Friday, August 23, 2019

Cara-Cara Memohon Visa USA

Alhamdulillah Visa aku untuk ke US sudah di luluskan, dan di sini aku nak kongsi cara-cara nak memohon Visa US secara online. Untuk warganegara Malaysia, kita memerlukan Visa untuk masuk ke Negara US. StepNya tidaklah susah cuma agak rumit, detail yang diperlukan tersangatlah banyak. Bagi yang ingin apply Visa US Tourist / Visit Family / Business bolehla ikut step ni ya. Satu orang satu borang ya, jika anda pergi 6 orang, So anda kena isi borang online 6 kali la ya, kalau p rombongan cik kiah 300 orang ke?? faham - faham la ye, idok la dapat den nolongNya. HeHeHe


Mengisi borang ini agak leceh, banyak benda perlu isi termasuk latar belakang Pekerjaan, Alamat, Gaji dan pelbagai lagi. Jadi, nasihat aku korang jawablah dengan jujur dan tepat, sebaiknya anda sendiri yang isi bukan orang lain.



Syafiqah Aslah Sohaimi, USA Visa



Hasil yang lumayan orang kata, setelah melalui perit dan jerih-Nya dalam menyediakan dokumen bagai, NOW..!! Taraaaaaaa!! 10 tahun Visa aku dapat, then boleh masuk US duduk 6 bulan dekat sana lagi tu.. HAHAHAHA





A. Mengisi borang online (DS-160 Form) klik link di bawah :

Sila klik link di bawah dahulu ya.


    https://ceac.state.gov/GenNIV/Default.aspx


STEP 1 - Select One - MALAYSIA

STEP 2 - Kemudian Enter the code as shown la ya (huruf or number apa yang korang nampak tu)

STEP 3 - Then Upload a digital photo






STEP 4 - Upload pic korang

STEP 5 - Then jangan lupa klik butang Upload selected photo




STEP 6 - lepas upload mesin akan baca la gambar kita pass quality standards yang diorang nak ke tidak, kalau x?? korang faham-faham la sendiri maybe kena snap semula la gambar korang tu.

STEP 7 - Continue Using This Photo




Selepas klik "Continue Using This Photo" anda akan di bawa ke laman utama semula.

STEP 8 - sekali lagi korang kena Enter the code as shown

STEP 9 - Then Klik start an Application.




STEP 10 - seterusNya anda akan diberikan ID. Salin Application ID, takut lupa atau zaman sekarang snap je gambar masuk dlm phone.

STEP 11 - lengkapkan soalan sekuriti dibawah, gunakan soalan yang mudah dan anda sendiri tahu jawapan. selepas dah masukkan tu korang boleh la Klik "Continue"



Selepas ikut step-step di atas, Now anda boleh mulakan dengan mengisi borang selengkapnya DS-160 form. Pastikan maklumat yang anda isi adalah benar ya, Jangan Tipu


Contoh DS-160 form.

Isi borang kan?? macam biasa la isi nama and detail bagai, cuma dekat sini aku nampak masalah isi form DS-160 sikit-sikit la cuma ada part yang mungkin kita kurang faham, so dekat sini aku senarai kan apa yang aku nampak sedikit permasalahan bila kita isi borang secara online ni. 


Sebelum aku proceed ke arah permasalahan tu, aku nak bagi tahu korang dulu, Selepas korang dah isi detail tu make sure korang SAVE la ya.

Step 1


Step 2


Step 3

Sampai step 3 hah, korang continue la semula untuk proceed ke detail seterusNya.




OK, now permasalahan yang aku jumpa bila isi form DS-160 ni, antaraNya adalah :


1) Surnames : SOHAIMI
2) Given Names : SYAFIQAH ASLAH BINTI


3) Full Name in Native Alphabet : Just klik "Does Not Apply/Technology Not Available"
4) Bagi sapa yang ada alias, make sure letak la, bagi aku typical melayu Era Teknologi ni mana la nak ada nama @ @ ni.. HeHe (Nama orang dulu mungkin ada la)


5) National Identification Number : Just letak No.IC Malaysia kita je.



6) Passport / Travel Document Type : Regular (siapa pemegang passport Diplomatic boh la diplomat noh...)
7) Bagi rakyat Malaysia, Passport Book Number : Just klik "Does Not Apply (cause we don’t have one) so just put 'Does Not Apply' in the box and you are good to go.



8) Purpose of Trip to the U.S. : Temp.Business Pleasure Visitor (B)
9) Specify : Business & Tourism (Temporary Visitor) (B1/B2)


10) Primary Occuption : (yang ni korang pilih la, korang kerja or x or masih belajar ke??)


11) Monthly Income in Local Currency : boh la berapa gaji korang, jangan tipu ya takut time interview dia mintak nak tengok slip gaji tak pasal kantoi kang. HaHaHa
12) Briefly describe your duties : korang tulis la apa yang korang buat kat office tu berdasarkan jawatan korang, (Yang ni serius aku copy paste dekat Appraisal aku, nak nak awal tahun hari tu kena buat Appraisal so aku copy paste ja letak sini. HaHaHa)


13) Jawab soalan Security and Background, sekali di ingatkan jawab hati-hati jangan tipu. Soalan ini ada Part 1 - Part 5.




