Friday, November 29, 2019

Cara-Cara Memohon Visa Canada selepas pertama kali kena Refused

VISA CANADA KENA REJECT



Hari tu aku dah janji dengan diri sendiri, kalau berjaya dapat visa aku nak buat satu post dekat blog, Alhamdulillah akhir-nya ada juga masa untuk aku update blog ni, Post kali ni aku buat nak tolong orang yang senasib mcm aku esp dekat BBM group, Memandangkan aku terbaca dekat BBM banyak sangat posting kawan-kawan yang visa dorang kena Reject, so aku harap dengan post aku ni dapat membantu korang semua. InsyaAllah.




Ok aku start citer ni dengan sedikit asal usul trip aku secara solo pada bulan May sepatutnya. Trip ni adalah trip yang aku plan sendiri je, yang mana aku plan nak ke New York pada awal-nya, tapi bila tengok peta Canada dengan New York tak jauh, so timbul la keinginan nak ke sana. TAPI tiket untuk flight return, penginapan semua aku belum book. Nak jadi kan cerita kenapa aku berani ambil risiko sedemikian sebab aku pergi sendiri tanya VFS, kat wisma MCA tu perlukah aku book semua tu? and Bla Bla Bla.. then dia cakap tak perlu. Hah sebab tu la aku berani ambil risiko untuk lebur lebih kurang RM700.. huhu (menyesal pun dah tak guna)



Kebetulan, aku ada saudara yang tinggal di Canada so dengan harapan aku boleh guna kan detail dia untuk kuat kan proof dokumen aku, sebab aku tak book apa-apa kan?? konon kalau p sana akan stay di rumah saudara and Bla Bla Bla, sekali semua jadi abu yang berterbangan ja. HAHAHA



Ok pendek-kan cerita, after aku menanggis tak berlagu bila baca surat dari Embassy menyatakan kena Refused and Bla Bla Bla.. Hold kejap antara 2 3 bulan untuk Reapply balik. Cari maklumat apa yang buat visa kena Refused ni, and Alhamdulillah atas Izin Allah, Allah buka jalan untuk aku mendapat maklumat dari blog and bertanya kenalan yang mana aku pun tak kenal. HAHAHA nasib la sapa yang kena jawab banyak persoalan aku tu. Malu bertanya sesat jalan kan. HiHiHiHi



Paling utama isu kena reject aku syak mungkin aku BUJANG, then dorang fikir aku ke sana untuk berkerja sebab aku tak declare apa harta yang aku ada No wander la kan, and Second aku syak sebab aku renew passport lagi la dorang syak aku nak p sana keja. HAHAHA aku renew passport sebab aku apply visa US so aku tak nak pegang  banyak passport kalau travel nanti itu sebab aku renew passport baru.





Ok stop la ceta pasai asal usul trip and sebab kena reject, ok now banyak dokumen aku sediakan nak buktikan bahawa aku ke sana bukan untuk berkerja, just nak ziarah saudara and jalan-jalan sahaja. Ok kat bawah ni aku sediakan list dokumen yang memang secara personal aku sediakan semasa Reapply Visa Canada after the first one Refused.



What should be done to reapply for a Canada visa after a refused :




1. Find an application form klik link di bawah :


https://www.canada.ca/en/immigration-refugees-citizenship/services/application/application-forms-guides.html


Complete the Forms

Canada Travel Visa Application Form – Download the PDF. 



a) IMM5257 (starting at June 2019)

b) IMM5707 - Family Information - June 2019

c) IMM5257 SCH1- Schedule 1 : Application for a Temporary Resident Visa - June 2019



2. Prepare All Required Personal Documents :



a) Passport Baru

Note : Salinan cop passport yang terbaru, beserta dengan muka surat depan passport. dan kalau dalam passport korang tu ada Cop, Visa negara lain scan je bagi dekat Embassy. Gabungkan semua salinan passport yang terkini ni dalam satu fail PDF.



Contoh Passport terkini yang telah di combine



b) Passport Lama

Note : Salinan cop passport bagi perjalanan terdahulu, termasuklah muka surat depan pasport. Gabungkan semua salinan dalam satu fail PDF.



