Sunday, December 30, 2012

Akhir Kisahku pada tahun 2012



tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam hati

setelah kau jauh tinggalkan aku
tak pernah aku rela semua ini terjadi

tiada ku sangka engkau berubah
ku tak percaya kau membahagi  kasih sayangmu
tahukah engkau betapa sakitnya hati ini
kau membahagi kasih kerana dia



 tak pernah ku cuba melupakanmu
 mengapa kau buat hatiku terluka
 sekian lama aku menunggu dimana hati nuraini mu??

tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
tak kuat aku tanpamu
 tak pernah aku rela begini akhirNya perhubungan kita..




p/s : hope we've all had a great year & here's hoping for better years ahead..bring on 2013..!!





Monday, December 24, 2012

Pencil and Eraser Story




Pencil : u know, im really sorry..

Eraser : for what? u didn't do anything wrong..

Pencil : im sorry, couse u get hurt because of me... whenever i make a mistake,u're always there to erase it. but as u make my mistake vanish,u lose a part of urself... u get smaller and smaller every time...

Eraser : that's true,but i don't really mind. u see, iwas made to do this. i was made to help u whenever u do something wrong.... even though,one of have to replace me with a new one,i'm actually happy with job. so please stop worrying.... i hate seeing you sad...





Saturday, December 22, 2012

saya lebih meminati lelaki yang kaki NYA melangkah menuju ke MASJID



saya tidak suka lelaki yang kaki NYA melangkah ke Stadium BOLA!! harap maaf... 
saya lebih meminati lelaki yang kaki NYA melangkah menuju ke MASJID..




ini kerana saya tak pernah mengajar kaki saya melangkah ke Stadium BOLA, 
jadi tak salah kan?? 
kalau saya meminati dan menginginkan lelaki yang kaki NYA melangkah ke Masjid??


Perempuan tidak meminat lelaki yang hanya dalam hati ada taman,
tetapi mereka lebih meminati lelaki yang dalam hatinya ada iman..



wahai sidia,jaga IMAN mu untuk menjadi bakal IMAM ku kelak..




Take my hand




My friend, I need you now,
Please take me by the hand.
Stand by me in my hour of need,
Take time to understand.
Take my hand, dear friend,
And lead me from this place.
Chase away my doubts and fears,
Wipe the tears from off my face.



Friend, I cannot stand alone.
I need your hand to hold,
The warmth of your gentle touch
In my world that’s grown so cold…….
Please be a friend to me
And hold me day by day.
Because with your loving hand in mine,
I know we’ll find the way..


~SenyumLAH walaupun dirimu disakiti~



Disebalik "air mata".. pasti akan datang "senyuman"
Disebalik "luka".. pasti akan datang "penyembuh"
Disebalik "kesabaran".. pasti datang "kebahagiaan"
Disebalik "kesulitan" .. pasti datang "kemudahan"
Sesungguhnya Allah Bersama Hamba-hambanya yang SABAR
SenyumLAH walaupun dirimu disakiti..


Jangan pernah membenci seseorang yang telah melukakan hati kita..
Kerana orang itu juga yang pernah membuat kita tersenyum..
Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian..




Sujud terakhir menjawab tanya Tulang rusuk ku bukan dari si dia..




Ya Allah
Bukan niatku mencari cinta dunia
Namun ia hadir tanpa di minta
Ku tahu Kau punya segala
Menentukan takdir seorang hamba

Ku inginkan Nur menemani
Tatkala malam melukis sunyi
Fikiran ku buntu memahami
Adakah dirinya peneman hatiku

Tiada petunjuk
Sehebat petunjuk Mu
Ku selami ayat cinta Mu
Untuk merawat hati yang pilu ini

Sedalam lautan ku percaya
Akan takdir mencoret kata
Sujud terakhir menjawab tanya
Tulang rusuk ku bukan dari si dia

Ku tempuhi serimbun ujian
Ku selit sejuta kepasrahan
Andai ini noktah sebuah perasaan..