14) Did anyone assist you filling out this application : Kalau ada orang tolong korang letak ja ada tapi macam leceh, nanti dia mintak masukkan nama orang yang tolonglah then address bagai, apa hubungan korang dengan dia pulak. So nak mudah just klik "No" je


Sebelum korang Submit, make sure korang review semula satu persatu, mana tahu ada typo ke tersilap masuk detail ke, so semak semula ya sebelum klik butang Confirmation. Jika anda salah isi, anda perlu mengisi semula dan ia agak remeh untuk di isi semula setelah korang hantar.


Setelah selesai dan yakin dengan semua maklumat yang anda isi. Barulah boleh submit melalui online. Setelah itu, barulah anda boleh memulakan proses Pembayaran dan Temuduga.



Tadaaaa~ ini contoh form confirmation la.





PERSOALAN :


Ok, ramai orang DM aku tanya kalau pergi visit family macam aku, boleh la letak alamat family dekat sana, bagi yang pergi untuk melancong macam mana pulak?? Jangan risau korang masukkan je maklumat Hotel bagai tu, letak ja no.tel Hotel dekat sana sebagai rujukan.

Bagi yang Tanya aku perlu Book Tiket Flight tak??? TIDAK PERLU membeli tiket penerbangan lagi ya, aku apply hari tu tak book lagi tiket flight bagai tu. So enjoy ja isi form tu. HaHaHa tapi dia akan tanya korang la bila date jangka sampai US? letak ja date korang plan tu.





B. Pembayaran


Setelah anda menghantar DS-160 Form, maka bermulalah urusan pembayaran. Harga untuk visa B1/B2 ialah $160. Tapi anda perlu membayar dalam RM.


Sebelum ke Bank, anda perlu print borang di sini, klik link di bawah untuk print out dan di bawa ke bank bersama-sama.

http://www.ustraveldocs.com/my/my-niv-paymentinfo.asp


Sila klik di bahagian AmBank Deposit Slip - $160 MRV Fee, print 2 keping dan bawa ke bank.



Hari tu aku memilih untuk membuat pembayaran di AmBank memandangkan Menara AmBank sebelah office aku je, so selepas print out borang tu, aku pergilah berjalan kaki ke AmBank untuk membuat pembayaran yang mahal tu. HaHaHa


Print Slip bayaran ni 2 keping ya. satu untuk kita, satu lagi untuk pihak AmBank. Bayaran ni bergantung kepada tukaran Ringgit semasa ya. Time aku apply asal la harga Yahudi sangat??




Oh ya, Perlu di ingat 1 DS-160 Form, 2 slip pembayaran ya. satu lagi copy untuk AmBank and satu lagi untuk kita. So kalau ada 2 DS-160 Form korang print la slip bayaran ni 4 slip ya.


Tak payah la bawa DS-160 Form tu pergi bank, just nak bagi korang nampak berapa nak print slip tu kalau untuk sorang permohon. HeHeHe





Sampai sahaja di bank, bagitahu je pegawai yang bertugas, bahawa anda ingin membuat pembayaran US Visa. Just dekat slip yang korang print tadi masukkan je No. Telefon anda. Sila simpan resit pembayaran dan slip itu bersama-sama untuk proses temuduga pula.





C. Menempah Tarikh Temuduga



Selepas 5 jam pembayaran, wehh serius aku kira kot time ni lepas balik dari bank. HaHaHa sebab nak sign in untuk Schedule Interview for US Visa secepat mungkin.

siapa yang belum sign up korang boleh la sign up dulu, sila klik link di bawah untuk sign up bagi membuat Schedule Interview for US Visa.


https://cgifederal.secure.force.com/SiteRegister?country=Malaysia&language=en_US





US memerlukan anda hadir ke kedutaan bagi tujuan temuduga. Tapi sebelum temuduga anda perlu membuat Schedule Interview terlebih dahulu. Tempahan date and time anda perlu membuat secara online.

Sila simpan password, bermula di saat dan ketika ini selepas korang dah interview, korang boleh menyemak status US Visa anda di laman web ini sahaja, tak perlu la call duk cakap dengan Operator tu lama bebenor, at the end dia suruh semak dekat website juga. hampehhhh.


\



STEP 1 : Klik "New Application"
STEP 2 : Klik "No Immigrant Visa"
STEP 3 : Klik "Business/Tourism"
STEP 4 : Klik "B1/B2 - Visitor For Business And Pleasure"
STEP 5 : Masukkan detail korang



STEP 6 : Masukkan berapa orang nak Interview, kalau pergi satu family join je semua, tak payah interview sorang-sorang membazir masa je. HeHeHe. Kalau sorang korang klik ja "Continue"


STEP 7 : I have a previous B1/B2 visa that I wish to renew?? (kalau korang dah pernah apply dulu Klik ja "Yes" tapi kalau tak pernah apply klik ja "NO"

STEP 8 :  Jenis penghantaran visa, terpulang kepada korang nak pilih yang mana? macam aku hari tu aku pergi Pickup sendiri sebab nak cepat kan. HeHeHe.


STEP 9 : anda sudah membuat pembayaran? kemudian masukkan je Receipt Number tu kemudian klik "Continue"



STEP 10 : Boleh la pilih Date and Time untuk korang di temuduga.