Contoh passport lama yang perlu di combine ke dalam 1 PDF sahaja



c) Bank statments (Maybank, TH, CIMB, KWSP, Etc Etc)

Note : Penyata bank akaun 6 bulan terkini. Sekiranya mempunyai kad kredit, boleh sertakan sekali. Jumlah baki minimum yang wajib ada dalam akaun bank RM10,000. Ini adalah sebagai bukti bahawa anda mampu menanggung diri anda dari segi kewangan sepanjang berada di Canada, Juga pastikan bank account yang anda print nampak aliran duit masuk dan duit keluar setiap bulan. Dan tak lupa juga masa hari yang korang nak send semua dokumen pastikan Print screen transactions MayBank 1 bulan yang terkini, contoh aku Reapply bulan 8, so Bank statments untuk Maybank dah sah-sah aku provide sampai bulan 6, Untuk kuat kan proof ambil juga aliran duit masuk and keluar bulan 7 dan 8, Print screen je then jadikan PDF.



Conto bank statment yang perlu di sertakan



d) Slip Gaji

Note : Slip gaji 6 bulan terkini bagi yang berkerja. Dan mintak pengesahan dari Majikan anda, untuk menyatakan slip gaji itu benar.


Contoh slip gaji dari Company



e) Surat Tawaran Jawatan

Note : Surat tawaran masa mula-mula masuk kerja.



Contoh surat tawaran kerja


f) HR Letter

Note : Surat daripada majikan, atau apa-apa surat yang menyatakan tujuan perjalanan anda. Mintak pihak HR buat surat menyatakan kita adalah perkerja dari company mereka dan sedang berkhidmat.


Contoh surat dari HR


g) Surat Cuti (Application for leave)

Note : Surat cuti ini di perlukan juga, bagi memberitahu Embassy yang pada sekian-sekian date anda meminta cuti dari majikan.


Contoh surat cuti dari company



h) Itinerary Canada

Note : Yang ni tersangatlah di perlukan supaya Embassy nampak yang perjalanan korang ke arah mana? supaya mereka tidak mengesyaki apa-apa.



Contoh Itinerary di Canada



i) Travel Budget

Note :  Nampak remeh tapi sebenarnya ini menunjukkan bahawa anda sangat detail, dan meyakinkan pihak Embassy bahawa anda telah spend banyak mana untuk perjalanan anda ke canada.



Contoh Travel Budget



j) Gambar passport (Background putih)

Note : Pastikan mengikut standard yang di kehendaki, gambar anda jelas. Maklumat lanjut boleh klik ikon tanda soal di column ‘Instruction’ untuk lihat standard gambar yang di perlukan.


Contoh gambar passport



k) Cover Letter (My personal letter)

Note : Buat personal Letter niat kita untuk ke sana, cerita sikit and explain kenapa perlu balik Malaysia and tidak akan menetap disana untuk bekerja (ni paling penting untuk Convince orang Embassy) dalam surat ni juga bagi yang tiada harta seperti aku, korang boleh declare dalam surat ni juga, bagi je tahu korang tak ada harta yang besar. 


Contoh surat peribadi kepada Embassy Canada




l) Invitation letter Canada from relative

Note : Ini bagi sesiapa yang pergi menziarahi family yang sedang berkerja di Canada. Korang boleh dapatkan Invitation letter dari saudara korang.



Surat jemputan dari saudara




m) Personal doc from relative (Permit kerja, Passport, Resident card, Employe card)

Note : Dah dapat Invitation letter, so kena la dapat proof yang kuat untuk menyatakan saudara korang memang benar tinggal di sana dan berkerja or study di sana.



Contoh personal document relative




n) Gurrante Letter from relative

Note : Gurrante Letter penting, untuk menyatakan sekian sekian date kamu akan keluar dari Canada dan akan pulang ke Malaysia etc etc.


Contoh surat jaminan dari saudara



o) Financial Guarantee Letter (From Parents)

Note : Surat ini perlu di nyatakan incase kalau korang tak cukup duit secara auto parents korang yang akan tanggung perbelanjaan sepanjang korang berada di sana as a guarantor la, dan boleh juga cakap parents korang kerja apa bla bla bla.... and mempunyai bank statments and bla bla bla...



Contoh surat jaminan kewangan dari family



p) Passport (From Parents)

Note : Attach je sekali passport ibu dan ayah korang untuk pihak Embassy lihat yang korang ada pertalian.






q) Bank statments (From Parents)

Note : Yang ni dah sah-sah kena attach sekali, dah memandangkan parents korang jadi guarantor. Sama juga bank statments min 10k kalau lebih lagi bagus.