Wednesday, December 19, 2012

Perasaan Rindu anugerah dari ALLAH



Jarak itu tiada makna.. 
selagi kita msih mendoakan..
Tipulah kalau saya tak rindu juga...
walau seteruk mana hubngan kita..
mesej hati sentiasa dikirim...
harap sampai...
in shaa Allah tak pernah lupa..
Maaf untuk segalanya..
Moga Allah menjaga anda juga..




perasaan Rindu anugerah dari ALLAH, 
walau di mana pun seseorang itu berada kalau sudah rindu kita tidak boleh mengelak, 
kenapa ya..?? 
sebab Rindu itu adalah anugerah, 
jangan terlalu ego untuk menyatakan rindu..



Tuesday, December 4, 2012

R.A.H.S.I.A





kamu tahu kenapa rahsia itu penting??

kita menyembunyikan rahsia dari semua orang kerana kita fikir semua orang akan berubah apabila orang tahu tentang rahsia itu.. 
tapi kalau kamu sudah berjumpa seseorang dan tempat di mana yang kamu boleh ceritakan segalanya..
 kamu akan rasa seluruh beban yang ada di tubuh kamu akan ringan..


itulah yang saya alami sekarang, banyak rahsia kawan-kawan ada dalam otak saya ni.. tiba-tiba rasa berat sangat otak nak simpan semua itu, tapi di sebabkan menjaga AMANAH.. ya amanah mesti dijaga..apa boleh buat..

yang beza- Nya saya dan teman-teman,
 diaorang ada tempat untuk meluahkan perasaan yang diaorang tanggung pada saya.. Tapi kalau SAYA?? tak ada tempat untuk meluahkan.. 
sebab itu sekarang saya rasa berat nya bila seseorang itu memegang AMANAH kan??






Sunday, December 2, 2012

wahai kaum adam..!! luahkan perasaan cinta anda pada wali wanita tersebut..





cinta bukan mengajarkan kita menjadi lemah.. 
tapi membangkitkan kekuatan.. 
cinta tidak mengajar kita menghinakan diri .. 
tapi mengajar menghembus kegagahan.. 
cinta bukan melemahkan semangat tapi membangkitkan semangat...

kata punjangga cinta letaknya di hati .. 
meski pun tersembunyi namun getaran jelas sekali dapat di rasa..

wahai kaum adam..!! luahkan perasaan cinta anda pada wali wanita tersebut.. kalau benar-benar anda mencintai wanita tersebut..


saya masih ada wali.. sila luahkan perasaan cinta anda terlebih dahulu pada wali saya..




menggunakan perantaraan wali adalah cara lebih paling terhormat yang digunakan oleh muslimah..
dengan perantaraan wali si perempuan tersebut insyallah lebih terjaga dari fitnah harga diri juga akan terjaga...

saya ingin suami saya lebih mencintai isi hati saya dan iman dibandingkan mencintai fizik saya sahaja.. fizik akan semakin buruk dan lemah kerana kita tua..
tapi keimanan akan semakin bersinar saat kita tua.. jika kita sering menajamkannya... insya- ALLAH..







Wednesday, November 28, 2012

aku hanya ingin Cinta yang Halal, di mata Dunia juga Akhirat..



gambar hiasan dari filem..
 KETIKA CINTA BERTASBIH


Ramai pasangan berpisah kerana tidak cinta..
Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta...
Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah,
maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya...

Ia akan layu, kesepian dan keseorangan...
Pada cinta yang ilusi begini..pertemuan adalah perpisahan.
Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisah pun masih bertemu..♥



KETIKA CINTA BERTASBIH


”Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.” 


andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu..

KETIKA CINTA BERTASBIH


Adam,jangan di sentuh kulit Hawa yang belum halal bagimu,
sentuhla hatinya dengan Doa, 
yakinlah..mencintai dalam diam itu juga Doa...



Cintaku kepada ALLAH kerana aku ciptaanNya... 
Cintaku terhadap seseorang itu adalah perasaan yang diciptakanNya..


KETIKA CINTA BERTASBIH


“Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu.”

(Hadith Riwayat Tirmidzi)








PERCAYA dan YAKIN kepada Allah SWT..



HiDuP iNi HanYa SeMenNtaRa...
MungKin EsOk MungkIn LuSa KiTa Akan Mati...
BuanGkAnLah RaSa MaRah DaN DendaM pAda Orang Di SekeLiLing Kita...
MaAfkanLAh MereKa KiRanya MereKa BerSaLaH...
mUnGkIn iTuLaH kaLi tErAkhir kItA aKaN bErTemU DengaNnYa...