D. Temuduga




Pas Pelawat US Embassy, Malaysian




Hari temuduga hari yang paling aku tak suka, nama pun interview darah gemuruh aku mesti datang, sebab orang nak tanya aku kan?? kalau aku tanya orang tak pe.. HaHaHa

Aku punya slot 8.15 a.m, tapi aku datang awal bagi mengelakkan traffic jem faham-faham la kedutaan US ni dekat Jalan Tun Razak, yang mana jalan ni terkenal dengan jem la. so bagi yang tinggal jauh dari kl datang la awal, aku yang duduk dekat UTC Keramat pun datang awal. HeHeHe sebaik-baik nya datang 30 minit lebih awal.


Sebelum hadir temuduga, aku sediakan beberapa dokumen yang Wajib dan dokumen Sokongan, ini adalah antara dokumen yang aku bawa :


Dokumen Wajib 
1. Passport Terkini
2. IC (Kad Pengenalan)
3. DS-160 Confirmation page
4. Visa Fee Payment receipt
5. Interview Appointment Confirmation
6. Gambar passport 1 keping


Dokumen Sokongan
1. Letter Invitation from Family in New York
2. Itinerary
3. Surat Beranak (Original & Copy)
4. Bank Statments (min 10k dalam bank, lebih lagi bagus)
5. Salinan Passport terdahulu & terkini
6. Slip Gaji 6 bulan terkini
7. Surat pengesahan Jawatan daripada majikan (yang ni sokongan untuk menyatakan kita pergi sana nak melancong, bukan nak pergi kerja sebab kita dah ada kerja dekat Malaysia kan..)



Kalau korang tanya aku, banyak tak dokumen berkaitan yang aku sediakan sebelum temuduga? aku cakap YA!! sebab aku tak nak bila diaorang soal aku, ini tak ada, itu lah tak ada, so sediakan payung sebelum hujan, tapi pada hakikatnya masa aku interview hari tu apa-apa dokumen yang aku bawa tu diaorang tak tengok pun.. HuHuHu






Prosedur nak masuk ke Kedutaan Amerika Syarikat agak strict wehhh. Pakaian haruslah kemas dan sopan. Paling selamat pakailah pakaian formal. So tak payah nak pening kepala nak fikir masalah pakaian semasa berada di sana, pakaian ni lepas tak?? ini boleh tak?? ooiii pening kepala jangan lupa kat dalam tu kita nak kena interview lagi, so jangan beratkan kepala yang duk ada tu. HaHaHa ohhh ya, Selipar tidak dibenarkan taw.


Sebelum nak masuk ke Kedutaan, ada Polis yang jaga Embassy. Polis tu akan benarkan korang masuk mengikut masa temujanji sahaja. Kalau pukul 9 a.m interview tapi pukul 8 korang dh terpacak dekat situ, polis tu akan halau korang suruh pergi breakfast dulu ke. HaHaHa sebab time aku tu, ada sorang uncle cina datang awal, padahal slot dia lambat lagi.

Masa sampai korang akan di tanya Interview pukul berapa?? kalau time aku tu awal pagi dia suruh aku pergi beratur dekat line yang memang orang sudah beratur tu. Ingat korang beratur di luar pintu masuk Embassy so faham-faham la kalau pagi tu sejuk la sikit, kalau tengah hari tak dapat den nak nolongNya.. HaHaHa


macam ni la beraturNya sebelum nak masuk dalam.


Semasa beratur  tunjukkan Passport korang, Jangan lupa buang Cover Passport tu sebab dorang akan lekat kan satu stiker like tracking number dekat belakang passport kita nanti. (Kes ni aku kena marah dengan India yang jaga tu sebab tak buka cover passport, so keja dia jadi lambat.. HaHaHa selepas dia duk cari stiker like tracking number atas nama aku tak jumpa aku tolong dia cari, dan dan sejuk balik hati dia sebab aku tolong dia. "Thanks" katanya sambil muka merah padam sebab malu balik. HeHeHe aku tak salah kan dia, salah aku juga, time dia bagi arahan aku masih di belakang mana la nak dengar dengan kereta dekat tepi jalan bising tu. HaHaHaHa )


Selepas tunjuk passport ada sorang polis yang akan check la kalau kita ada handphone dia mintak kita letak dalam satu bakul untuk di simpan sekejap lagi. Sebelum nak ambil Pas Pelawat sila la  tunjukkan IC / Lesen untuk tinggal di sana sebentar. Selepas ambil Pas Pelawat beratur lagi untuk kita lalu di mesin pengimbas dan saat ini kita terputus hubungan sebentar dengan phone bagai, So jangan harap la nak boleh selfie dalam kedutaan ke apa ke?? HaHaHa


Bangunan utama, USA Embassy in Malaysian


SeterusNya masuk ke bangunan utama, Kita kena lalu mesin pengimbas sekali lagi. Dekat sini pun ada polis yang akan check barang kita lagi, mana tahu dekat mesin pengimbas yang mula-mula tadi kita terlepas so dia memang akan double check lagi di mesin pengimbas no 2.  Selesai di sini, siap sedia untuk beratur ke kaunter pertama.


Di sini, kaunter pertama anda perlu serahkan passport, dan semua jari akan discan, dekat sini juga bagi yang tidak fasih berbahasa English boleh la meminta khidmat Translator, diaorang akan bantu korang so jangan risau Pakcik-Pakcik and Makcik-Makcik, ada je yang guna translator, Masa dorang serah kan semula passport korang diaorang akan bagi satu tag berwarna biru menyatakan anda tidak fasih berbahasa English, so orang yang jaga barisan anda nanti, akan meminta anda ke kaunter yang penjaga kaunter tu akan interview anda dalam bahasa Melayu.