Contoh bank statments parents yang telah di sahkan oleh pegawai TH





r) Ticket flight (Return)

Note : Proof yang sangat kuat untuk memberitahu, sekian sekian date anda akan pulang ke Negara asal menaiki penerbangan bla bla..... Dan boleh juga attach Ticket yang berkaitan Ticket bus, Train, etc etc mengikut macam mana perjalanan yang anda buat, macam aku dari New York ke Canada aku akan menaiki bas, so kena attach bus ticket bagai la.


Contoh confirmation tiket penerbangan, train dan bas



s) Travel Insurans

Note : Ini juga penting, untuk bagi tahu Embassy yang anda mempunyai travel insurans incase kalau terjadi apa-apa kemalangan anda mampu tanggung semua itu dengan travel insurans yang anda beli dari negara asal. Juga memberitahu bahawa trip anda di bawah perlindungan insurans.




Contoh surat dari pihak Travel Insurans




t) Surat beranak

Note : Yang ni aku provide ja, tak tahu la dorang perlukan ke tak tapi aku bagi ja.





u) Kad pengenalan

Note : Ni pon sama aku bagi ja, atleast dorang tahu aku ni warganegara Malaysia dan mempunyai kad pengenalan diri di negara sendiri.







v) Official receipt Biometric

Note : Bagi proof yang sekian date, aku dah bayar untuk buat Biometric.






w) Copy surat yang tak approve visa tu

Note : Ni aku attach je sekali, saja nak bagi tahu dorang "Ya visa aku tak lulus hari tu" HaHaHaHa







Lepas semua dokumen tu lengkap korang boleh la prepare untuk di merge kan dalam 1 PDF. Sebelum tu aku nak tunjuk contoh, cara-cara nak sign up untuk create akaun bagi memohon visa secara Online.



1. Pergi ke laman web CIC dengan klik link di bawah :


http://www.cic.gc.ca/english/information/applications/visa.asp




2. Scroll ke bawah dan klik "Continue to GCKey"




3. Kemudian klik “Sign up“ untuk create akaun bagi memohon visa.






4. Seterusnya, korang akan dibawa ke halaman "Terms and Conditions of Use". Klik ja "I accept"





5. Create username. Makesure username yang korang pilih standard yang ditetapkan:


  * 8 – 16 aksara

  * Tidak mengandungi ASCII Punctuation & Symbols atau aksara khas.

  * Tidak mengandungi lebih daripada 7 digit nombor.





6. Create password korang pun sama juga, pastikan kata laluan yang korang pilih standard yang ditetapkan :


  * 8 – 16 aksara

  * Tidak mengandungi 3 aksara yang berturut-turut daripada username.

  *  Mengandungi sekurang-kurangnya SATU huruf besar, SATU huruf kecil dan SATU digit nombor.






7. Create recovery question. 

Ini adalah soalan keselamatan bagi mengetatkan lagi keselamatan akaun anda dan digunakan untuk mengesahkan anda adalah pemilik sah akaun tersebut. Jadi pastikan anda ingat jawapan anda bagi setiap soalan yang diberikan. Untuk memudahkan urusan anda untuk mengingat, anda boleh screenshot dan save halaman tersebut sebagai rujukan anda.






8. Setelah itu, klik “Continue” dan anda akan di-direct-kan halaman "Sign Up Complete".










9. Setelah itu, anda akan dibawa ke halaman Goverment of Canada. Klik je "English" then Continue to GCKey





10. Anda akan di-direct-kan halaman ‘Terms and Condition’. Di halaman ini, terus sahaja klik “I accept”.

11. Create account. 

Isikan maklumat ‘Given Name’, ‘Last Name’ dan ‘Email Address’ anda di ruang yang disediakan. Untuk ruangan nama, pastikan anda mengisikan nama penuh anda seperti yang tertera pada pasport anda. Contohnya, sekiranya nama penuh anda ialah Syafiqah Aslah Binti Sohaimi;

  Given name: Syafiqah Aslah Binti
  Last name: Sohaimi






12. Create security question. 

Lagi sekali, pastikan anda ingat jawapan anda bagi setiap soalan yang diberikan. Setelah anda selesai mengisi jawapan anda, klik “Next”.