Hidup ini adalah perjalanan.
Dan perjalanan ini tunjangnya adalah PERCAYA dan YAKIN.
PERCAYA dan YAKIN kepada Allah SWT.

Dan dua perkara yang mampu menjadi pengiring terbaik sepanjang perjalanan ini adalah - 
TAUBAT dan DOA.

Walaupun jatuh berulang kali, bertaubatlah setiap kali kejatuhan.
Walaupun di kala senang, berdoalah tanpa rasa bosan.


Itu adalah bukti PERCAYA dan YAKIN dengan NYA... in sya Allah...




peringatan untuk diri sendiri juga..







~Rinduku terhenti~



Ya ALLAH,Bila ada sahabat kami, 
yang bersedih berikanlah kebahagiaan untuknya..

Ya ALLAH,Bila ada sahabat kami, 
ada yang terluka jadikanlah lukanya awal, dia jadi bijaksana..

Ya ALLAH,bila ada sahabat kami yang
sedang jatuh cinta…jagalah hatinya sesuai kehendakMU

Ya ALLAH,Lindungilah kami dari jalan yang.. tidak ENGKAU redhai…

AMIN…


rinduku terhenti..sejak kau pergi menjauhi diri ini.


bila mana saya masih mampu menjaga hatimu, pasti akan ku jaga sebaik mungkin... 
namun, andai suatu saat nanti saya sudah tidak berdaya menjaga hatimu, 
ku cuma berharap ikhlaskanlah di hatimu memaafkan kesilapan yang pernah saya lakukan kerana saya juga hanya manusia biasa seperti kamu..



Ubat HATI


tak semua hal yang indah kita boleh lihat dengan mata...
Namun pada saat tertentu, hal yang indah itu hanya di rasakan oleh HATI...




Ubat Hati ada 5 Perkara:

- Baca Alquran dan maknanya
- Solat Malam Dirikanlah juga
- Sentiasa bergaul Dengan Orang yang Soleh
- Perbanyakkanlah Berpuasa
- Zikir malam Perpanjangkanlah



Salah satunya siapa mampu buat, Moga Allah Taala memberkati..

Sesungguhnya (diantara tanda-tanda) orang-orang mukmin itu, apabila disebut nama Allah (kepada mereka) maka bergementarlah hati-hati mereka...



Tuesday, November 13, 2012

Fitrah manusia memang sukar untuk memaafkan



orang yang cemerlang sentiasa memperbaiki diri kita sendiri



kalaulah Allah memberi nikmat punya  banyak pada kita,dan dia sendiri boleh mengampunkan dosa kita yang bertimbun... 
mengapa kita tak boleh nak memaafkan satu kesalahan orang lain pada diri kita??? 
yang kata kanlah memang dia banyak  berbuat baik pada kita.. 
dengan satu kesalahan dia pada kita, terus kita takboleh memaafkan dia???
sebenar-benarnya bila di istilahkan Parut Berdarah kembali..
ini adalah perkara yang biasa berlaku pada diri kita sebagai manusia yang lemah..




sebenar-benarnya Allah s.w.t punya rahmat pada kita, 
Allah s.w.t memberi hikmah pada kita, 
Allah s.w.t mencipta diri kita mempunyai akal fikiran yang kadang-kadang kita boleh ingat dan kadang-kadang kita boleh lupa.. 
bukan sesenang komputer kita nak save atau nak delete..
bukan sesenang itu pada manusia..


bila kita teringat semula kisah yang duka dan kita ampunkan dan memaafkan semula orang yang telah melukai hati kita itu.. kita pula diampunkan Allah s.w.t sebenarnya, 
walaupun kes yang sama.. 

sekarang ini kita tengah geram,dan kita memaafkan dia semula.. selepas 2 3 bulan kita ingat semula dan timbul perasaan geram dalam diri kita tanpa kita sedari... then

 kita memaafkan dia semula dan Allah s.w.t ampunkan dosa kita yang lain pula.. begitulah seterus nya..walaupun dengan  satu kesalahan orang itu pada kita.... 
bertapa Allah rahmat pada kita..