Selesai di kaunter pertama, kena beratur ke kaunter ke-2 pula. Di ruang sebelahnya saja. Di sini, korang akan ditemuramah oleh penjaga kaunter. Masa ni, kesemuanya warga Amerika. MatSalleh hidung mancung ja aku nampak. HaHaHa... Darah gemuruh aku secara Auto dia mai, bila dengar diorang duk tanya orang-orang sebelum aku. Macam-macam diorang tanya ok, Contoh apa tujuan ke sana?? Berapa hari?? berapa Dollar nak bawa?? etc.


Now, tibalah giliran aku kena temuduga dengan Minah salleh dari US, sampai di kaunter dia mintak passport kita, so serahkan lah passport kita tu.


Soalan yang aku kena tanya masa interview hari tu boleh tahan banyak juga la, Antaranya :


1) Tujuan ke US?

2) Apa pekerjaan aku sekarang?

3) Berapa lama kerja di tempat kerja sekarang? (ini sampai pejam mata aku nak ingat. HaHa)

4) Dulu belajar di University mana?

5) Study bidang apa dulu masa dekat University?

6) Saudara di New York kerja apa? (yg ni aku cakap Embassy of Malaysian terus x tanya banyak dah)

7) Soalan last dia "Pergi dekat Boyfriend ke?" aku terus tepis "Ehh No.." Ketawa dia.. HaHaHa



Alhamdulillah sebab tujuan aku nak pergi dekat Family, maka segala urusan aku menjadi lebih mudah. Tak sampai 5 minit pun interview tu dah selesai. Sebelum semua selesai, sekali lagi kita di minta untuk scan jari buat kali terakhir. Selepas selesai scan jari, dia berikan 1 helaian maklumat untuk tuntutan Passport kita jika US Visa berjaya. Sebenarnya dari awal lagi kita dah tick masa kita isi secara online, sama ada nak pick up atau hantar ke alamat rumah or pejabat so pilihan di tangan sendiri.


 helaian yang pihak Embassy bagi setelah Visa kita lulus.



Bagi aku hari tu, memilih untuk pick up sebab aku nak cepat bagi tujuan proceed untuk Canada Visa pula. Hari Jumaat aku interview, hari Isnin next week, dalam petang tu aku dah dapat pesanan yang menyatakan US Visa aku dah siap, boleh la pergi untuk collect. Korang juga boleh buat semakan keep on track bagi menyemak di mana status passport anda berada sekarang. Guna link di bawah untuk buat semakan tracking anda ya.


http://www.ustraveldocs.com/my_bh/my-niv-passporttrack.asp 




      


Aku mengambil masa dalam 2 minggu lebih je untuk proses mendapatkan US Visa, daripada Minggu Pertama mengisi Borang dan membuat Pembayaran, Minggu Kedua aku menghadiri Temuduga, selang 2  hari dah dapat semula Passport aku dalam keadaan selamat. Oh ya, sedikit info tentang Aramex main office dekat Petaling Jaya tu, pukul 1-2 waktu lunch break pun diaorang masih beroperasi, bagi siapa yang berkerja boleh la lari sebentar, keluar time lunch break tu untuk pergi collect Passport anda ya.




New York, Washington, Los Angeles, San Francisco.. Aku Datang..!!! InsyaAllah..




Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan mempermudahkan urusan kalian semua untuk mengembara melihat bumi Allah yang maha luas, InsyaAllah. 

Dan aku mohon selitkan doa harian kalian buat aku untuk terus bersyukur dalam memberi manfaat kepada orang ramai lagi dan lagi. InsyaAllah.




115 comments:

  1. THANKS FOR THE ONE BY ONE INFO. SERIOUSLY PENING BAHAGIAN NAMA TU SBB ADA ORG KATA BINTI TU LETAK KAT 'Full Name in Native Alphabet', NOW DAH FAHAM BETUL HOW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga urusan awak di permudahkan, InsyaAllah..

      Delete
    2. Bukan ka BIN/ BINTI tu letak kat surname? Macam diorang panggil Osama dulu, diorang panggil Bin Laden ja

      Delete
  2. Thanks sebab share cara nak apply visa. Nak tanya yg utk pembayaran tu memang takde pilihan online ye? kena ke bank juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya xpasti awak, ada terbaca dekat mana tah pembayaran on9 ada yg kena tertipu.. nak selamat pergi bank je awak.

      Delete
    2. Boleh bayar online. saya guna jomPAY. senang xyah beratur g bank.

      Delete
  3. As slm cik syafiqah.. perlu ke surat jemputan jika ada relatives tinggal di sana? Dlm kes sy ni nk melawat anak yg sedang belajar di phoenix... perlu surat dr sana juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya masa interview diaorang xtgk pun surat jemputan tu, tapi sy bawa juga as a backup je puan, incase diaorang nak reason n bukti atleast kita dh ada.. xada la gelabah time interview.. hihihi

      Delete
    2. Mekom akk Sy nk tny psl visa nie tp ada private sikit soalan dia mcmn ar Sy nk tny?

      Delete
  4. Asalamualaikum syafiqah.. Kalau sis apply guna handphone boleh ke.. Sebab sis xde laptop.. Dan gambar tu nak upload mcmana.. Adakah Lepas ambik gmbr di kedai mintak dia save dlm hp ke.. Sis nak melancong je kesana 10hari..travel agent kata kena buat sndiri visa.. Tu yg terkial2 dah le tak reti nak online ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena guna laptop puan, ia lebih mudah berbanding hp... kalau ttng gambar tu ya, kalau boleh mintak dorg burn dlm CD la..

