara tidak semena, pasti setiap pengembara ada misi masing-masing termasuk aku sendiri yang membawa misi untuk membantu mempromosikan Malaysia, kembara kali ini banyak megajar aku tentang berdikari sebagai seorang wanita yang kental, kepada semua wanita di luar sana, usahlah kuatir untuk mengembara secara solo. SebenarNya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Perasaan paranoid itu biasa, tetapi kita haruslah berfikiran positif dan bersangkalah perkara yang baik-baik sahaja. Bagi aku, Allah berada dalam sangkaan hambaNya jadi bersangkalah baik. Kalau fikir takut dan risau, sampai bila kita nak kena tunggu kawan lain yang boleh ikut kita pergi megembara bersama betul tak?


Janganlah terlalu takut sangat atau terlalu berani pula, Sebaiknya dalam pengembaraan ini kita haruslah selalu tenang. Duduk di tempat yang ramai orang awam. Berbaik dan berkawanlah dengan teman-teman dari negara berbeza, tapi jangan terlalu ramah dengan lelaki. Apa-apa pun sikap berhati-hati haruslah ada. Bagi aku yang mengembara secara solo tidaklah gemar keluar di waktu malam kerana keselamatan pada waktu itu, sangat tidak terjamin, sebalikNya waktu malam aku cuba hindarkan diri untuk keluar bersiar-siar sebaliknya hanya tinggal di tempat penginapan sahaja untuk berehat dan study (ambil tahu sikit-sikit tentang tempat yang akan dikunjungi pada ke esokkan harinya)



I love it, Mynews about Kembara, dont forget to get your copy of Newspaper Berita Harian ok. #BeritaHarian




Lagi satu, kepada pengembara wanita secara solo anda perlulah membawa peralatan keselamatan contoh penyembur lada or alat yang kita rasa tajam ke? sentiasa ada dengan kita sebagai langkah berjaga-jaga apabila mengembara seorang diri ini.


Percayalah, ada banyak perkara yang boleh dilihat dan dijadikan pengajaran apabila wanita mengembara secara solo. Percayalah, kita akan rasa kepuasan dan kegembiraannya berbeza. Menerusi pengembaraan secara solo, aku belajar untuk jadi wanita lebih kuat, kental dan matang. Kembara juga tentu memberi seribu erti. Menawarkan pengalaman baru. Mempelajari berbeza budaya, makanan dan agama. Jadi mengembaralah seperti mana yang dituntut dalam agama kita sendiri iaitu islam.


Berita Lanjut klik link di bawah :

https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian5831/20180408/281981788159863

Tuesday, March 6, 2018

Musafir dengan Iman, Kembara dengan hati



Tujuan aku bermusafir adalah untuk memperingatkan dan menasihati diri sendiri, tat kala aku mengembara mungkin ALLAH SWT akan meningkatkan keimananku, kerana iman ini sering kali naik dan ada turun Nya. Apabila merasa diri ini lemah aku akan kembali melihat gambar@ atau catatan-catatan yang pernah terukir  setiap kali aku bermusafir, menghayati semula maksud2 yg tersirat di sebalik kembara yg pernah aku jelajahi..


Surah Al-Mulk ayat 15 yang memanggil diri ini dan mengalakkan Umat Manusia untuk meihat Dunia

“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.”


Daripada ayat ini saja jelas menunjukkan bahawa dunia ini merupakan satu hamparan luas terbentang yang perlu diterokai oleh sekalian manusia, Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dan menggalakkan umat manusia supaya berkelana ke setiap pelusuk dunia. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perkataan "berjalanlah" atau "mengembaralah" di muka bumi.




Serta dari surah Surah Ar-Rahman bermula dengan ayat 31 yang menuntut diri ini untuk terlebih dahulu bersyukur kehadrat ilahi…

"Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan??"





Tanggal 30 Januari 2018 bermusafirNya aku ke Bumi Eropah atas izin Allah, aku telah berkelana ke sana hampir beribu kilometer dengan niat kerana ALLAH s.w.t dan aku berharap agar aku mendapat sesuatu yang sangat berharga dan sesuatu yang tidak dapat aku sendiri beli dengan wang ringgit.


Aku suka menikmati keindahan alam sepanjang kembara yang aku jalani, sambil meneroka keunikan alam yang dicipta serta dapat mempelajari sedikit sebanyak peristiwa @ sejarah di sesuatu tempat,


Yang paling aku suka teroka adalah Sejarah Islam, kerna Allah mahu kita tengok sendiri  kesan tinggalan orang-orang terdahulu yang musyrik, iaitu apa yang berlaku kepada orang-orang yang bongkak, sombong, dan mendustakan Dia. 


Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia. Ada yang mahu Dia beritahu melalui setiap perkara yang dijadikan oleh-Nya. 






Ada banyak perkara yang Allah suruh kita tengok di Bumi ini. Bukanlah sekadar tengok dengan mata kepala saja, tetapi pandanglah dengan mata hati. Setiap ciptaan-Nya pasti ada kegunaan. Setiap yang kita lalui dan temui juga pasti ada hikmah.