bukan kerja kita untuk hukum orang..tapi kerja kita untuk memperbaiki diri kita dan orang-orang yang berada di sekeliling kita... 
kita punya circle of influence
yang ada sekitar kita ini orang-orang yang kita kena perbaiki...
jadi kalau kita memaafkan dia.. 
insyallah kita yang tenang,
 kita yang mengikuti Sunnah Nabi s.a.w,
 dan kita yang untung..



peringatan untuk diri sendiri juga...


berkaitan urusan hidup,saya masih lagi belajar,
banyak lagi pengalaman hidup yang sebenar-benarnya..

 pegalaman hidup sangat berharga untuk mengajar diri kita supaya memaafkan orang dan supaya menyelesaikan masalah.. 
cuma apa yang saya boleh kongsi mutiara yang tentu sekali apa yang kita pegang sekarang yang tidak akan sesat  iaitu daripada Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. serta apa yang di tunjuk kan oleh para sahabat dan para ulamak yang mulia.... 


marilah sama-sama kita menjadi orang yang memaafkan mudah-mudahan Allah mengampunkan kita dan memaafkan kita, atas segala-segala dosa kita..... 
bila kita ke mana-mana, ingat kita kena sentiasa menjadi orang yang pemaaf...




bila kita memaafkan orang, 
yang datang adalah ketenangan dalam jiwa kita 
yang inilah ubat.. yang kita taknak ambil sebenarnya...
macam ubat yang lain.. 
ubat kadang-kadang pahit bila di telan tetapi ada kesan yang sangat baik... 
sama juga dengan memaafkan orang..
 mugkin pahit pada mula-mulaNya 
tetapi kesan pada diri kita sangat-sangat indah..






bila ALLAh sayang kita dan hanya ALLAH di hati kita,setiap kesaLahan yang kita buat terus DIA bagi kita pengajaran, taknak kita uLang balik kesalahan itu..
hebatnya cinta ALLAH..




Thursday, November 8, 2012

it's all about PENDEK ku.. (Nurul Wahidah Nasir)



here's for you, mokcik wawa.. hewhew.. 
serius saya BOSAN + TAK ADA KERJA... so saya buat la post tentang mokcik ni.. 
bukan slalooo pon.. heee~ so, i took this chance to make a post about you dear.. krik krik.. 


how i'm going to start the story ya?? 
hem, nama mokcik wawa adalah Nurul Wahidah, mokcik ni seorang yang PENDEK.. HAHA.
saya slaloo sakat dia.. budax classmate dia cakap dia garang.. TAPI bila dia dengan saya, 
saya tak pernah tengok dia garang.. HAHA.. kadang-kadang teringin juga nak tengok dia garang macam mana.. tapi peluang itu sudah terlepas... tapi still ingat kata-kata nya pada malam itu 
"aku tak pernah garang dengan hang pun kan??" hehe... chumel aja rasa time tu..




bagi saya pendek ni dia seorang yang ambil berat terhadap kawan-kawan nya.. 
walaupun PENDEK tapi tetap chumel.. heee
KENAPA saya boleh cakap macam tu??


ini kerana, ada 1 malam tu tiba-tiba ajew.. penyakit yang saya alami menyerang kembali pada tubuh badan saya, dan nak jadikan cerita pada malam itu saya berada di bilik wawa.. blablablablabla.. 
pendek kan cerita.. bukan pendek kan wawa ya.. HAHA... 


sampai 1 masa saya rasa badan saya letih sangat dan wawa datang untuk mengajak saya rehat (tidur).. mokcik ni bajet macam nak angkat tubuh badan saya ajew time tu.. macam la mokcik tu besar sangat nak angkat badan saya ini... HAHA... last-last tarik taggan dan pimpin badan saya ajew ke bilik dia.... 
selepas ke bilik wawa ternyata saya tak boleh tidur.. then wawa bising mintak saya tidur juga.. kata nya    
" tidur la, kalau sakit jap lagi macam mana, asyik nak muntah-muntah jew??" (ala-ala macam tu la, saya pon sudah lupa macam mana dialognya..) HEHE..




yang paling saya suka, bila characteristic dia memujuk saya, kalau-kalau saya merajuk dengan dia la.. HAHA.. kadang-kadang saya pula yang lebih-lebih.. ya la saya nak tengok apa lagi yang dia akan buat dan tunjuk pada saya kalau saya merajuk dengan dia....hehe 
semua characteristic yang dia tunjuk time nak pujuk saya,serius macam chumel ajew bagi saya.. KAH KAH..