      Delete
  5. Thanks sis for the info.. Boleh saya tau, account bank tu mmg wajib 10k ke? Kalau xda xboleh pergi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini saya xpasti, rata2 sy baca b4 apply hari tu semua present dgn bank acc min 10k as a proof yg kuat, sb kita nak bg tahu dorg kita ada duit la nak blnja di sana... us susah nak masuk, walaupun ada visa still kena bersoal jawab dgn imgrsen bila smpai nnty.. hahaha kat sna pun dorg tnya bawa cash berapa..??

      Delete
  6. hi sis.. untuk Dokumen wajib bawak tuh Dokumen Wajib, no 5 nih amik dari email je bleh ke.. ke ada surat kena download mana2. thank you.

    5. Interview Appointment Confirmation

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg itu scra auto dorg akan send email kpd kita since kita dh set untuk buat appointment

      Delete
  7. Assalam... sebelum tu saya ucapkan ribuan terima kasih sebab saya banyak berpandukan blog sis untuk buat mohon visa saya. Saya ada satu masalah, sebaik sahaja saya buat pembayaran, saya terus set appointment tp dipaparkan di screen, no valid record can be found for the entered receipt. Saya noted jugak sis tunggu selepas 5 jam. Adakah bermakna kita kena tunggu few hours baru boleh setkan appointment?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahu awak buat pembayaran mcm mna ya? peg bank ke? klo peg bank maybe pgwai bank blum keyin or tunggu keesokkan hari.. klo still xboleh peg bank semula or call embassy.

      Delete
    2. dah settle sis.... saya bayar kat ambank. Petang tu saya dah boleh set appointment. t.kasih banyak2 sis.

      Delete
    3. Alhamdulillah, semoga segala urusan berjaya.. InsyaAllah.

      Delete
  8. Salam sis....saya sorang kakitangan awam, surat pengesahan majikan contohnya kena dalam inggeris ke. Yg kedua...jika transit...boleh ke kita keluar jalan jalan sebab ada yg berjam jam, lama sangat takut bosan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try buat dalam eng, klo seboleh nya la.. tp klo xboleh ada je pgwai iv yg blh cakap melayu... klo transit still kena apply visa.. semoga di permudahkan segala urusan. InsyaAllah

      Delete
    2. Terimakasih info....baru rasa berani nak isi visa online.
      Pendapat sis, guna agen atau sendiri untuk beli tiket flight

      Delete
    3. klo tnya pndpt sy yg mmg travel scra solo, sgla urusan travel sy urus sndri xpkai agent pun.. klo guna agent lg mhal.. hihihi

      Delete
  9. Hi, sijil lahir, sijil nikah dan daftar niaga perlu translate tak?bagaimana jika saya tiada payslip kerana bekerja sendiri.sekarang dalam proses untuk memohon visa juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya xsure tapi masa sy apply saya x translate pun, plus masa IV dorg xtgk pun.. klo kerja sndri better present la bank statment and show apa yg perlu menyatakan yg anda mmpunyai wang yg bnyak yg mampu utk ke sana, like awak ada business sndri just show je kat dorg.....

      Delete
  10. Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian. Saya ada satu soalan.

    Saya nak apply visa dan saya sedang dalam proses kumpulkan dokumen yang diperlukan. Soalan saya, kalau surat pengesahan majikan bertarikh beberapa bulan sebelum apply visa, masih lakukah surat tersebut? Sbb saya dah dapatkan surat pengesahan majikan pada bulan Oktober 2019 dan merancang untuk settle borang & interview visa within this year (2020).

    ReplyDelete
    Replies
    1. better mintak pihak majikan letak date surat tu time awk nak interview itu lebih selamat. Saya pernah buat surat dari majikan lebih awal so yg ni kena bincang dgn HR la.... Saya dah tahu bila nak IV then saya mintak letak surat tu date sekian sekian hb

      Delete
  11. Assalam... visa dah tamat tempoh 2 tahun.. nak kena pergi temuduga juga ke.. mohon pencerahan.. cik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, itu saya xpasti sb sy baru pertama kali buat je.. HAHA

      Delete
  12. Salam Syafiqah. Better pergi interview naik apa ya? Kalau drive, ada parking ke area situ? Ke better naik public transport?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam w.b.t. kalau tanya sy better naik grab je mudah skit, atleast grab dia blh drop awak betul2 dekat embassy, nak drive pun boleh ada je parking tp kena jalan skit la parking tu kaw bangunan lama yg di tinggal kan... Hihihi

      Delete
  13. Salam ,selain us visa kena ada visa lain jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam w.b.t. visa lain tu mcm mna ya..?? maaf sy kurang faham...

      Delete
  14. kalau nama satu tertinggal lepas submit ds form..macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak perlu call embassy untuk pertanyaan ini.. ia akan memberi sedikit kesulitan nanti...

      Delete
  15. salam..nak tanya..bagi yang tidak berapa fasih berbahasa inggris seperti saya..translator akan bantu sampai urusan selesai atau hanya di kaunter??maaf bertanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, interview hanya di kaunter. kalau tak fasih awak akan di selected untuk ke kaunter yang mana pegawai interview tu boleh cakap melayu dan english. dont worry. tapi make sure awak maklom pada pegawai yg bertugas yang menjaga barisan semasa serah kan segala document nanti.

