Monday, December 31, 2018

Duta kecil promosi Malaysia

A beautiful write up 📰 Thank you so much Berita Harian and special thanks to En. Osman



Alhamdulillah, sekali lagi aku diberi peluang ditemuramah oleh wartawan selepas beberapa hari aku pulang ke Tanah Air, tapi kali ini aku ditemuramah oleh wartawan dari Surat Khabar Berita Harian. Terima kasih kepada pembaca yang setia berkunjung ke blog yang tak seberapa ni.


Syukur pada tahun 2018, di beri kesempatan untuk mengembara secara solo dengan membawa misi yang sudah lama di rancang secara tidak semena, pasti setiap pengembara ada misi masing-masing termasuk aku sendiri yang membawa misi untuk membantu mempromosikan Malaysia, kembara kali ini banyak megajar aku tentang berdikari sebagai seorang wanita yang kental, kepada semua wanita di luar sana, usahlah kuatir untuk mengembara secara solo. SebenarNya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Perasaan paranoid itu biasa, tetapi kita haruslah berfikiran positif dan bersangkalah perkara yang baik-baik sahaja. Bagi aku, Allah berada dalam sangkaan hambaNya jadi bersangkalah baik. Kalau fikir takut dan risau, sampai bila kita nak kena tunggu kawan lain yang boleh ikut kita pergi megembara bersama betul tak?


Janganlah terlalu takut sangat atau terlalu berani pula, Sebaiknya dalam pengembaraan ini kita haruslah selalu tenang. Duduk di tempat yang ramai orang awam. Berbaik dan berkawanlah dengan teman-teman dari negara berbeza, tapi jangan terlalu ramah dengan lelaki. Apa-apa pun sikap berhati-hati haruslah ada. Bagi aku yang mengembara secara solo tidaklah gemar keluar di waktu malam kerana keselamatan pada waktu itu, sangat tidak terjamin, sebalikNya waktu malam aku cuba hindarkan diri untuk keluar bersiar-siar sebaliknya hanya tinggal di tempat penginapan sahaja untuk berehat dan study (ambil tahu sikit-sikit tentang tempat yang akan dikunjungi pada ke esokkan harinya)



I love it, Mynews about Kembara, dont forget to get your copy of Newspaper Berita Harian ok. #BeritaHarian




Lagi satu, kepada pengembara wanita secara solo anda perlulah membawa peralatan keselamatan contoh penyembur lada or alat yang kita rasa tajam ke? sentiasa ada dengan kita sebagai langkah berjaga-jaga apabila mengembara seorang diri ini.


Percayalah, ada banyak perkara yang boleh dilihat dan dijadikan pengajaran apabila wanita mengembara secara solo. Percayalah, kita akan rasa kepuasan dan kegembiraannya berbeza. Menerusi pengembaraan secara solo, aku belajar untuk jadi wanita lebih kuat, kental dan matang. Kembara juga tentu memberi seribu erti. Menawarkan pengalaman baru. Mempelajari berbeza budaya, makanan dan agama. Jadi mengembaralah seperti mana yang dituntut dalam agama kita sendiri iaitu islam.


Berita Lanjut klik link di bawah :

https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian5831/20180408/281981788159863