13. Kemudian anda akan di-direct-kan ke halaman utama personal account. Di sini, klik pada apply for: "Visitor Visa, Study and / or Work Permit".






14. Anda akan diberikan beberapa soalan soal selidik (questionnaire). Jawab kesemuanya.





15. Selesai jawab soalan anda akan di bawa ke halaman Result.




16. Pilih Purpose of your Travel.

(aku pilih "Other" sebab dekat form IMM5257 aku pilih other kemudian aku explain di situ tujuan aku kesana pergi ziarah realtive and vacation.)













17. Review your answers, then scroll bawah klik "Continue"





18. Setelah itu, korang akan dipamerkan dengan step-step yang perlu di buat bagi memohon tourist Visa Canada seperti di bawah:





19. Muat turun application form 


Yang mana awal-awal lagi aku jelaskan untuk Complete the Form, isi maklumat yang diminta, dan setelah itu, scan dan muat naik semula borang yang telah diisi tersebut di ruangan yang disediakan:




Application for Visitor Visa  (IMM5257) - Form yang awal-awal lagi aku mintak korang download and isi dengan teliti dan betul.




20. Supporting document yang diperlukan :




Family information form (IMM5707) - Juga sama Form yang awal-awal lagi aku mintak korang download and isi.

Travel history – Passport Lama-lama yang telah di gabungkan menjadi satu fail PDF.

Passport – Passport Baru yang telah di gabungkan menjadi satu fail PDF.

Invitation Letter – Invitation letter, Personal dokument, Gurrante Letter from relative, Itinerary Canada, Travel Budget, Travel Insurans, Financial Guarantee Letter (From Parents), Passport (From Parents), Bank statments (From Parents). Semua dokumen ni gabungkan menjadi satu fail PDF.

Proof of Means of Financial Support – Bank statments (Maybank, TH, CIMB, KWSP, Etc Etc), HR Letter, Surat Cuti (Application for leave), Surat Tawaran Jawatan, and Slip Gaji.

Digital Photo – Gambar saiz passport korang la. Pastikan mengikut standard yang di kehendaki, gambar anda jelas.






21. Optional Documents yang diperlukan:



SCH1- Schedule 1 : Application for a Temporary Resident Visa Made Outside Canada (IMM5257) - Juga sama Form yang awal-awal lagi aku mintak korang download and isi.


Client Information – Cover Letter (My personal letter), Ticket flight (Return), Ticket Bus, Kad pengenalan, Surat beranak, Copy surat yang tak approve visa tu, and Official receipt Biometric yang dulo.



Contoh dokumen yang sudah di Upload selengkap-nya.



22. Fees


Apabila semuanya sudah lengkap, anda boleh proceed ke langkah yang seterusnya, iaitu membuat bayaran sebanyak CAD100. Bayaran yang telah dibuat Non-Refundable. So, sekiranya permohonan Visa anda gagal, anda perlu membuat pembayaran sekali lagi.




23. Korang di mintak sign, klik je "I agree"





24. Kemudian korang akan di beritahu berjaya atau tak form yang korang submit tu.






25. Akhir sekali, korang akan di bawa ke laman Transaction Approved.





26. Setelah selesai kesemua langkah di atas, anda hanya perlu tunggu sahaja emel daripada pihak CIC.


Hari tu aku submit pada 1 August, Pada 6 August CIC Request Original Passport, 7 August aku dah pergi VFS (M) Sdn Bhd, Wisma MCA, Kuala Lumpur untuk serah kan Passport aku bagi CIC membuat finalize, 16 August CIC buat Final decision dan menyatakan visa aku approved, dan Alhamdulillah 20 August baru aku dapat semula passport dan di dalam-nya ada Visa Canada.



1 August aku reapply sekali lagi Visa Canada after kena Refused bulan March.





27. CIC Request untuk kita send Original Passport ke VFS (M) Sdn Bhd, Wisma MCA.


6 August CIC Request Original Passport



IMM5740


Ramai orang cakap bila kita dapat letter macam ni bermakna visa kita dah berjaya, tapi memandangkan aku sudah di kecewa kan kali pertama jadi untuk kali kedua aku tak nak berharap, selagi belum nampak dengan mata aku visa canada ada dalam passport sebdiri, selagi tu la aku tak nak bagi harapan menggunung kat diri aku. HaHaHa





28. Time nak send passport kita dekat VFS (M) Sdn Bhd, Wisma MCA, dorang memerlukan beberapa perkara antara-nya :



1- Cover letter (Bagi tahu je korang send passport di mana, then nanti time collect macam mana? macam aku hari tu pergi collect sendiri dekat VFS tu, mudah. Contoh cover letter yang aku buat boleh tengok di bawah.)