      Delete
  16. Assalamualaikum... Bole kah mohon visa pertama kali untuk ke US??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, sesiapa pun layak untuk apply tapi pastikan semua syarat yang di kehendaki cukup untuk memastikan anda layak mendapat visa.

      Delete
  17. salam, takde blog entry travel in San Franciso ke?
    Nak tanya, kalau ada outstation ke Mexico selama 3 bulan later, nak travel daytrip or weekend trip ke USA tapi mmmg takde plan apa2 lagi, bleh ke apply visa skrg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, entry ttng SF saya tak buat. Tapi saya ada menulis buku travelog di bumi amerika utara, Buku itu masih belum di lancarkan... InsyaAllah nanti boleh dapatkan hasil penulisan saya..... Regarding about visa, saya rasa boleh je awk apply cuma beri la alasan kukuh yang boleh meyakinkan pihak kedutaan yang anda layak untuk mendapat visa amerika.

      Delete
  18. Salam nak tanya, kalau kita pilih tranlator tu.. Yang interview orang malaysia ka mat salleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, matsalleh pun dah pandai cakap melayu sekarang.. hihihi

      Delete
  19. Salam sis.. nk tanya.. kalau kt borang DS160 tu terletak gambar background biru macam mana ya? Tp da pass da isi semua.. nk print utk bawa g interview baru terbaca kna background putih.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak?? better you call embassy.... i xsure tentang ni, tapi bagi i ok je cuma pihak embassy la kena buat keja 2x maybe nak kena tolong edit gambar u.. HAHAHAHA..

      Delete
  20. Klu kita ada visa working dri new York,kita kena beli insurans sendiri selepas isi borang medical form tu

    ReplyDelete
  21. Klu kita ada visa kerja dri new York,kita kena isi medical form & wajib beli insurans dlm $200 Kew?
    Insurans tu utk apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau u dah keja sana, no need insurans la... sepanjang i travel i memang beli travel insurans in case apa-apa berlaku like luggage pecah then boleh claim..

      Delete
  22. Hiiii really thankful for your entry.. senarnye tercarik jugak ade ke tak org buat artikel psl ni.. huhu sebaik ada.. tp ni da covid.. hua.. sy nak pegi us gak. Ade group member kt sne.. tp sy ni freelance jer.. tp xingin pon nak tggl sne ke ape.. just nk visit dan pergi disneyland. Agaknye freelancer mcm sy , dorang bg pas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, yang penting bagi bukti yang kukuh untuk menyakinkan mereka..

      Delete
  23. Hai. Nak tanya isi no resit yg dipay di AmBank itu mana satu ya? Hari Isnin I pergi bayar hari ini baru nak buat appointment tapi tak boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai I jwb sendiri ya.Selps buat pembayaran di bank dan dpt gmail dr Embessy hrs buat appointment segera kalau tak di cancel dah dan perlu hub Embessy lagi.I dpt visa 10 tahun dah. Tq y Shafiqah atas panduannya. Semoga kita semua dipermudahkan urusannya🙏🙏

      Delete
    2. maa sis, saya baru balik dari us baru-baru ni.. lama sudah tidak buka blog. Alhamdulillah!! Tahniah sis utk visa nya. Selamat bermusafir😊

      Delete
  24. Untk perg kerja kat sana mcm mana plak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sy apply visa melancong bukan visa kerja tuan.. mohon baca dengan teliti😊

      Delete
  25. Salam nak tanya. Boleh ke agen tolong uruskan bahagian isi application form tu? Atau memang kena buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pernah guna agen even travel pun, semua buat sendiri je. InsyaAllah tak susah mana pun. Just kena banyak membaca dan dapatkan info yang benar. Membaca amalan Mulia😊

      Delete
  26. Salam sis, untuk isi online tu ada requirment DS-160 number. Mana satu ye DS-160 number ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua step sudah saya terangkan di atas.. Mohon baca dengan teliti. Membaca amalan Mulia😊

      Delete
  27. Replies
    1. semoga memberi manfaat, dan mempermudahkan urusan sis.

      Delete
  28. kak, nak tanya , adakah mereka membenarkan kita bawa dompet masuk>

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua barang kena tinggal di pintu utama, kecuali dokumen-dokumen yang dikehendaki sahaja.

      Delete
  29. Hi, nak tanya kalau masa isi form tu letak alamat hotel tapi hotel tu tak booking lagi boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, masa saya apply belum book any ticket flight pun. Tapi kalau awak rasa tak yakin boleh je book hotel bagai, tapi ambil yang free cancelation la yer, incase visa xlulus boleh cancel je hotel tu.

      Delete
    2. Baiklah, lagi satu cik shafiqah saya nak tanya minggu lepas khamis saya dah bayar cash dekat ambank untuk visa, tapi masa saya nak masukan receipt tu hari isnin (no valid record). Minta pendapat cik shafiqah apa patut saya buat ya?

      Delete
    3. Sepatutnya selepas 5 jam pembayaran, awak kena sign in untuk Schedule Interview for USA Visa. Awk cuba call ambank xpon try email embassy.

      Delete
  30. Nak tanya sis, Nama saya tak letak sambung dengan binti...akan ade apape kesulitan tak
    Saya just letak nama saya, dan nama ayah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu xpasti, sebab kalau boleh kena bagi sama dengan passport.