Aku mungkin mempunyai keinginan tapi Allah yg menentukan, ketika ketentuanNya membawa aku mendalami Islam melalui kisah-kisah para Nabi dengan rendah hati dan tawakal kpd Allah swt.



Bagi umat islam lawatan lokasi bersejarah tidak lebih daripada mengambil iktibar dan pengajaran untuk memantapkan Iman dan Taqwa... aku hanya menjejak kesan sejarah anbia, selebihnya hanya Allah & Rasul yg lebih mengetahui.



Setiap Muslim yang menjejak kan kaki nya ke tempat yang telah dihancurkan oleh ALLAH wajib menginsafi serta mengambil ibrah balasan Allah swt ke atas hambanya yang ingkar contoh nya aku di beri peluang untuk menziarahi Kota Pompeii.


Penghancuran Pompeii mirip dengan azab yang dialami kaum Nabi Luth AS iaitu penduduk Sodom yang dikisahkan dalam Al-Quran, Penduduk Sodom melakukan berbagai kejahatan yang tidak boleh dilakukan oleh penjahat manapun.




Aku bermusafir, bagi menjawab persoalan tinggalan anbia dan kesahihan-Nya dari bumi Eropah yg diselimuti salji hingga ke kota bersejarah Empayar Rom & Kota Pompeii bersama misi merungkai kesahihan tingalan dan mitos yang dikaitkan dengan para Nabi, tinggalan mereka diselit dgn kisah yang ajaib hingga menjadi tular di kalangan Umat Islam dari generasi ke generasi..




"Memang ternyata Jauh perjalanan luas pandangan. Setiap Negara yang aku jelajahi aku dapat melihat keindahan Dunia, pelbagai ragam manusia, budaya, bahasa dan aku  rasa bertuahnya menjadi rakyat negara Malaysia di saat itu.



Bila ditanya soal Negara mana yang paling seronok, aku menyatakan seronok nya bila dapat menjejakan kaki di Bumi Switzerland yang di mana lidah aku sentiasa di basahi dengan Zikir SubhanaAllah cantik nya dunia yang Allah ciptakan ini…


Jika di dunia dilihat indah dan cantik, bagaimana pula keindahan di dalam syurga kelak kan??

The earth is a mosque for you, so wherever you are at the time of prayer, pray there.




Yang tidak dapat dilupakan pengalaman aku di Belgium yang mana aku  sendiri agak Trauma dengan peristiwa polis mengejar pencuri kejadian berlaku betul-betul berhadapan laluan yang sedang aku guna dan satu pengalaman yang bercampur baur apabila pisau yang digunakan pencuri itu terpelanting ke arah aku saat itu, Berdepan dengan masalah sedemikian dengan seorang diri di Bumi Asing tidak ada sesiapa untuk berlindung kecuali pada ALLAH swt sahaja aku bertawakal.




Serta dengan keadaan Cuaca yang agak sejuk melampau ekoran persinggahan angin dari Rusia, ketahanan mental, kesihatan, bahasa, dan bermacam-macam kerenah manusia di negara yang dikunjungi pasti ada cabaranNya.



"Syukur, Alhamdulillah untuk 11 Negara 13 Bandar yang aku jelajahi aku  mampu menempuhi dengan jayanya. Begitu juga tahap kesihatan pun berkeadaan baik,"


Sentiasa mendapat mesej dari kawan-kawan yang menyatakan "untung la banyak duit boleh la pergi Travel" bagi aku sendiri tak semestinya travel perlu menelan kos yang tinggi. Allah tak pernah kata mengembara hanyalah untuk orang-orang yang ada banyak duit. 


Aku  suka merujuk kisah pengembaraan ilmu ulama zaman silam, malah zaman sekarang. Mereka berkelana jauh meninggalkan keluarga tanpa wang yang banyak, kerana mahu jadi hamba Allah yang lebih baik.



Pengembaraan yang bernilai tinggi hanyalah yang dilakukan demi Dia iaitu ALLAH. Semakin banyak tempat dijejak, semakin tunduk. Semakin banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa diri. Semakin banyak dipelajari, semakin bodoh dirasakan. 





Kitab-kitab Islam terdahulu mencatatkan kembara para ilmuwan dalam usaha menuntut ilmu. Setiap ilmuwan pasti ada catatan mengenai kembara mereka. Kembara juga melonjak nama mereka dalam bidang ilmu. Jadi dari situ aku mendapat kekuatan untuk mengembara sebab aku yakin di mana aku berada Allah sentiasa bersama ku, kerana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiga doa yang mustajab, tanpa syak padanya:
 1) Doa ibubapa untuk anak, 
2) Doa orang bermusafir, dan 
3) Doa orang kena zalim” 

(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dll. Bertaraf sahih). 




Jadi mengembaralah. Itu salah satu tanggungjawab kita sebagai Muslim. Musafir dengan Iman, Kembara dengan hati. Selamat beramal…