serius saya cakap, (adoii bapa kali serius la??? hehe.. ok kita teruskan...)

 saya tak sangka akan berjumpa dengan orang yang macam wawa ni,  yala kitaorang berkenalan pun dengan sekali teguran macam itu ajew.. tak sangka kan??? dengan sekali teguran itu akan membawa hubungan persahabatan kita lebih akrab..HEHE... 
(entah betul entah tidak cara pertemuan kitaorang ni..tapi itulah yang saya ingat pon.. hewhew)

yang saya ingat lagi, dia ada mintak no phone saya dari kak fizah.. mintak 1 nomber sudah la.. ini 2 2 sekali dia mintak...ishh tamak btoiii... HAHA.. 
konon la wawa nak kena kan saya.. silap orang la nak kacau saya cik wawa oiiii..hehehe.. memang tak la saya nak layan, kalau setakat SMS "HAI NAK BERKENALAN BOLEH?? HEHE..." then bila dia dah penat menanti SMS yang tak di balas, akhirnya dia bagi tahu juga siapakah dia?? hehehe..lawak-lawak..



kami mempunyai banyak PERBEZAAN
kenapa saya cakap macam tu??



yala, kitaorang ni dah memang berbeza kos..wawa kos sains, kalau dari segi fizikal pon dah menunjukkan kitaorang berbeza.. saya tinggi wawa pendek.. HAHAHA... 
nampak x?? bertapa beza nya KAMI..
yang lebih lagi wawa ni seorang yang GENIUS ok.. 
besok nak exam, malam ni sempat lagi ajak saya lepak-lepak.. HAHAHA.. 

kalau saya jadi dia.. memang besok pergi exam.. conteng muka lctrer la atas paper tu, dengan harapan lctrer bangga dengan lukisan muka dia yang saya lakar then luluskan subjek dia.. HEHEHE..


tapi bagi wawa tak, dia setiap sem dekan.. entah apa dia jampi dekat atas paper dia tak tahu la... 
kadang-kadang jelezz juga, walaupun selaloo berjimba-jimba... result still gempak mokcik ni...
between congratulations for ANC sayang..

dan saya masih ingat lagi peristiwa dia mengajar saya subjek kimia, time tu saya sambut birthday untu kali ke 20.. HEHE.. 
besok nak exam kimia, malam tu baru bertungkus lumus mencari tenaga pengajar.. entah macam mana saya pilih budak dekan DIS ni pon tak tahu.. hewhew.. alhamdulillah berkat dari ilmu dia pada malam tu.. saya dapat A+ untuk subjek kimia.. 

walaupon saya elergic sangat-sangat dengan kimia.. huhu... serius tak faham dengan subjek kimia tu... fizik boleh tahan lagi.. kimia ajew, dari awal sem sampai nak final exam saya tak tahu apa-apa... HAHA


slaloo wish GOODLUCK untuk wawa tapi ada keistimewaan dengan GOODLUCK pada diri wawa, 
nak tahu apa?? jom baca lagi..

selalu pesan pada diri sendiri..

"wawa dia usaha cuma 1% LUCK 99% tapi bagi saya..  usaha 99%  LUCK 1% ja.." HEHE.. 
you can see different parts about me and her..
walaupun kami BERBEZA, tapi kami saling melengkapi untuk hubungan persahabatan kali ini.. 


ouh!! 1lagi nak bagi tahu..jangan terpanjat ya kalau wawa terbaca entry kali ini.. HEHE
hem, saya suka lihat dia pakai baju warna "BIRU" HAHA... 
seperti warna t-shirt jersi batch diaorang... saya sendiri pun tak tahu kenapa?? 
bila saya tengok mokcik wawa pakai baju warna biru macam nampak chumel jew.. KAH KAH..
mungkin dari pandangan mata saya la... hehe...

tadaaa!!~ pic wawa pakai baju warna BIRU yang sempat saya curi.. KAH KAH.. 
tapi ini bukan t-shirt jersi batch diaorang la.. hehehe..