      Delete
  31. Salam sis syafiqah,terima kasih kerana berbagi info ni.semoga murah rezeki sis.Saya nak tnya,sblm sis apply visa amerika tu,passport sis dh pernah ada cop ke dari negara lain?atau itu adalah kali pertama sis apply nk berjalan jalan?mohon pencerahan.terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, masa saya apply visa ini kebetulan passport saya expired so saya terpaksa renew passport baru la. Tapi passport sebelum ini memang ada cop negara-negara lain la....

      Delete
    2. Oh begitu...Saya bercadang nk jalan jalan sekali dgn anak anak.ada yg ckp kalau pasport kosong tk lps nk ke us..kalau utk 10k statement bank tu hanya kalau permohonan utk sorang jeke?kalau mcm saya nk pergi sekeluarga belima cth kena drab rm10k x 5 la ye?

      Delete
    3. dia apa-apa pun as long as you dapat meyakinkan dorang pun dah ok, yang selalu kena reject sebab kewangan tak cukup etc etc bila di soal itu ini dan tak ada proof yang kuat.. itu yang selalu kena reject. saya pernah visa canada kena reject di sebabkan saya tak attach proof yang kuat menyatakan saya sudah kerja, bank statment tidak di sertakan, and itinerary perjalanan saya berapa lama untuk ke sana, kos bagai.... semua itu penting untuk mereka supaya mereka tahu niat kita ke sana memang untuk melancong bukan untuk kerja...

      Delete
  32. Assalamuaikum sis.sy nk tny jika sy dijemput oleh relatives yg ditinggal disana perlu ke Kita show statement of account.Sy sy tk berkeja disini Dan kesana utk jaga my sister dalam pantang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang boleh menyakinkan pihak kedutaan itu perlu, like awak yang tak berkerja ia sangat sukar sikit untuk menyakinkan mereka. Tapi cadangan saya, awak buat personal letter dalam cerita tujuan awak nak ke sana, dalam masa yang sama awak boleh mintak kakak awak yang tinggal di sana untuk sponser awak, tapi dia perlu buat surat dan attach sekali bank statment beliau. Untuk lebih menyakinkan mereka, awak perlu rujuk entry saya tentang visa canada, di situ ada contoh lagi surat yang menjaminkan awak akan pulang ke Malaysia dan surat itu perlu di sign oleh awak, dan kakak awak. Harap jawab pertanyaan awak, semoga di permudahkan segala urusan awak. InsyaAllah.

      Delete
  33. Salam sis, thank you for the info. Sangat jelas dan mudah difahami. Just nak tanya, apa apps yang perlu saya ada ya bila travel ke US?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, soalan di luar tajuk.. hihihi, btw you boleh scroll fb I untuk dapat sedikit maklumat tentang USA.. dekat sana I ada share banyak info ttng travel.. semoga bermanfaat..

      Delete
    2. hehehe sorry2, nanti saya ke FB sis pula ye :) doakan saya dipermudahkan urusan dptkan visa.

      Delete
    3. semoga di permudahkan segala urusan sis....

      Delete
  34. Salam Sis. I tak sure sis masih active ke tak blog ni. Semalam sy applied Visa, saya follow most of your steps. Alhamdulillah, sangat membantu. Saya akan pergi ke US end of Feb 2024 atas urusan kerja (exhibition/expo). Tapi bank account saya atau salary, monthly takde la sampai RM5k. Sis rasa akan ada issue tak? Invitation letter dari US manufacturer akan saya provide. Saya musykil sikit part ni. Again, thank you atas tunjuk ajar sis dalam blog ni. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, masih active cuma tak selalu sangat tengok tapi insyaAllah akan sentiasa baca kalau ada yang komen. Berbalik kepada soalan sis, awak dah pergi interview ke belum? kalau tanya saya kalau memang u pergi urusan kerja dan ada surat attachment bagai, insyaAllah mudah tapi ada juga dengar even ada surat pun kadang2 kalau jawab tak confident visa kena reject juga. saya doa kan semoga urusan sis di permudahkan😊

      Delete
  35. Hi sis, harap sis baca comment ni, saya akan pergi interview session jumaat ni tapi saya noticed, passport number dalam appointment confirmation form tu salah (terlebih satu number) tapi dalam DS-160 tu betul. akan effect tak ya?

    ReplyDelete
  36. Salam sis, sekadar nak tanya since nama dalam visa sis letak
    First name: xxxx Binti
    Last name: Ur father's name

    Untuk beli tiket flight nanti, you ikut format macamtu juga ke? Sebab kalau MAS dan AirAsia punya guidelines kalau nak book dorang suruh letak Bin/Binti tu sekali dengan Given Name

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry I mean dia suruh letak Bin/Binti dekat Family name

      Delete
    2. wsalam, hai sis... kalau tanya saya, dari dulu hingga hari ini apa-apa dokumen berkenaan first and last name memang saya akan letak first name, nama saya bersama binti kemudian baru nama ayah saya sahaja untuk last name.

      Delete
  37. Salam sis, nak bagitahu saya refer blog sis untuk apply sendiri visa US saya. Lusa (9th Feb 2024) saya interview. Terima kasih sebab tulis blog info berguna ni. Appreciate it. Doakan visa saya lulus nanti. Amin amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semoga ia memberi manfaat kepada orang ramai semua, btw dah lulus ke visa? kalau dah lulus tahniah, selamat mengembara yer.