2- Original Passport (Bawa passport kita yang terkini)

3- Form IMM5740 (yang ni CIC akan send kepada kita sendiri, boleh check di account kita)

4- Latest Consent Form Malaysia (English)  (yang ni boleh tengok dekat website, tapi jangan risau kalau korang tak tahu nak download form ni pon, sampai kat kaunter VFS nanti pegawai yang bertugas dia memang akan bagi form ni juga untuk kita isi)




Contoh cover letter yang aku buat masa nak serah passport dekat VFS.




29. Track Your Application.

Ok, now cara nak Track Passport korang secara online. Boleh klik link di bawah:





Tracking ID No : (Masukkan tracking number yang ada dalam resit masa korang pergi send passport, dorang akan bagi korang satu resit yang nala punya panjang. HAHAHA)

DOB (YYY-MM-DD) : (Date of Birth) 




30. CIC akan buat Final decision dan Alhamdulillah CIC menyatakan visa aku approved.



16 August CIC buat Final decision


31. After final decision, sekali lagi mereput la korang untuk Track Passport korang secara online lagi.


Awal pagi 19 August baru nak keluar dari IRCC office


19 August hari yang sama baru transit di Canada Visa Application Centre in Kuala Lumpur.


20 August awal pagi lagi aku dah track apa status seterus-nya, dan kalau korang dapat status macam ni dah boleh ready untuk pergi ambil passport korang di sebelah petang hari yang sama juga.


20 August juga time tengah hari, saja aku track sekali lagi dan Alhamdulillah boleh pergi collect sendiri di VFS.






Penantian untuk kali kedua ni agak mencemas-kan aku, hari-hari aku doa supaya pegawai Embassy yang semak dokumen aku tu lembut hati untuk bagi aku visa. Alhamdulillah, tanggal 20 August 2019, dengan secara rasmi-nya aku ISYTIHARKAN visa aku sudah diluluskan. Setelah melihat dengan mata sendiri Visa Canada ada dalam Passport aku. Hanya Allah yang tahu betapa gembira-nya aku setelah berpenat lelah back and forth pergi Wisma MCA untuk ke sekian berapa kali aku rasa dah tak terkira.






Akhirnya berjaya jugak. Dekat post ni jugak, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada family and kawan-kawan yang tersayang yang sangat supportive sepanjang aku nak dapat visa ni. Tak penah tak bagi kata-kata semangat kadang-kadang rasa nak nangis terharu and tak penah berhenti doa untuk dapat visa ni. Not to forget, kawan-kawan yang sangat supportive bagi doa dan semangat sepanjang aku reapply visa ni.

Apa pun, jangan pernah berhenti berusaha untuk dapatkan apa yang kita betul-betul nak. Biar lah apa orang nak kata, dia tak duduk tempat kita. Tapi satu ayat yang selalu buat aku tenang and redha lepas aku betul-betul usaha. Ayat ni "They plan and Allah plans, surely Allah is the best of planners" (Al-Quran Chapter 8 verse 30)


Ok korang boleh share kalau rasa post ni berguna dan tag kepada kenalan korang yang tengah / pernah alami masalah nak dapatkan Visa Canada ni. Aku harap dengan post ni, dapat bagi sedikit gambaran mcm mana nak Reapply Visa canada after kena Refused kalau ada masalah seperti aku. Mungkin agak leceh nak kena ada itu dan ini, tapi tak susah pun untuk apply Visa Canada. Ikut sahaja step-step yang telah di berikan. InsyaAllah Visa kita akan lulus..!!






P/s: Aku merayu kepada rakyat Malaysia yang nak kerja kat sana, pastikan anda menggunakan Working Visa okay!! Jangan salah guna Travel Visa untk bekerja dan kalau perkara sedemikian terus berlanjutan jangan terkejut kalau ramai lagi yang kena reject Visa Canada.