ok timah, i terpaksa crop pic you dengan wawa.. 
(gara2 nak bawa masuk juga la pic wawa pkai jersi batch kauorang.. HEEE ) 
i'm sorry ok,entry kali ini.. it's all about PENDEK ku.. it's not about Tun Timah ku..HAHA..


ok la,setakat ini aja la saya story about mokcik wawa ni.. banyak lagi yang nak di story tapi my mum panggil angkat kain di jemuran la pula.. kata nya hari nak hujan.. ok bebeh take care ~



with LOVE : Syafiqah AsLah



Monday, November 5, 2012

~setulus ikhlas dari HATI saya buat anda~





kisah silam telah banyak mengajar saya erti keinsafan pada hari ini.. saya bertuah dapat mengenali seorang teman yang sanggup membawa saya ke pangkal jalan sebelum saya hanyut terlalu lama.. 
bertapa Sukar nya, Benci nya saya dengan kisah silam saya dahulu.. tapi apa kan daya, saya hanya manusia yang lemah terpaksa redha semua itu, ia adalah hakikat kehidupan yang sudah tertulis untuk saya pada masa dahulu.. 


sejujur nya saya sentiasa di himpit kesalahan lampau, tapi apa kan daya saya adalah di antara orang yang SUKAR MENGAKU KESALAHAN... yang hanya mampu saya buat untuk tebus kesalahan masa lalu.. saya hanya mampu menghkum diri saya secara diam-diam... tanpa pengetahuan sesiapa pun... 


bertapa seksa nya diri saya apabila terpaksa menghukum diri saya tanpa pengetahuan orang tersebut... hati sangat terluka kerana saya begitu sayang anda terlalu banyak... tapi saya redha melepaskan anda.. saya anggap ini adalah balasan untuk dosa saya yang dahulu.. dan mungkin penderitaan sakit saya hari ini adalah dosa yang perlu saya tebus di masa lampau... sejujurnya saya redha jika sakit yang saya tanggung ini dapat menebus kesalahan lampau saya terhadap anda...



maafkan saya jika keputusan melepaskan mu pergi membuatkan anda terluka.. saya jua begitu, TETAPI saya mengambil keputusan sedemikian kerana saya tidak kuat menanggung perasaan bersalah setiap kali saya memandang anda... sejujurnya waktu ketika dahulu saya cuba untuk memberitahu anda,tapi setiap kali saya cuba untuk berterus terang.. saya rasa takut kehilangan anda, perasaan tidak KUAT yang ada pada diri saya ini begitu lemah.. 



sekarang saya terpaksa kuatkan diri untuk lepas kan anda..walaupun PERIT hati ini.. saya buat semua ini untuk kebaikkan diri anda jua.. semoga anda berjumpa dengan orang yang lebih ikhlas dari saya...



Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, 
manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan..



 saya memohon MAAF kepada anda setulus ikhlas dari HATI saya!!!ampunkan dosa saya sesama umat ISLAM..



setiap manusia pernah melakukan kesalahan.. mohon maaf Atas segala kesalahan yang dilakukan..
may tomorrow be a better day for me....


                                  
seperti mana semua umat islam di muka bumi ini mengimpikan syurga Firdaus.. begitu juga lah dengan diri saya ini.. jika kerana dosa ini membuatkan saya di halang untuk ke sana, saya merayu ampunkan dosa saya..





Sunday, November 4, 2012

Selamat Ulang Tahun ke-24 Abdul Muhaimin


today i am celebrating the Birthday of a person who has not only touched my life 


but the lives of many others with warm actions n a good heart.. 




Dear pokcik, i wish u the best of life n times..  Happy Birthday pokcik mumu.. wink wink ♥ ♥



hanging out with friends and celebrating mumu birthday..


msg dari pokcik mumu : 

"Thank you sooo muchh for all the lovely birthday wishes :D really made my day virtually!!"
you always pick the perfect gift! thanks a lot for the wonderful items in the box...it is not only a perfect present,but also it will certainly be of great help for my studies and spiritual relaxation. :) thank you so much..


                                                                  
(Cinta itu harus dikawal bukan dihalang kerana cinta itu adalah fitrah manusia )



                                                                                   P/S
                                                               take care mumu, i will miss u.. huhu
                                                               with LOVE : syafiqah aslah..