      Delete
    2. Alhamdullilah sis, saya lulus. Post sis banyak membantu saya! Tak payah la hired agent utk buat, buat sendiri pun boleh hee

      Delete
    3. Alhamdulillah semoga di permudahkan segala urusan kita semua yer...

      Delete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. sis, nak tanya.. i baru submit DS160 online. Lepas tu jem nak buat apa. Soalan i, nak tunggu approve Ds160 ke baru bayar fees or bayar terus je lepas ds160 submission tu? Sbb nak book appointment kena ada resit fee payment kan.

    kalau baca sis tulis, lpeas submit je terus bayar , kan? lepas tu book appointment.. betul tak sis

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum Puan. Who can help us with the malay certificates - marriage certificate etc.? Who can translate the certificates?

    ReplyDelete
  41. AsSalam Puan. saya dah ikut step by step. Terima Kasih. Sy dah buat bayaran deposit visa di Ambank jam 11 pagi, tapi selepas 5 jam apabila sy ikut step, ruang utk masukkan Receipt Number tak keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, saya kurang pasti masalah ini mungkin sistem mereka down atau cuba email dan call pihak embassy bertanya.

      Delete
  42. Salam sis, nak tanya, i dah made payment via EFT, however when i put in my receipt number, a notification pops up saying there is no valid record. did this happen to you? thank you

    also thank you for this blog! i find it very helpful and informative - hope you see this comment and able to reply soon, thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam hai sis, nice to meet you... regarding about your question maybe you can check with embassy maybe this time their system is down, i'm not sure... thanks

      Delete
  43. Salam Shafiqah.. Pertama tq for u sbb bg tip dan tunjuk ajar cara buat visa usa ni.. Sy nk apply utk 3 beranak skli ngan sy.. Utk info, fiqah gtau utk payment visa kna buat asing2 utk setiap permohonan.. Jdi di sni.. Sy agak konfius dkt ni resit pembayaran tu.. Semasa buat temu janji tu dia akan kluar no resit 3 org ke. Sbb kan fiqah gtau bole interview skli smua

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, benar semasa ingin apply puan perlu isi untuk 3 beranak dan bayaran resit juga untuk 3 orang... yang saya maksudkan interview sekali itu semasa di embassy anda boleh req untuk interview satu family jadi tidak membuang masa dan anda boleh mengurangkan line di kaunter.

      Delete
  44. Salam sis, saya nak tanya, dekat bahagian Schedule of Appointment, saya letak appointment in KL, tp saya buka click dekat non-residence. salah ke betul? boleh edit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis. Pertama skali ty for step2 u tulis utk apply visa, sya tengah buat research cara apply visa visitor. Sya nak apply visa DS160 jgak ke utk melawat suami di sana. Sbb sya tngk ad bnyak jenis visa. Ad yg B1/2. Sya nak apply bersama dgn ank berumur 9 thun. N perlu sedia kan surat support dari suami yg mengatakan invitation dia ke?. N byr di ambank kalau kite xada acc still boleh byr ke. Atau better bayar di bank yg kita punya acc. Utk byr cash di bank perlu bawa doc apa ye?

      Delete
    2. Salam sis , nanti share ya mcm mna sis pergi visit suami dekat sna . Sbab sya pun dlm perancangan nak visit suami

      Delete
    3. Suami puan usa citizen ke? Atau kerja dekat sana.?. Sya suami usa citizen. Bru nk cuba apply utk visitor.

      Delete
    4. wsalam schwarzecattus, secara rawak saya membaca pertanyaan puan, bila terklik non-residence itu adalah kesalahan, mungkin puan perlu call embassy untuk mendapat nasihat mereka kerana saya kurang arif dalam perkara ini.

      Delete
    5. salam puan Ans & Ana, saya ke sana bukan untuk visit suami tetapi saya visit family saya yang berkerja di kedutaan Malaysia. Tentang soalan yang di kemukakan puan boleh mintak invitation letter dan boleh apply visitor visa untuk menziarahi suami kalian di sana tetapi selepas itu pulanglah ke Malaysia kerana kita boleh duduk di sana max 6 bulan sahaja dan kemudian kita perlu keluar dari US. jika kalian mempunyai suami kerakyatan di sana, kalian boleh cuba apply Green Card untuk terus berada di sana bersama suami.

      Delete
    6. Trima kasih puan utk respon. Kalau bab byaran di bank. Kalau sya tiada acc am bank pon still blh byr di bank am bank ke. Utk tahun skrang 2024. Selamat ke byr on9. Semua bank terima ke utk bayar fee visa?

      Delete
    7. puan ans, jika tidak mempunyai akaun am bank pun, puan boleh je walkin untuk buat pembayaran maklom sahaja kepada kaunter ingin membuat bayaran untuk visa us nanti mereka akan faham.

      Delete
  45. Assalamualaikum Cik nak tanya, saya dah mohon dan dh byr fee. Tp bila sy nk buat schedule appointment tu tak keluar pun calendar n slot not available.adakah ada masalah dgn permohonan sy?sy berempat sekeluarga.apa makna non resident or resident?maksudnya resident msia or us resident?Semoga cik dpt memberi pencerahan. Terima kasih Cik.

    ReplyDelete
  46. Salam sist I nak Tanya agak2 brpa bnyk duit yg boleh bawa? Dorang Tanya brpa bnyk duit bawa mksudnya cash money dlm bag atau dlm bank???

    ReplyDelete